Essay: Umumnya, skop kajian ini akan berkisar terhadap aspek peranan Kompleks …

BAB 1
PENGENALAN
1.0 SKOP KAJIAN

Umumnya, skop kajian ini akan berkisar terhadap aspek peranan Kompleks Pekan Rabu 1975 keatas sosioekonomi Kedah amnya masyarakat Melayu kursusnya. Tajuk ini menjadi pilihan saya adalah disebabkan Pekan Rabu telah menjadi satu tempat membeli belah yang terrkenal bagi negeri Kedah malah ianya juga menjaddi satu icon atau mercu tanda bagi negeri Kedah yang mana ianya menyimpan pelbagai sejarah dalam lipatanya.Tempat perniagaan yang penting di Alor Setar dari awal pembukaanya oleh YTM Tungku Yaakob sehinggalah sekarang. Kompleks Pekan Rabu ini adalah hasil apabila berkembangnya perannanya daripada Pasar Minggu di Tanjong Chali yang berada di tempat persinggahan antara Jalan Pekan China dan Jalan Pengkalan Kapal di Alor Setar. Hingga di tempat ianya berdiri teguh sekarang.
Melalui kajian ini saya berharap dapat memberi pendedahan terrhadap peranan yang dipikul oleh Pekan Rabu yang mana ianya telah berjaya mengubah sosioekonomi masyarakat sekitar dan negeri kedah itu sendiri.YTM Tunku Yaacob merupakan individu penting disebalik penubuhan Pekan Rabu yang menggalakkan kaum bumiputera khususnya orang-orang Melayu mengambil bahagian dalam perniagaan dan perusahaan kampung. Apa yang lebih menarik tentang Pekan Rabu ini, ianya turut menjadi perhatian bekas Perdana Menteri Malaysia yang keempat iaitu Tun Dr Mahathir bin Mohamad. Signifikasi kajian adalah untuk mengetengahkan aktiviti sosioekonomi yang telah
dijalanlan di Pekan Rabu. Aktiviti perniagaan yang berlaku ini adalah pemangkin kepada corak ekonomi negeri Kedah sehingga ke hari ini.

Kajian ini juga diharap dapat membantu dalam mengetengahkan individu-individu penting yang menjadi tulang belakang terhadap penubuhan dan kegiatan sosioekonomi di Pekan Rabu. Moga ia akan menambahkan lagi maklumat yang sedia ada untuk pengetahuan semua anggota masyarakat khususnya.
Skop kajian akan lebih menumpukan kepada aspek ekonomi dari 1970 sehingga 2000 manakala secara khususnya pula, skop kajian adalah kesan sosioekonomi daripada pembukaan Kompleks Pekan Rabu pada Tahun 1975.

1.2 OBJEKTIF / PERSOALAN KAJIAN

a) Untuk mengkaji aktiviti sosiekonomi Pekan Rabu sejak 1970-2000.
b) Untuk menjelaskan kepentingan Pekan Rabu kepada penduduk setempat.
c) Untuk menilai penerimaan penduduk setempat terhadap Pekan Rabu dan aktiviti perniagaan.
d) Untuk mengkaji kekangan dan masalah yang dihadapi oleh Pekan Rabu sejak 1970-2000
e) Untuk mengetengahkan sumbangan pihak yang terlibat dalam menubuh dan memajukan sosioekonomi Pekan Rabu 1970-2000.

1.3 METODOLOGI/KAEDAH KAJIAN

Penyelidik akan menggunakan beberapa metodologi kajian bagi mengumpul data dan mendapatkan maklumat yang tepat tentang kajian yang akan dijalankan. Metodologi yang akan digunakan adalah adalah jenis 2 jenis kajian:

1.3.1 KAJIAN LAPANGAN / TEMUBUAL
Kajian lapangan akan dijalankan dengan membuat tinjauan di Pekan Rabu, pihak yang terlibat dengan Pekan Rabu dalam aktiviti sosioekonomi serta pihak pernah ke Pekan Rabu pada tahun kajian. Ia adalah untuk mendapat maklumat yang tepat tentang penyelidikan yang akan dijalankan.

Untuk menjalankan kajian ini, saya menggunakan kaedah temubual dengan membuat temu janji. Saya telah melakukan temubual dengan beberapa orang yang tinggal di Alor Setar yang ada semasa tahun kajian tersebut. Dengan kaedah ini saya telah pun memperoleh banyak maklumat mengenai sosioekonomi di Pekan Rabu dengan lebih terperinci lagi.

1.3.2 KAJIAN KEPUSTAKAAN
Penyelidik akan ke perpustakaan negeri, perpustakaan hospital, perpustakaan USM, Perpustakaan Negeri Kedah dan arkib negara cawangan Kedah dan Perlis bagi mendapatkan dokumen, buku,jurnal dan makalah yang berkaitan dengan tajuk kajian.

1.4.1 MASALAH YANG DIHADAPI SEMASA KAJIAN / PERKONGSIAN PENGALAMAN

Pada peringkat awal kajian ini dijalankan masalah utama yang menghatui saya ialah kekangan waktu yang mana ini merupakan masalah utama bagi pelajar pendidikan jarak jauh yang ana perlu membahagi masa dengan aktiviti pembelajaran dan juga dengan tugas hakiki yang dipikul. Oleh itu sepanjang cuti persekolah merupakan masa yang paling sesuai untuk saya menjalankan kajian yang diperlukan untuk menjayakan kajian tempatan ini. Penggunaan masa yang optimum saya lakukan apabila cuti persekolah muncul yang mana ini telah membolehkan saya melakukan kaji selidik di Arkib Negara cawangan Kedah dan Perlis bagi mendapatkan jurnal dan juga fail-fail kerajaan yang mempunyai kaitan dengan Pekan Rabu. Masalah yang dihadapi di Arkib ialah kita perlu menyemak setiap helaian muka surat daripada katalog fail yang disediakan bagi mendapat fail-fail yang benar-benar berkaitan dengan tajuk yang dibincangkan. Oleh itu kepada kesemua petugas arkib negara cawangan kedah dan perlis saya hanya mampu mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi membantu.
Selain itu semasa kajian dilakukan di arkib masalah lain yang dihadapi ialah ketidakbolehan mendapatkan fail yang saya inginkan kerana fail ‘fail tersebut terlibat dalam proses baik-pulih seperti fail daripada Pejabat Tanah Alor Setar yang membuktikan pemberian tanah bagi tujuan pembinaan Kompleks Pekan Rabu.Walaupun maasalah yang dihadapi mampu membuat seseorang itu lentur semangat tetapi apabila kesungguhan menjadi sandaran masalah itu hanyalah sebahagian daripada asam kehidupan yang perlu ditempuhi.

1.5 PEMBAHAGIAN BAB
Bab 1 menjelaskankan tentang skop kajian ilmiah ini,objektif kajian ,kaedah yang dijalankan semasa menjalankan kajian ,masalah yang dihadapi semsa menjalankan kajian atau perkongsian pengalaman dan pembahagian bab.

Bab 2 pula menyelusuri sejarah negeri Kedah,sejarah pembukaan Alor setar dan juga sejarah pembukaan pekan rabu yang bermula dari tanjong Chali sehingga ketapak sekarang.

Bab 3 membincangkan sosio ekonomi masyarakat setempat amnya dalam pelbagai era atau zaman iaitu sebelum merdeka dan selepas merdeka.

Bab 4 menceritakan mengenai Perkembangan sosioekonomi Pekan Rabu dan pihak yang terlibat dalam pembukaan Kompleks Pekan Rabu(1975) dan memajukannya.

Bab 5 memberi penekanan mengenai peranan Pekan Rabu kepada aktiviti perniagaan dan masyarakat setempat dan bagaimana ia membawa perubahan dari segi sosioekonomi masyarakat

BAB 2
ASAL USUL NEGERI KEDAH , PEMBUKAAN ALOR SETAR DAN PENUBUHAN PEKAN RABU

2.1 SEJARAH NEGERI KEDAH
Negeri kedah antara negeri yang dikatakan mempunyai sejrah yang paling lama di semenanjung Tanah melayu sejarah pembukaannya dikatakan di dalam Hikayat Merong Mahawangsa yang mana tidak dipastikan jika hikayat tersebut merupakan cerita lagenda ataupun mitos semata-mata. Mengikut Hikayat Merong Maha Wangsa, Kedah diasaskan oleh Merong Maha Wangsa dengan gelaran Sultan Mudzaffar Shah. Baginda memerintah dari tahun 1136 hingga 1179. Apabila menyentuh sejarah kesultanan yang panjang, ia pasti berkait rapat dengan salasilah keturunan diraja itu hingga ke hari ini.Setelah dihitung dari kurun ke-11 hingga abad ke-20, Kedah mempunyai 28 Sultan dengan pemerintah ketika ini ialah Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.
Garis masa Kesultanan Kedah

* 1136: Sultan Al-Mudzafar Shah I (1136 – 1179)

* 1179: Sultan Mu’adzam Shah (1179 – 1202)

* 1202: Sultan Muhammad Shah (1202 – 1236)

* 1236: Sultan Muzzil Shah (1236 – 1280)

* 1280: Sultan Mahmud Shah (1280 – 1321)

* 1321: Sultan Ibrahim Shah (1321 – 1373)

* 1373: Sultan Sulaiman Shah I (1373 – 1423)

* 1423: Sultan Ataullah Muhammad Shah I (1423 – 1473)

* 1473: Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu’adzam Shah I (1473 – 1506)

* 1506: Sultan Mahmud Shah II (1506 – 1547)

* 1547: Sultan Mudzaffar Shah II (1547 – 1602)

* 1602: Sultan Sulaiman Shah II (1602 – 1626)

* 1626: Sultan Rijaluddin Muhammad Shah (1626 – 1652)

* 1652: Sultan Muhyiddin Mansor Shah (1652 – 1662)

* 1662: Sultan Dhiauddin Mukarram Shah I (1662 – 1688)

* 1688: Sultan Ataullah Muhammad Shah II (1688 – 1698)

* 1698: Sultan Abdullah Mu’adzam Shah I (1698 – 1706)

* 1706: Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah I (1706 – 1710)

* 1710: Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu’adzam Shah II (1710 – 1778)

* 1778: Sultan Abdullah Mukarram Shah II (1778 – 1797)

* 1797: Sultan Dhiauddin Mukarram Shah II (1797 – 1804)

* 1804: Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II (1804 – 1845)

* 1845: Sultan Zainal Rashid Mu’adzam Shah I (1845 – 1854)

* 1854: Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah II (1854 – 1879)

* 1879: Sultan Zainal Rashid Mu’adzam Shah I (1879 – 1881)

* 1882: Sultan Abdul Hamid Halim Shah (1882 – 1943)

* 1943: Sultan Badlishah (1943 – 1958)

* 1958: Sultan Haji Abdul Halim Mu’adzam Shah (1958 -)

2.2 SEJARAH PEMBUKAAN ALOR SETAR
Alor Setar adalah cantuman dari kata ‘Alor’ dan ‘Setar’. Setar adalah nama pokok Setar, buahnya apabila masak berwarna kuning kemerahan, rasanya masam-masam manis dan saiznya besar sedikit daripada buah rumbia yang termasuk dalam kumpulan pohon kundang dengan nama saintifiknya ‘Bouea macrophylla’.
Ejaan nama Alor Setar telah ditukar kepada Alor Star sempena Perisytiharan Bandar Raya Alor Star pada 21 Disember 2003. Ejaan ini telah ditukar semula kepada Alor Setar pada 14 Januari 2009 kerana nama Alor Setar berasal daripada nama pokok di Kedah dipanggil Pokok Setar.
Alor Setar mula-mula dijumpai dan diasaskan oleh salah seorang Sultan Kedah iaitu Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu’adzam Shah II dalam tahun (1710-1778).Baginda merupakan Raja Negeri Kedah dari tahun hijrah 1122 ‘ 1174. Pada awalnya, Alor Setar cuma sebuah kampung dengan beberapa buah rumah yang terletak di muara dua batang sungai.
Apabila Sultan Mohamad Jiwa menjumpai kampung itu, baginda begitu tertarik dengannya ‘ kerana tempat itu dikelilingi oleh pohon-pohon pokok yang tebal lagi menghijau dan merupakan pusat di mana dua batang sungai bertemu. Maka, ‘Adapun Duli Yang Dipertuan bermuafakat dengan segala menteri-menteri membuat sebuah kota batu, bernama Kota Setar’ Secara tidak langsung kampung itu digelar Kota Setar.
Baginda menamakannya Setar sempena dengan jenis pokok-pokok yang disekitar kota iaitu dikenali sebagai ‘pokok Setar’ jadi pada masa itu nama Alor Setar belum muncul lagi ‘ ia dikenali sebagai Kota Setar.
Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu’adzam Shah II bersemayan di Istana Kota Setar dan banginda menjadikannya sebagai Bandar DiRaja Negeri Kedah. Kota Setar mula berkembang setelah dijumpai oleh seorang berbangsa Inggeris kira-kira lebih 150 tahun selepas kampung itu diasaskan. Dalam bulan Oktober, 1883, James F. Agustin tiba di Kuala Sungai Kedah (sekarang dipanggil Kuala Kedah) kira-kira 10 km dari Kota Setar. Beliau dengan beberapa orang Inggeris lain telah mejelajah kawasan itu hingga ke pendalaman. Disamping, dua batang sungai tersebut kelihatan kelompok petempatan kecil orang-orang Melayu.
Akhirnya Augustin dan orang-orangnya pun tiba di Kampung Kota Setar. Beliau telah berkawan dengan orang-orang Melayu disitu dan mereka telah membawa ke istana batu Sultan Muhammad Jiwa. Augustin begitu tertarik hati dengan keadaan persekitaran istana yang dikelilingi dengan pokok-pokok ‘Stak’ dan beliau lebih terpesona dengan keindahan kota mahligai Sultan. Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu’adzam Shah II menerima Augustin dengan baik dan kedua-dua pihak itu telah bertukar-tukar barang.
Dari sinilah bermulanya perniagaan bertukar barangan dan perdagangan diantara orang-orang tempatan dengan pedagang-pedagang asing. Pada awal kurun ke-19, ramai pedagang asing seperti pedagang Inggeris, India, China dan Sumatera telah datang ke Kota Setar untuk berdagang. Kota Setar telah berkembang dari sebuah kampung kepada pekan yang sibuk dan akhirnya menjadi sebuah Bandar yang merupakan pusat penempatan, perdagangan dan pentadbiran. Orang-orang Inggeris khususnya, amat berminat kepada Bandar Kota Setar (masa itu Alor Setar dikenali dengan Kota Setar).
Dengan itu, segala perniagaan, pengangkutan dan perhubungan di Kedah berpusat di Kota Setar. Lama-kelamaan nama Kota Setar ditukar kepada Alor Setar. Ini disebabkan Bandar itu terletak dekat muara sungai dan selalu terdapat ramai pedagang Melayu dari lain-lain Negeri Melayu bersinggah disitu. Sebaliknya, Kota Setar telah menjadi nama kepada kawasan atau daerah yang sekitar Alor Setar.
Kota Setar dijadikan sebagai sebuah daerah di Kedah yang dipenuhi dengan sawah padi dan mula berkembang pesat terutama sekali dengan adanya pusat perdagangannya iaitu Alor Setar. Demikianlah sejarah awal mengenai pembukaan Alor Setar yang bermula dalam tahun 1720-an. Mengikut En. Ismail Bin Hj. Salleh (Setiausah Kehormat Persatuan Sejarah cawangan Kedah), Alor Setar merupakan satu Bandar yang istimewa dalam erti kata bahawa ia cepat mengalami pembangunan yang pesat walaupun ia merupakan Bandar kecil, disamping masih dapat mengekalkan ciri-ciri warisan budaya asing dalam pembangunannya khususnya bangunan-bangunan yang moden binaannya tetapi mempunyai ukiran yang cukup berseni dan bercorak asli.
Alor Setar adalah sebuah ibu negeri yang tertua sekali di Malaysia. mengikut rekod sejarah, Bandar ini telah menjadi Ibu Negeri selama lebih kurang 250 tahun. Dari zaman ia diasaskan hingga zaman kini, Alor Setar masih tetap menjadi Ibu Negeri Kedah.

2.3 SEJARAH PENUBUHAN PEKAN RABU

Pekan Rabu pada mulanya terletak di Tanjung Chali iaitu di persimpangan diantara Jalan Pekan China daa Jalan Pengkalan Kapal . Jika ditinjau dari segi kedudukan Tanjung Chali ini ternyata sistem pengangkutan yang digunakan pada zaman dahulu ialah melalui jalan air.
Asal nama Tanjung Chali dikatakan diambil bersempena dengan nama seorang lnggeris yang dahulunya menetap dan tinggal di kawasan tersebut. ‘Chalie’ dikatakan seiing terlibat dalam aktiviti memburu binatang bersama-sama dengan kerabat Diraja Kedah. Pada dahulunya, Tanjung Chali berperanan sebagai kawasan masyarakat Melayu menjaja hasil pertanian mereka dan secara langsung menjadi tempat melatih masyarakat Melayu melibatkan diri dalam bidang perniagaan. Ia juga merupakan sebuah pengkalan atau pelabuhan bagi persinggahan kapal-kapal, perahu-perahu dan tongkang-tongkang yang keluar dan masuk dari dalam dan luar negeri melalui Sungai Kedah, Sungai Anak Bukit, Terusan Wan Mat Saman dan Sungai Raja.
Sebelum penubuhan kompleks Pekan Rabu di Tanjung Chali, masyarakat Melayu hanya berniaga di sekitar kaki lima di Pekan Melayu yang berhampiran dengan Tanjung Chali. Peniaga-peniaganya pula kebiasaannya datang dari luar Alor Setar seperti Langgar dan kawasan-kawasan lain yang berhampiran .Peniaga-peniaga Melayu ini terpaksa bersaing dengan kaum lain seperti kaum Cina yang telah memonopoli sektor perniagaan sebelum abad ke 19 lagi di negeri Kedah. Peniaga Melayu tidak dapat maju berbanding peniaga kaum Cina oleh kerana peniaga Melayu hanya memasarkan hasil pertanian dan barangan hasil kerja tangan mereka sahaja.
Manakala kaum Cina pula berniaga barang-barang yang telah siap. Sungguhpun begitu, bilangan peniaga-peniaga Melayu adalah terlalu sedikit, ini adalah kerana masyarakat Melayu negeri Kedah pada masa itu kurang berminat dan tidak terlibat secara langsung dalam sektor perniagaan yang belum tentu memperolehi pendapatan yang mencukupi untuk menampung kehidupan mereka. Oleh yang demikian, mereka lebih gemar bertani dan menggunakan orang tengah untuk memasarkan hasil pertanian mereka.
Justeru melihat kepada kekurangan penglibatan dan minat orang Melayu serta kemundurannya dalam bidang perniagaan ini maka Tunku Yaakob telah berusaha untuk mengumpulkan kesemua peniaga-peniaga Melayu yang terdapat di kaki-kaki lima Pekan Melayu dan memusatkan mereka di Tanjung Chali . Ia bertujuan untuk memudahkanpara peniaga ini menjual hasil pertanian mereka serta bergaul antara satu sama lain .Seterusnya, bagi memenuhi kehendak dan keselesaan para peniaga, sebuah madrasah iaitu ‘Madrasah Amanatul Musliman’ telah didirikan dengan tujuan untuk memberi kemudahan kepada masyarakat yang beragama Islam yang menjalankan perniagaan di kawasan tersebut.
Pekan Rabu Tanjung Chali pada asalnya merupakan sebuah bangunan terbuka iaitu hanya berbentuk bangsal panjang dan berbumbung atap, berlantaikan simen dan bertiang kayu . Pekan Rabu ini hanya dibuka pada hari Rabu sahaja setiap minggu. Oleh kerana itulah, setiap hari Rabu maka berpusu-pusulah orang ramai ke sana untuk membeli bahan dan barang keperluan. Penggunaan nama Pekan Rabu adalah bersempena dengan hari Rabu iaitu bersamaan hari Keputeraan Tunku Yaakob iaitu orang yang bertanggungjawab mengasaskan penubuhan Pekan Rabu Tanjung Chali. Bagindalah yang menaikkan semangat dan menarik minat masyarakat Melayu untuk menceburkan diri dalain bidang perniagaan ini.
Lazimnya, bagi para peniaga yang tinggal jauh daripada Tanjung Chali, mereka akan datang lebih awal iaitu pada sebelah petang dan malam hari Selasa. Ini kerana, para peniaga ini menggunakan perahu untuk datang ke Tanjung Chali. Justeru itu, di sepanjang Sungai Kedah dan Sungai Anak Bukit akan kelihatan sangat sibuk dengan perahu-perahu para peniaga yang berlabuh di situ. Kebiasaanya, pada sebelah petang hari Selasa sudah ada pelanggan yang mendatangi Pekan Rabu itu untuk membeli buah-buahan dan sayur-sayuran. Oleh kerana sambutan yang menggalakkan, aktiviti perniagaan ini mula merebak ke seberang sungai. Di seberang sungai yang bertentangan dengan Tanjung Chali merupakan kawasan perniagaan bagi penduduk persekitaran yang tidak mahu menyeberangi Sungai Kedah untuk bersama-sama menjalankan perniagaan di Pekan Sehari Tanjung Chali itu.
Namun demikian, perniagaan di Pekan Rabu Tanjung Chali tidak bertahan lama, oleh kerana kawasannya yang sempit, ditambah pula jumlah peniaga yang semakin bertambah dari masa ke masa. Selain itu, perniagaan di kawasan itu tidak dapat bertahan lama kerana disebabkan oleh arahan kerajaan Negeri agar Pekan Rabu tersebut dipindahkan. Pada akhir tahun 1932, kerajaan mengeluarkan notis untuk memindahkan Pekan Rabu Tanjung Chali ke tempat lain Tambahan pula, kerajaan telah meluluskan pembinaan bangunan kastam di tapak tersebut. Tindakan kerajaan ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati para peniaga Melayu di kawasan tersebut. Malah, keadaan ini akan menimbulkan masalah sekaligus menutup mata pencarian mereka sebelum itu yang hanya bergantung kepada Pekan Rabu tersebu.
Masalah dan kesusahan yang dihadapi oleh para peniaga mendapat perhatian Tunku Yaakob. Baginda telah berusaha untuk membantu para peniaga ini dengan mendapatkan satu tapak baru bagi menggantikan tapak Pekan Rabu Tanjung Chali. Tapak baru tersebut adalah berdasarkan kepada Rezab Tapak Perniagaan Hasil-hasil Bumi tahun 1334 Hijrah. Tapak baru yang dicadangkan merupakan tapak dimana berdirinya bangunan Kompleks Pekan Rabu sekarang ini iaitu yang terletak di Jalan Tunku Ibrahim.

BAB 3
KEGIATAN EKONOMI MASYARAKAT KEDAH SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA.

3.1 KEGIATAN EKONOMI SEBELUM MERDEKA
Aktiviti ekonomi di Kedah mula berkembang dengan kawasan perdagangan seperti Lembah Bujang, Sungai Mas, Langgar dan Limbong Kapal. Kedudukan Kedah yang terletak di pintu masuk Selat Melaka serta berpandukan Gunung Jerai menjadikan ia strategik untuk aktiviti perdagangan melalui jalan laut. Lokasi Kedah yang terletak di antara dua tamadun besar iaitu China dan India telah menjadikannya berperanan penting sebagai pusat tukaran (entreport).
Barang pertukaran yang menjadi produk utama ialah Padi ini boleh kita lihat dalam Undang-Undang Kedah sendiri yang mana memberi penakan terhadap penanaman padi.Daripada empat kanun, dua secara langsung mencerminkan kepada pertanian negeri. Kanun kedua dalam Undang-Undang Kedah menyentuh tentang pelbagai aspek pertanian, khususnya mengenai tanaman padi sawah. Di samping itu, pembinaaan Terusan Wan Muhammad Saman iaitu terusan yang perrtama dibina di negeri Kedah memberri gambaran kepada kita mengenai kepentingan peraliran unik tujuan pertanian. Apabila terusan ini siap dibina pada tahun 1985 yang mempunyai jarak sepanjang 22 batu, 24 kaki lebar dan 5 kaki telah menyebabkan banyak tanah baharu dibuka untuk tujuan penanaman padi. Antara anak terusan yang masih digunakan hingga sekarang ialah Sungai Kota Sarang Semut, Sungai Simpang Empat, Sungai Limau dan Guar Cempedak.
Walaupun Kedah tidak dijajah oleh British sehingga 1909, tetapi hubungan ekonominya dengan sistem ekonomi kapitalis bermula lebih awal lagi terutamanya melalui hubungan dengan Pulau Pinang. Pada peringkat awal, Pulau Pinang menawarkan pasaran untuk beras, lembu, ayam, itik dan hasil pertanian lain dari Kedah. Para pemodal ini menjadi pemain utama dalam sektor pertanian yang dijalankan di negeri Kedah pada itu yang mana menumpukan perhatian kepada penanaman ubi selain daripada penanaman padi. Pemodal ini kemudiannya memperolehi hak monopoli membeli daripada Sultan melalui sistem pajak. Bagi meningkatkan jumlah bekalan padi, para petani Melayu digerakkan supaya memasuki jaringan komersil pemegang pajak melalui kaedah berhutang.
Apabila Kedah secara rasminya dijajah oleh British pada tahun 1923 iaini melalui perjanjian yang ditandatangani pada 1 November 1923 yang mana meletakkan negeri Kedah dibawah jajahan pihak British. Penjajahan Eropah telah mewujudkan pembahagian etnik yang mana memisahkan bidang tertentu yang boleh dikuasai atau yang boleh dilakukan mengikut jenis kaum. Masyarakat atau kaum melayu hanya dikhaskan berada didalam sektor kerajaan dan sektor pertanian. Manakala bagi etnik cina mereka dibenarkan oleh pihak Penjajah untuk mencebur diri di dalam bidang perlombongan dan peniagaan manakala sektor pekerja ladang dikuasai oleh etnik India.
Pihak Penjajah telah menumpukan perhatian terhadap Sistem ekonomi yang memberi penekanan kepada perdagangan moden yang berasaskan perusahaan getah dan perlombongan bijih timah. Sistem ekonomi ini berasaskan pasaran bandar dan diletakkan di bawah kawalan British. Sistem ini banyak melibatkan kumpulan etnik Cina dan India. Manakala sistem ekonomi tradisional ialah sektor pertanian, komoditi utamanya ialah penanaman padi dan perikanan. Teknik pengeluaran, pemasaran dan tenaga kerja didominasi oleh etnik melayu dengan berteraskan budaya Melayu luar bandar atau budaya Melayu tradisional. Etnik Melayu tertumpu di sektor pertanian tradisional iaitu pekebun kecil getah, kelapa, pesawah padi, dan nelayan kecil-kecilan. Dalam sektor ekonomi moden pula, ia didominasi oleh kumpulan etnik Cina. Mereka menceburi aktiviti perlombongan, perkilangan dan perkhidmatan. Ketidakseimbangan antara etnik jelas dilihat dalam sektor ketiga apabila separuh daripada sektor ini didominasi oleh etnik Cina manakala etnik Melayu dan India hanya sedikit sahaja. Sektor ini menjadikan jurang etnik menjadi lebih luas lagi.

3.2 KEGIATAN YANG DIJALANKAN DI PEKAN RABU PADA AWAL ABAD KE 20
Pada awalnya (1930-an), Pekan Rabu di Tanjung Chali atau lebih dikenali ‘pasar minggu` yang mana hanya dibuka pada setiap hari Rabu sahaja. Tetapi, seiepas Perang Dunia Kedua, pasar ini dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat, namun ia masib dikenali dengan nama asainya Pekan Rabu.
Selain daripada itu, perniagaan pada masa tersebut sesetengah peniaga masih bergantung kepada orang tengah untuk memasarkan barang mereka. Oleh itu, keuntungan yang diperolehi oleh masyarakat Melayu ini adalah sedikit. Tambahan pula, mereka ini tidak mempunyai latihan yang cukup untuk menguruskan perniagaan dan memasarkan hasil pertanian mereka.
Hanya apabila para peniaga Melayu disatukan dan diletakan dibawah satu bumbung, secara tidak langsung mereka akan berpeluang untuk merebut peiuang-peluang perniagaan dan bersaing bangsa-bangsa lain. Pekan Rabu telah dijadikan sebagai sebauah sekolah untuk membuat latihan amalai yang gurunya ialah Tunku Yaakub sendiri yang mana mengajar kepada para peniada mengenai prinsip-prinsip peniagaa. Mereka diperkenalkan dengan penggunaan alat penimbang untuk memudahkan urusan jual beli. Tunku juga menyarankan agar kepelabagaian produk jualan dilakukan seperti jika ada yang sudah ada menjual kerepek ubi ,peniaga lain disarankan menjual kerepek lain seperti kerepek pisang misalnya yang mana ini secara tidak langsung telah memberi pelbagai pilihan barangan jualan ..Dengan ini, memang tidak dapat dinafikan para peniaga Melayu di Tanjung Chali ketika itu hanya memasarkan hasil pertanian mereka sahaja. Tetapi, dengan buah fikiran Tunku Yaakob telah mencadangkan agar para peniaga ini mempelbagaikan produk atau perniagaan mereka. Perubahan demi perubahan terus berlaku sehingga wujudnya pelbagai jenis perniagaan yang dijalankan atau diusahakan di kompleks Pekan Rabu pada masa kini .

3.3 KEGIATAN EKONOMI SELEPAS MERDEKA
Negeri kedah masih lagi meneruskan kegiatan ekonominya yang utama walaupun selepas kemerdekaan iaitu dengan menjadikan sektor pertanian sebagai sektor uatama merangsang ekonomi kerajaan negeri. Tetapi oleh sebab kegiatan ekonomi berasaskan pertanian mempunyai pasang surut yang mana ianya melibatkan banyak halangan seperti faktor cuaca dan sebagainya dan kekangan yang lain. Negeri Kedah telah diistiharkan sebagai antara negeri yang terrmiskin di Malaysia ianya telah dinyatakan didalam Rancangan Malaysia Ke-7, Negeri Kedah adalah negeri yang ketiga termiskin di Semenanjung Malaysia berasaskan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), perkapita (1995). Pencapaian rendah yang dialami ini bukanlah kerana Kedah tidak berusaha atau tidak berkemampuan untuk bersaing, tetapi ini adalah di atas sebab-sebab lain di luar kawalannya. Antaranya ialah struktur sosial dan fizikal negeri Kedah sendiri yang menghalang kepada pembangunannya yang lebih pesat lagi.
Tetapi kebegantungan kerajaan negeri terhadap sektor pertanian sebagai nadi utama ekonomi mula beralih kearah sektor perindustrian yang mana kerajaan negeri telah mengambil peranan aktif untuk menjadikan sektor perindustrian sebagai sektor utama dalam memberangsangkan ekonomi kerajaan negeri. Perubahan ini diadakan untuk memastikan bahawa pelabur luar datang melabur di kedah untuk mewujudkan rangkaian peniagaan mereka. Kejayaan perubahan ini dapat dilihat dengan terbinanya kilang Modenas, Petronas Fertilizer, Kilang Pemasangan Kereta Naza di Gurun ,Kedah. Pembangunan di Kedah memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan taraf ekonomi negeri pada tahap yang lebih tinggi berbanding sebelumnya. Peluang pelaburan sememangnya baik di Kedah. Negeri ini terletak di kedudukan yang strategik iaitu berhampiran dengan pelabuhan kedua terbesar di Malaysia iaitu Pelabuhan Pulau Pinang.
Keadaan ini telah membuka peluang kewujudan pelbagai industri di Kedah yang sekali gus memberi peluang pekerjaan kepada rakyatnya. Selain itu, Kedah dilengkapi prasarana asas seperti air dan elektrik yang cukup serta perkhidmatan telekomunikasi yang maju, sistem jaringan lebuh raya utara-selatan. Walaupun industry telah mengambil alih peranan sektor pertanian sebagai teraju ekonomi negeri kedah. Sektor ini masih lagi dipandang tinggi oleh kerajaan negeri yanga mana kerajaan negeri telah berusaha untuk menjadikan sector pertanian sebagai sektor yang berdaya saing dengan pengenalan teknik dan kaedah-kaedah terkini didalam bidang pertanian. Ini secara tidak langsung telah meningkatkan hasil pertanian negeri sehingga Kedah telah berjaya menjadi sebagai pengeluar terbesar beras Negara yang mana ianya telah berjaya menampung sekira-kira 40% daripada keperluan beras Negara.

BAB 4
PERKEMBANGAN SOSIOEKONOMI PEKAN RABU DAN PIHAK YANG TERLIBAT DALAM PEMBUKAAN KOMPLEKS PEKAN RABU (1975)

4.1 PENUBUHAN PEKAN RABU
Pekan Rabu merupakan sebuah kompleks perniagaan yang merupakan antara kompleks yang memberi ruang perniagaan kepada masyarakat Melayu di samping memajukan masyarakat tersebutt. la boleh dikatakan sebagai pentas kepada masyarakat melayu padda masa itu untuk mencari sumber pendapatan tambahan dari segi jualan dan memasarkan barang-barangan hasil daripada pertanian mereka. Malah pekan rabu turut menjadi tempat bagi masyarakat melayu untuk memasarkan barangan kraftangan yang dihasilkan sendiri seperti golok,bakul dan lain-lain lagi.
Terdapat beberapa pendapat mengenai penubuhan Pekan Rabu itu sendiri iaini nama yang diguna pakai itu iaitu Pekan Rabu. Nama Pekan Rabu ini diambil bersempena dengan hari keputeraan pengasas Pekan Rabu itu sendiri iaitu Tunku Yaakob Ibni Amarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, putera kepada baginda sultan Kedah, di atas inisiatif bagindalah maka Pekan Rabu telah wujud, untuk mengenangkan jasa-jasanya, Pekan Rabu diadakan pada setiap hari Rabu pada zaman dahulu.
Terdapat satu pendapat lagi yang juga dipetik oleh ahli sejarah lalu mengenai penubuhan Pekan Rabu iaitu berkaitan dengan nama Pekan Rabu, nama Pekan Rabu ini diambil bersempena dengan hari dijalankan perniagaan iaitu pada setiap hari Rabu pada setiap minggu. Perniagaan terpaksa dijalankan pada hari Rabu kerana bertujuan untuk memberi masa kepada para peniaga untuk membuat persediaan iaini dari segi jarak masa yang diambil untuk membawa hasil atau barangan yang hendak dijual. Ini kerana para peniaga terpaksa membawa bahan jualan dengan menggunakan sampan sahaja iaini melaluai jalan air iaitu melalui Sungai Raja untuk ke pusat perniagaan tersebut yang mana sudah tentu ia akan mengambil masa yang lama untuk sampai ke destinasi tersebut. Hasil barangan yang akan dipasarkan adalah daripada hasil pertanian penduduk Melayu.
Pekan Rabu yang pertama diadakan atau ditubuhkan di negeri Kedah ialah bertempat di Tanjung Chali iaitu di hujung Pekan Cina sekarang pada tahun 1932. Tanjung Chali masih lagi wujud dan tempat tersebut tidak beberapa jauh dari Bandar Alor Setar. Jika ditinjau atau di perhatiakan keadaan di Tanjung Chali maka kita akan mengetahuai bahawa system pengangkutan pada zaman itu semestinya melalui jalan air.

4.3 OBJEKTIF PENUBUHAN PEKAN RABU
Tujuan sebenar ditubuhkan Pekan Rabu ini ialah untuk menggalakkan kaum bumiputera khususnya orang Melayu mengambil bahagian dalam perniagaan dan perusahaan kampung. Disamping itu mereka boleh juga memasarkan hasil daripada titik peluh mereka sendiri, keadaan ini jika dibandingkan dengan peniaga-peniaga di Bandar Alor Setar pada waktu itu hanya segelintir saja kaum Melayu yang berniaga, itu pun secara kecil-kecilan. Ini kerana, masyarakat Melayu lebih tertumpu kepada aktiviti pertanian sistem sara diri dan terdapat sesetengahnya memasarkan hasil pertanian mereka dengan menjaja di kawasan kampung mereka sahaja.
Kejayaan Pekan Rabu ini telah membuktikan kepada masyarakat di negeri Kedah tentang kegigihan dan pengorbanan pengasasnya iaitu Tunku Yaakob. Kegigihan Tunku Yaakob ini telah meletakkan nama Pekan Rabu di mercu kejayaan dalam bidang perniagaan dan perusahaan kampung. Kejayaan Pekan Rabu juga telah membawa perkembangan ekonomi masyarakat Melayu tradisi di negeri Kedah.

4.4 PERANAN TUNKU YAAKOB IBN1 ALMARHUM SULTAN ABDUL
HAMID HALIM SYAH
Tunku Yaakob lbni -Sultan Abdul Hamid Halim Shah ialah putera ke sembilan belas Baginda Sultan Kedah Darulaman. Beliau telah diputerakan di Kanchut, Bandar Diraja Alor Setar, lbu Negeri Kedah iaitu pada hari Rabu 23 Syaaban 1317 bersamaan 27 Disember 1899. Bondanya bernama Sharifah Fatimah binti Syed Idrus, merupakan isteri yang ketujuh Almarhum Yang Dipetuan Yang Mulia Sultan Abdul Hamid Halim Syah . Semasa baginda berumur enam tahun, Tunku Yaakob belajar mengaji Quran detigan seorang guru Quran tempatan iaitu Ariffin yang merupakan seorang yang berpelajaran Melayu. Pada tahun 1909, Tunku Yaakob telah dihantar ke sekolah Inggeris yang baru saja siap didirikan pada 8 Disember 1908 yang dikenali Goverment English School atau ringkasnya GES. Pada 1912, Tunku dimasukkan ke Malay Colledge Kuala Kangsar dan diletakkan dalam Kelas Satu. Tunku Yaakob telah meninggalkan Maktabnya ketika berumur 18 tahun, dan memegang jawatannya yang pertama pada 22 September 1918 sebagai seorang Pegawai Penempatan Percubaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu di Daerah Kerian, Perak. Namun, selepas 1924, Tunku meneruskan pembelajarannya di Queen Colledge, Cambridge dan menamatkan pengajiannya pada tahun 1929 dengan mendapat Ijazah B.A, lalu kembali ke Kedah beliau memegang jawatan sebagai Pegawai Tanam-tanaman Negeri Kedah dalam Jabatan Tanam-tarnan Negeri Kedah.

Dalam ternpoh tersebut, Tunku telah membimbing kaum tani untuk mengusahakan tanaman padi mengikut teknik moden. Tunku memperkenalkan benih-benih baka yang baik dan bermutu sahaja digalakkan menanamnya. Ini adalah kerana Tunku berpendapat bahawa dari mutu padi yang baik akan mendatangkan hasil yang lumayan.Kegigihan Tunku dalam mengusahakan tanaman padi mengikut teknik moden telah berjaya melahirkan sebuah Pusat Percubaan Padi yang dikenali Teluk Cengai Paddy Experimental Station yang terletak kira-kira 3 batu dari Alor Setar.
Tunku telah menggunakan teknik serampang dua mata untuk mencapai matlamat penghasilan tanaman. Tunku memberi tunjuk ajar supaya masyarakat negeri Kedah ini gemar menanam buah-buahan tempatan.5; Antara buah-buahan tempatan yang dimaksudkan ialah langsat, durian, cempedak, petai dan lain-lain
Disamping, memajukan sektor pertanian masyarakat petani negeri Kedah, Tunku juga adalah merupakan tokoh terpenting sebagai pengasas Pekan Rabu. Tertubuhnya Pekan Rabu atau Pekan Nat ini sehingga ke hari ini menjadi punca rezeki masyarakat Melayu negeri Kedah
Tujuan utama penubuhan Pekan Rabu bagi Tunku adalah untuk menggalakkan kaum bumiputera khususnya orang-orang Melayu mengambil bahagian dalam perniagaan disamping memasarkan hasil pertanian mereka. Selain itu, penubuhan Pekan Rabu adalah kerana keinginan Tunku untuk melatih para peniaga Melayu berniaga dengan betul. Oleh itu, Tunku Yaakob telah berjaya meletakkan asas latihan berniaga kepada orang Melayu yang menimbulkan kesedaran. dikalangan mereka bahawa bidang perniagaan itu bukanlah dimonopoli orang asing sahaja.

4.5 PERANAN TUN DR. MAHATHIR DALAM KEMAJUAN DAN
PERKEMBANGAN PEKAN RABU
Tun Dr. Mahathir bekas Perdana Menteri Malaysia merupakan anak jati negeri Kedah dan juga turut terlibat dalam perkembangan dan kemajuan Pekan Rabu. Tun Dr. Mahathir ketika berucap di Perhimpunan Agung UMNO pada 22 Jun 1998 semasa beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia telah menyatakan bahawa beliau telah hidup di zaman empat penjajahan iaitu British, Jepun, Siam dan DMA (British) “Mula-mula British, pada masa British kita langsung tidak ada maruah. Kita tidak dibenarkan buat itu dan ini. Semuanya dikatakan kita tidak boleh, jelas Tun Dr. Mahathir. Selepas lnggeris dikalahkan oleh Jepun dalam bulan Disember 1941, Tun Dr. Mahathir hidup di zaman Jepun. Jepun memerintah Kedah selama 19 bulan dan Malaya selama 3 tahun 8 bulan Jepun memerintah Malaya dengan kejam dan keadaan hidup di zaman Jepun amat perit sekali.
Tun Dr. Mahathir sentiasa mengambil berat terhadap Pekan Rabu dan perniagaannya. Apatah tagi, semasa beliau masih belia, beliau merupakan salah seorang peniaga muda di Pekan Rabu. Adalah menjadi harapan Tun Dr. Mahathir untuk menjadikan perniagaan di Pekan Rabu sebagai satu model urusniaga orang Melayu agar menjalankan perniagaan setanding dengan pihak lain. Pada tahun 1994, Tun Dr. Mahathir telah menganjurkan lawatan peniaga-peniaga Pekan Rabu ke kompleks-kompleks perniagaan dan kilang “packing’ di Kuala Lumpur.

Tun Dr. Mahathir sendiri merasmikan bangunan Pekan Rabu pada 25 Febuari 1978. ketika menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri. Banggunan Pekan Rabu sejak itu berkembang dengan pesat dengan pembinaan banggunan Fasa II Pekan Rabu yang menelan belanja sebanyak RM2.1 juta.
Pada tahun 1995, Tun Dr. Mahathir telah memperuntukkan RM6.5 juta untuk mengubahsuai Pekan Rabu melalui Kerajaan Negeri. Tujuannya adalah supaya para peniaga Melayu bersaing dalam perniagaan zaman moden.
Pekan Rabu dan Tun Dr. Mahathir adalah sinonim. Setiap kali pulang ke Alor Setar beliau tidak lupa singgah meninjau dan membeli barangan kegemaran beliau di Pekan Rabu seperti songkok dan menempah baju. Hubungan beliau dan Pekan Rabu telah dibukukan oleh Pekan Rabu Holding Sdn Bhd. Buku tersebut merakamkan perjuangan dan peristiwa Tun Dr. Mahathir di zaman remaja khususnya penglibatan beliau dalam bidang ekonomi dan politik semasa berada di Pekan Rabu. Pelancaran buku tersebut telah disempurnakan oleh beliau sendiri di Pekan Rabu pada 3hb. September 2000 yang lalu.

4.6 PIHAK ‘ PIHAK YANG MENJAYAKAN PEKAN RABU

4.6.1 SYARIKAT BEKERJASAMA-SAMA KEBAJIKAN AM PEKAN RABU
ALOR SETAR TANGGONGAN BERHAD

Pada 7 Ogos 1940, para peniaga Pekan Rabu telah menubuhkan Syarikat Bekerjasama-sama Kebajikan Am Pekan Rabu Alor Setar Tanggongan Berhad, penubuhannya adalah hasil daripada kesedaran mereka mengenai perlunya sebuah persatuan atau badan perlubuhan untuk membantu mereka dalam perniagaan.
Tujuan utama penubuhan syarikat ialah untuk membantu para peniaga menjalankan perniagaan, bantuan kewangan dan maklumat untuk bersaing dengan peniaga-peniaga berpremis tetap di sekitar Pekan Rabu yang rata-ratanya adalah terdiri daripada kaum Cina.
Namun, syarikat ini hanya bertahan selama 17 tahun, ini adalah kerana persetujuan daripada para peniaga di Pekan Rabu untuk menukar nama syarikat ini kepada Syarikat Perniagaan dan Pasaran Melayu Pekan Rabu Bekerjasama-sama Alor Setar Tanggungan Berhad. Penukaran nama syarikat turut merubah objektif penubuhannya.

4.6.2 SYARIKAT PERNIAGAAN DAN PASARAN MELAYU PEKAN RABU
BEKERJASAMA ALOR SETAR TANGGUNGAN BERHAD

Oleh kerana perniagaan. di Pekan Rabu semakin berkembang dan jumlah penyertaan Hiasyarakat Melayu dalam perniagaan di kompleks tersebut semakin bertambah, nama Syarikat Bekerjasama-sama Kebajikan Am Pekan Rabu Alor Setar Tanggongan Berhad telah ditukarkan kepada Syarikat Perniagaan dan Pasaran Melayu Pekan Rabu Bekerjasama-sama Alor Setar Tanggungan Berhad pada 2 Ogos 1957, dengan nama ringkasnya ialah SPPMPRB. Pendaftaran ini disahkan oleh Pendaftar Syarikat Bekerjasama Persekutuan, Ralph Charles Gate pada 7 Ogos 1958.
Selepas penukaran nama kepada SPPMPRB, peranan syarikat ini semakin penting dalam melatih dan menggalakkan ahli-ahlinya di dalam perniagaan dan pasaran serta memperbaiki pentadbiran syarikat disamping mengurangkan penglibatan orang tengah.
Antara dasar atau objektif utama penubuhan Syarikat Perniagaan dan Pasaran Melayu Pekan Rabu Bekerjasama-sama Alor Setar Tanggungan Berhad (SPPMPRB) adalah:
i. Mendidik, menolong dan menggalakkan ahli-ahli di dalam perniagaan dan pcrusahaan berjimat cermat dan tolong menolong antara satu sama lain.
ii. Mengurus segala hal ehwal perniagaan dan perusahaan ahli-ahli orang Melayu amnya termasuk pasaran dan pengangkutan.
iii. Mencari ikhtiar mendapatkan modal dengan jualan saham, wang pertaruhan dan pinjaman.
iv. Memperolehi dan mempunyai harta-harta sama ada harta yag bergerak atau yang tidak bergerak.
v Memberi pinjaman wang kepada ahli-ahli.
vi. Berhubung rapat dengan pertubuhan-pertubuhan perniagaan Melayu dan syarikat-syarikat lain.
vii Mewujudkan tempat-tempat perniagaan untuk ahli-ahli.
viii. Mencari ikhtiar untuk meninggikan taraf dan membuka peluang orang-orang Melayu dalam hal ehwal perniagaan dan perusahaan.
Sumber: dipetik daripada Rozaki Hussin,Pekan Rabu Sejarah Dan Perkembangannya,
2002, hlm. 22
Keahlian dalam syarikat ini hanya terbuka kepada orang-orang Melayu yang beiniaga di kompleks Pekan Rabu sahaja. Keahlian dalam syarikat ini terbuka kepada 1000 orang dengan yuran keahlian sebanyak RM2 sebulan. Namun begitu, jika seseorang ahli membeli saham tidak kurang daripada RM25 untuk seunit saham, maka kedudukan ahli tersebut akan berubah daripada ahli biasa kepada pemegang saham. Yuran yang dikenakan kepada ahli boleh dibayar secara tunai ataupun secara ansuran iaini secara mingguan atau harian. Dengan ini, daripada hasil kutipan yuran tersebut, syarikat dapat menggunakan wang tersebut untuk tujuan mengembangkan syarikat serta memajukan perniagaan peniaga di kompleks Pekan Rabu tersebut.
Dari segi pentadbiran syarikat ini turut melantik pengurus, setiausaha, bendahari dan seorang kerani supaya pengurusan syarikat dapat diurus secara teratur. Selain daripada itu, dengan pertambahan bilangan ahli dan keperluan, pada tahun 1958, dua kedai telah didirikan di belakang bangunan Pekan Rabu yang dibiayai oleh syarikat.

4.6.3 MAJLIS AM ANA H RAKYAT (MARA)

MARA atau Majlis Amanah Rakyat ialah sebuah agensi yang telah ditubuhkan oleh kerajaan untuk mempercepatkan kemajuan bumiputera dalam bidang pendidikan, latihan
perniagaan, perdagangan dan perindustrian.9″4
MARA Kedah diwujudkan seiring penubuhan MARA sendiri iaitu mula beropeiasi pada tahun 1966 berpusat di Bangunan Lembaga Padi (nama sekarang Bangunan SPU), Jalan Tunku Ibrahim, Alor Setar, Kedah.95 Pengarah MARA Negeri yang pertama dipertanggungjawabkan bagi menerajui MARA Kedah pada ketika itu ialah En. Ahmad bin Abu Samah (1966-1977),96
Sejak daripada itu, MARA Kedah telah menyaksikan beberapa pertukaran teraju
kepimpinannya seramai 16 orang bermula dari En. Ahmad bin Abu Samah hinggalah kepada peneraju sekarang Pn Hjh. Meriyam binti Abd. Majid yang telah mula tugasnya di
Kedah sejak Januari 2002 lalu.
Dalam tempoh 37 yang lalu, MARA Kedah juga telah menyaksikan beberapa rentetan peristiwa penting. Antaranya adalah Perpindahan Pusat Operasi Utama di Kedah Ke bangunan baru MARA iaitu Kompleks Pekan Rabu sekarang sebaik sahaja bangunan jni siap dibina pada 1977. Pada ketika itu MARA Kedah diterajui oleh En. Anuar bin Mohd Nor (PMN Kedah ke Lapan).98 Pada masa ini, MARA telah bertanggungjawab ke

I
yl Molid. Pisluil Abd. Raub dan Rozhan Othman, Pengenalan Pengurusan Perniagaan, Kuala
Lumpur:Dcwan Bahasa danPustaka, 1991. him. 101.
9S Sejarah Penubuhan MARA 2006 dim. http/Avww.pmn.gov.my “‘/hid I hid.
‘”/hid.

Leave a Comment

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.