Kesusasteraan - Essay Marketplace

Kesusasteraan

Kesusasteraan adalah menyampaikan ciptaan seni yang melalui bahasa. Akar kata kesusasteraan ialah susastera dan bersama dengan imbuhan apitan ke…….an yang akan menjadi kata kesusasteraan. Perkataan “sastera” berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu castra dan castra bermaksud kitab suci. Su membawa makna yang berikut iaitu baik, indah, cantik, dan berguna. Sastera bermaksud huruf, buku dan karya lisan atau karya bertulis. Sastera adalah satu bidang seni yang kreatif dan bermula dari tradisional lisan. Susastera adalah gabuhan su dan sastera dan perkataan ini bermaksud karya yang indah dan berguna. Kesusasteraan juga membawa maksud yang lain iaitu semua buku-buku yang mempunyai indah bahasa dan isi baik.
 
Sastera perlu disusun dengan baik dan perlu mempunyai seni bahasa yang indah. Pengarang adalah seorang yang berpengetahuan dan menuntut pemikiran yang tinggi. Pengarang perlu mempunyai sifat sensitif dan prihatin akan masyarakat supaya menghasilkan karya yang baik dan nilai estetika. Sastera perlu mempunyai isi tersurat dan tersirat untuk membuat sastera lebih menarik. Pengarang perlu mmemggunakan bahasa yang indah dan tidak ada masalah tatabahasa. Sastera adalah satu alternatf kepada setiap pengarang kerana mereka akan melepaskan perasaan mereka dan tulis di dalam sastera.

Kesusasteraan dibahagikan kepada dua iaitu kesusasteraan tradisional dan kesusasteraan moden. Sastera Melayu tradisional dan moden mempunyai dua bentuk bahasa iaitu prosa dan puisi. Contohnya, puisi sastera tradisional ialah Gurindam Dua Belas dan puisi sastera modern ialah Telok Gong.

Kesusasteraan tradisional dibahagikan kepada dua kategori iaitu sastera lisan(rakyat) dan sastera tulisan(istana). Sastera lisan bermaksud mengeluarkan hasil yang kreatif dan mempunyai pencipta yang imaginatif dan pandangan dunia. Rakyat merujuk masyarakat yang hidup dalam satu keluarga yang besar. Masyarakat ini kurang berhubung dengan masyarakat lain. Masyarakat ini mempunyai hak milik bersama dan bersifat tradisional. Sastera lisan juga dibahagikan kepada dua iaitu naratif dan bukan naratif. Contoh untuk naratif ialah mitos dan lagenda. Contoh untuk bukan naratif ialah puisi rakyat. Mitos dianggap cerita yang benar terjadi dan suci seperti Mitos asal usul, Mitos politik dan Mitos institusi sosial. Lagenda ialah cerita yang dipercayai dan tidak dianggap suci seperti Lagenda keagamaan, Lagenda alam ghaib, Lagenda tempat, Lagenda tokoh dan Lagenda perseorangan. Puisi rakyat belum mengenal sebagai bentuk tulisan pada zaman manusia dan mempunyai bahasa yang indah seperti syair, gurindam, seloka dan sebagainya. Selain itu, sastera tulisan berkembang di dalam istana dan mula selepas penerimaan islam. Contohnya, Sastera Hikayat, Sastera undang-undang, Sastera Epik, Sastera Agama dan Sastera Panji.

Kesusasteraan Melayu Tradisional adalah karya yang diturunkan dari satu generasi ke generasi lain. Mereka mengunakan lisan dan menunjukkan cara hidup dan budaya masyarakat untuk menyebarkan sastera tradisional. Ini ialah hak milik bersama dan tidak ada orang tahu siapa pengarang. Mereka juga tidak tahu bila menghasilkan sastera ini. Sastera adalah disampaikan melalui lisan secara turun menurun dan ia ialah lahir pada zaman lalu. Hal ini kerana pada masa itu tidak ada orang tahu tulis dan tidak kenal apa-apa huruf. Ia akan mempunyai banyak perubahan dan tambah semasa menyampaikan susastera melalui lisan. Masyarakat menpandang sastera tradisional tinggi dan mereka menganggap karya-karya suci dan keramat.

Kesusasteraan Melayu Moden mepunyai ciri-ciri yang lasin berbanding dengan kesusasteraan melayu tradisional. Kesusasteraan Melayu Tradisional adalah menyebarkan melalui tulisan. Mereka akan menggunakan mesin cetak untuk menghasilkan sastera melalui tulisan. Oleh kerana kehadiran mesin cetak, sastera senang berjaya untuk menyebarkan kepada ramai masyarakat pembaca. Kesusasteraan Melayu Moden banyak masyarakat mengetahui berbanding dengan kesusasteraan melayu tradisional. Oleh kerana sastera moden menpunyai nama pengarang, sastera adalah bersifat individu dan bukan hak milik bersama. Sastera merupakan hak milik sendiri dan mempunyai sistem hak cipta terpelihara.

Kesenian bermaksud bentuk bentuk yang indah dan puas hatidalam proses penghayatan seni. Kesenian bermaksud kemahiran, cara atau kaedah yang berasal dari perkataan latin. Kesenian adalah satu bahagian dari budaya dan menunjukkan rasa keindahan dari jiwa manusia. Kesenian dapat memperkukuhkan perpaduan masyarakat. Identiti masyarakat Melayu dikenali ramai dan menjadi lebih terserlah oleh kerana kesenian.

Kesenian Melayu mempunyai empat fungsi. Kesenian boleh menjadi medium hiburan bagi masyarakat melayu. Kesenian menjadi satu lambang identiti bangsa kerana kesenian melayu dikenali ramai. Kesenian boleh menjadi satu media untuk pendidikan di sekolah. Kesenian diperlukan dalam upacara ritual dan agama bagi masyarakat melayu. Kesenian dibahagikan kepada empat bahagian iaitu seni suara, seni muzik, seni tari, dan seni kraf tangan.

Seni tari adalah satu perlakuan yang bersifat teknikal dan agak kompleks. Seni tari mentafsirkan mesej dan ada tarian yang berunsur intelek. Seni tari mempunyai hubungan yang rapat dengan ritual dalam masyarakat tertentu seperti tatacara dalam upacara keagamaan. Contoh untuk seni tari ialah Makyung, Tarian kuda kepang, Tarian Mak Inang, Tarian zapin, Tarian ronggeng dan Boria. Makyung popular di Kelantan dan masyarakat nelayan akan memainkan Makyung semasa musim menuai untuk upacara memuja pantai. Makyung akan mempersembahkan cerita yang mengandungi nasihat dan pengajaran. Tarian Kuda Kepang akan dipersembahkan pada majlis-majlis keramaian dan upacara sambutan. Masyarakat masih mengamalkan tarian ini di negeri Selangor dan Johor. Kuda ini tidak ada kaki dan hanya ada bahagian kepala, badan dan ekor. Tarian ini akan menggunakan beberapa alat muzik, iaitu jidur, angklung, gendang, gong, dan kenong. Tarian Mak Inang masih ada hingga hari ini dan tarian ini terkenal sejak zaman kerajaaan Melaka. Tarian ini akan mempersembahkan di istana raja dan majlis perkahwinan. Penari tidak mengerakkan kaki dan tangan semasa menari tarian ini. Tarian Zapin berasal dari Arab-Parsi dan hanya menggunakan penari lelaki sahaja. Mereka memakai seluar panjang kerana mereka perlu bergerak sangat cepat semasa menari. Tarian ronggeng berasal dari portugis dan tarian ini ditarikan secara perpasangan. Boria terkenal di negeri Pulau Pinang dan persembahan boria mempunyai dua bahagian iaitu lakonan dan nyanyian. Jenis peserta ialah tukang karang dan kelasi.

Seni kraf tangan memerlukan kreativiti dan pertukangan halus. Pembuat adalah menggunakan tangan untuk menghasilkan kraf tangan. Contoh untuk seni kraf tangan ialah seni tembikar, Tenunan kain songket, dan anyaman kelarai. Seni tembikar juga dikenali sebagai labu tanah. Seni tembikar menggunakan tanah liat untuk membuat labu. Tanah liat yang busut perlu dijemur hingga kering sebelum ambil. Tenunan Kain Songket terkenal di negeri Terengganu, Kelantan dan Pahang. Kain Songket perlu mengambil masa yang lama untuk menghasilkan. Kain ini menggunakan corak dari alam semula jadi seperti tumbuh-tumbuhan. Anyaman kelarai memerlukan kreativiti yang unik dan alat-alat dihasilkan seperti bakul, tikar, beg dan sebagainya.

Seni Suara ialah bidang nyanyian dan fungsi nyanyian adalah untuk mendodoikan bayi dan menghiburkan hati. Contoh untuk seni suara ialah Dondang Sayang dan Dikir Barat. Dondang Sayang bermaksud nyanyian kasih yang terbit. Penyanyi perempuan memakai baju kebaya manakala penyanyi lelaki memakai baju Melayu. Penyanyi persembahan secara berpasangan. Dikir Barat terkenal di Kelantan dan mempersembahkan secara berpasukan. Dikir Barat juga dipanggil dikir pantun atau dikir syair.

Seni muzik ialah alat bunyian yang digunakan untuk hiburan atau persembahan. Contoh untuk seni muzik ialah canang, gendang, kompang, angklung, rebab,geduk, gong, dan jidur. Canang mempunyau dua jenis iaitu canang anak dan canang ibu. Canang diperbuat daripada tembaga. Gendang digunakan semasa persembahan tradisional dan gendang diperbuat daripada kayu keras. Kompang diperbuat daripada kayu kera yang menggunakan kayu yang dipotong berkeping. Kompang juga menggunakan kulit kambing atau lembu. Angklung ialah satu alat yang sangat penting dalam tarian kuda kepang dan buluh digunakan untuk membuat angklung. Rebab ialah alat bunyian yang bertali dan mempunyai tiga bahagian iaitu muka, batang dan pucuk rebung. Kayu sena digunakan untuk membuat batang rebab. Kulit lembu menutup bahagian tempurung dan benang kasar digunakan untuk membuat tali rebab. Genduk menggunakan kayu keras dan kulit bintang untuk badan dan penutup genduk. Gong dibahagikan kepada dua jenis iaitu gong anak dan gong ibu. Majlis akan mengunakan gong untuk menandakan perasmian majlis dan bunyi gong anak lebih besar. Tarian kuda kepang menggunakan alat muzik iaitu Jidur dan Jidur bentuknya besar.

Review this essay:

Name
Rating
Your review: (optional)

Latest reviews:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.