Muhamamad Jamal al-Din bin Safdar - Essay Marketplace

Muhamamad Jamal al-Din bin Safdar

Jamaluddin Al-Afghani atau Muhamamad Jamal al-Din bin Safdar merupakan salah seorang pemimpin pergerakan Islam pada akhir abad ke-19. Dilahirkan di Afghanistan pada tahun 1839 M, dan meninggal dunia di Istanbul pada tahun 1897M (Zain & Bakar, 2007). Ketika berusia 22 tahun, beliau telah menjadi pembantu kepada pangeran Dost Muhammad Khan di Afghanistan. Pada tahun 1864 M, beliau dijadikan penasihat kepada Sir Ali Khan dan beberapa tahun kemudiannya di angkat oleh Muhammad A’zam Khan sebagai perdana menteri.
 
Sayyid Safdar adalah ayah Jamaluddin Al-Afghani yang juga dikenali sebagai Shadar Al-Husaini. Beliau tergolong antara golongan bangsawan terhormat dan mempunyai nasab dengan Hussein ibn Ali r.a, dari pihak Ali At-Tirmizi yang merupakan seorang perawi hadis. Oleh kerana itulah, di depan nama Jamaluddin al-Afghani tertera gelaran Sayyid. Keluarga Afghani adalah mazhab Hanafi. Selain itu, Al-Afghani merupakan seorang pengembara yang hebat dan banyak pengalaman. Sepanjang hidupnya, beliau telah membuat penjelajahan dan pengembaraan hampir ke seluruh pelusuk dunia. Di dalam ekspidisinya itu, beliau banyak membuat lawatan ke beberapa buah negara Islam di Asia dan Afrika serta pernah sampai ke benua Eropah untuk mencari pengalaman hidup di samping menyampaikan buah fikirannya kepada orang ramai.

5.2 Pendidikan

Pendidikan Jamaluddin al-Afghani bermula dengan sekolah tempatan dengan menghafal al-Quran ketika berusia 12 tahun. Apabila umurnya mencapai usia lapan belas tahun, beliau telah pun habis belajar secara praktikal keseluruhan tahap pendidikan Islam yang merangkumi ilmu-ilmu seperti Bahasa Arab, yang meliputi nahu, sharaf, ilmu bayan dan ma’aninya. Beliau juga mendalami ilmu syariah yang meliputi tafsir, hadis dan maslahahnya, fiqh dan usulnya, ilmu kalam, ilmu tasawwuf, falsafah, logika, etika dan politik. Jamaluddin al-Afghani juga menguasai pelbagai bahasa seperti Parsi, Arab, Turki, Urdu, Perancis, Inggeris, bahasa Afghanistan (Pisho) dan Russia.

Selain itu, beliau juga mempelajari ilmu berkaitan matematik, geometri, kedoktoran dan anatomi. Jamaluddin al-Afghani melanjutkan pelajaran ke India selama setahun dengan mempelajari ilmu pengetahuan moden dan kemudiannya meneruskan perjalananya menuju Mekah untuk menunaikan ibadah haji. Beliau singgah dari satu kota ke kota lain, sambil memerhati dan belajar adat istiadat masyarakat di setiap negeri yang dilewati. Jamaluddin al-Afghani digambarkan sebagai seorang yang sangat setia dan mempunyai keyakinan diri yang sangat tinggi, bersikap zuhud tetapi sentiasa tegakkan kebenaran apabila melibatkan hal-hal berkaitan agama dan kehormatan dirinya.

5.3 Sumbangan

Di Mesir, pergerakan pembaharuan Islam dimulai dengan pertemuan Syeikh Muhammad Abduh (1849 -1905) dengan Sayyid Jamaluddin Al-Afghani (1838- 1897). Kedua-dua mereka memperluaskan pengetahuan mereka meliputi ilmu falsafah dan ilmu sosial politik. Salah seorang yang sangat peduli dengan keadaan umat Islam dan berusaha sekuat tenaga untuk memajukan kembali umat Islam ke jalan yang benar adalah Sayyid Jamaluddin Al-Afghani yang di kenal dalam dunia Islam sebagai seorang Mujaddid dan Mujahid. Beliau sangat banyak mengubah cara umat Islam berfikir terutama sekali kepada muridnya iaitu Muhammad Abduh. Semangat yang ditiupkan oleh Sayyid Jamaluddin Al-Afghani kepada muridnya membuatkannya sedar akan tanggungjawab terhadap kemajuan umat Islam (Noorthaibah, 2015).

Antara sumbangan beliau dalam bidang politik termasuklah menganjurkan pembentukan konsep Pan-Islam kepada masyarakat. Perkataan Pan-Islam di dalam bahasa Arab bermaksud ‘al-Wihdah al-Islamiyyah’ yang bererti satu ideologi yang bertujuan menumpukan usaha kepada penyatuan seluruh masyarakat Muslim di dalam satu entiti Islam. Memandangkan penglibatan al-Afghani yang banyak dalam Pan-Islam, maka beliau telah diberikan penghargaan kerana dianggap sebagai tokoh terawal dan terkenal yang mengasas dan memimpin pergerakan ini (Zain & Bakar, 2007).

Selain itu, beliau juga berusaha memperbaiki akidah umat yang telah terkontaminasi, dengan mengembalikan mereka kepada sistem kepercayaan (akidah) Islam yang benar. Beliau yakin bahawa agama Islam ini apabila difahami dan diamalkan dengan benar, dapat memimpin umatnya ke arah kemajuan dan membebaskan mereka dari otoritanisme penguasa serta kolonialisme bangsa-bangsa asing (Maryam, 2014).

Seterusnya, Jamaluddin al-Afghani merupakan penggerak utama kepada perjuangan menentang penjajah. Beliau merantau ke beberapa buah negara Islam untuk menyatukan umat Islam serta mengembalikan keyakinan mereka untuk mengusir penjajah. Jamaluddin al-Afghani juga membentuk idea-idea Islah dengan bertujuan untuk mengembalikan kecemerlangan umat Islam sebagaimana zaman Khulafa Ar-Rasyidin. Baliau membina perpaduan tanpa mengira bangsa di bawah gagasannya Al-Jamiah Al-Islamiah dan mengkritik taklid al-A’ma yang membuat sesuatu secara membuta tuli tanpa berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah.

5.4 Karya

Antara karya-karya yang dihasilkan untuk bacaan generasi selepasnya termasuklah Al-A’mal al Kamilah, ar-Raddu ‘ala ad-Dahriyyin, Tutimmah al-Bayaan fi tarikh Afghan dan al-Khatirat, at-Tukayyufat ‘ala Syarh ad-Dawani lil-Uqatir al-‘Adhuidiyah. Beliau juga mengasaskan beberapa akhbar seperti al-‘Urwah al-Wuthqa, Misr, at-Tijarah dan al- Khafiqin.

Review this essay:

Name
Rating
Your review: (optional)

Latest reviews:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.