Essay: Sudah 53 tahun negara kita mencapai kemerdekaan... - Essay Marketplace

Essay: Sudah 53 tahun negara kita mencapai kemerdekaan…

PENGENALAN

Sudah 53 tahun negara kita mencapai kemerdekaan. Kini, negara kita berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan negara-negara maju yang lain di peringkat dunia. Selain itu, Pemimpin-pemimpin negara kita berusaha bersungguh-sungguh untuk merealisasikan Wawasan 2020 yang menjadi matlamat negara. Malaysia semakin hari semkakin maju dalam semua bidang di seantero dunia.
Namun begitu, tidak dapat melupakan sejarah, negara kita pernah dijajah oleh kuasa-kuasa asing. Tokoh-tokoh kemerdekaan telah mengharungi pelbagai cabaran dan rintangan untuk membebaskan negara kita daripada jajahan kuasa asing. Pelbagai cara dan strategi telah dilaksanakan untuk memerdekakan negara kita. Parti-parti politik telah ditubuhkan untuk menyumbang kepada kemerdekaan negara kita, Persekutuan Tanah Melayu.
Kemerdekaan bagi Persekutuan Tanah Melayu telah menjadi matlamat utama apabila Tunku Abdul Rahman Putra Al-haj , pemimpin Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada masa itu mengambil keputusan bergabung dengan Malayan Chinese Association (MCA) untuk memenangi Pilihanraya Perbandaran Kuala Lumpur pada tahun 1952. Gabungan dua parti perkauman dalam pilihanraya terssebut telah membawa kepada penubuhan Parti Perikatan. Semenjak itu, Parti Perikatan menjadi simbol pakatan dan penyatuan tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India. Penyatuan kaum di Tanah Melayu telah tercapai atas dasar persefahaman dan tolak ansur dengan satu matlamat iaitu untuk mendapatkan kemerdekaan daripada penjajah British dan mentadbir sendiri negara ini.
Pada masa itu, British telah berjanji akan memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu jika rakyat menamatkan Darurat dan penduduk penduduk pelbagai bangsa di negeri dapat bersatu padu dan saling memahami. Janji dan syarat yang diletakkan oleh British ini dijadikan asas oleh Tunku Abdul Rahman dalam usaha mewujudkan penyatuan dan kerjasama rapat antara kaum di Tanah Melayu.
Kerjasama antara kaum ini ternyata berhasil apabila Perikatan menang besar dalam Pilihanraya Persekutuan yang telah diadakan pada 27 Julai 1955 dengan memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Kemenangan ini sekali gus memberikan mandat kepada Perikatan untuk membentuk kerajaan dan kabinet. Tunku Abdul Rahman telah dilantik menjadi ketua menteri Persekutuan Tanah Melayu. 10 orang menteri yang terdiri daripada 6 ahli UMNO, 3 ahli MCA dan seorang ahli MICtelah membentuk sebuah kabinet. Kemenangan ini amay bererti kepada Parti Perikatan kerana ia membuka ruang luas untuk memperoleh kemerdekaan negara yang dihajati oleh semua rakyat. Usaha dan pengorbanan telah membuahkan hasil apabila negara kita berjaya memperoleh kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

SEJARAH PENUBUHAN UNITED MALAY NATIONAL ORGANIZATION (UMNO) DI TANAH MELAYU

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu iaitu United Malay National Organisation dikenali sebagai UMNO atau PEKEMBAR adalah parti politik terbesar di Malaysia dan merupakan pengasas dan tulang belakang pakatan Barisan Nasional yang telah memerintah Malaysia tanpa putus sejak merdeka lagi. Umno telah ditubuhkan bagi melaksanakan tenaga melayu untuk menumpaskan gagasan Malayan Union bagi memperjuangkan kemerdekaan negara.
UMNO dianggap sebagai Melayu atau ketuanan Melayu. Menurut perlembagaan parti ini, asasnya adalah untuk berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara.Satu himpunan besar-besaran yang dikenali sebagai Kongres Melayu Se-Malaya pertama telah diatur oleh Persatuan Melayu Selangor di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baharu, Kuala Lumpur pada 1 hingga 4 Mac 1946 dan seramai 41 pertubuhan-pertubuhan Melayu telah menghantar wakil masing-masing. ‘Dengan semangat yang kuat, usaha yang gigih dan kerjasama semua pihak, kita telah mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Dato’ Onn bin Jaafar dari Persatuan Melayu Johor telah dipilih sebagai Pengerusi Kongres. Hampir semua wakil pertubuhan telah berucap termasuk dua orang wakil kanak-kanak’.
Dato Onn Bin Jaapar daripada Persatuan Melayu Johor telah dipilih sebagai Pengerusi Kongres. Hampir semua wakil pertubuhan telah berucap termasuk dua orang wakil kanak-kanak.Tiga usul telah diluluskan oleh Kongres seperti berikut:
‘ Menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
‘ Membantah pertubuhan Malayan Union
‘ Mengadakan Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu sahaja
Satu jawatankuasa yang terdiri dari Dato’ Onn Jaafar, Dato’ Panglima Bukit Gantang, Dato’ Nik Ahmad Kamil, Dato’ Hamzah Abdullah dan Encik Zainal Abidin Ahmad (Zaaba) telah dipilih untuk menyediakan draf Piagam atau Perlembagaan UMNO untuk dibentangkan dan diterima oleh Kongres Melayu Se-Malaya.
Walaupun ada bangkangan yang hebat dari kaum Melayu, Kerajaan British tetap meneruskan rancangan mereka dan pada 1 April 1946 mengwujudkan Malayan Union. Orang-orang Melayu dan pertubuhan-pertubuhan Melayu terus membangkang dan tidak memberi sebarang sokongan terhadap Malayan Union. Pada 11 Mei 1946 di Istana Besar Johor Bahru. Kongres Melayu Se-Malaya ketiga dan perhimpunan agung pertama Pertubuhan Melayu Kebangsaan Melayu Bersatu atau PEKEMBAR (UMNO) telah berlangsung dan Piagam atau Perlembagaan (UMNO) telah diterima dan diluluskan oleh para peserta dan UMNO pun lahirlah secara rasmi.
‘Kita mewarisi sesebuah negara yang mempunyai penduduk berbilang kaum. UMNO sebagai parti yang terpenting di negara kita yang berbilang kaum ini, hendaklah member perhatian kepada masyarakat rakyat keseluruhannya. Hakikat ini sentiasa di sedari oleh UMNO dan dengan kesedaran ini UMNO telah bersikap adil terhadapsemua kaum. Dalam memperjuangkan nasib kaum bumiputera, kita tida mengenepikan kepentingan kaum-kaum lain. Kepercayaan rakyat keseluruhannya dan pari-parti komponen dalam perikatan dahulu dan barisan nasional sekarang terhadap UMNO adalah bukti kebijaksanaan pendirian dan dasar kita. Marilahkita kekalkan dasar ini dan mengekalkan UMNO sebagai teras politik negara’.

Cogan kata ‘Hidup Melayu’ merupakan cogan kata UMNO yang di cipta oleh Dato’ Onn Ja’afar untuk menyatukan ahli-ahli UMNO. Cogan kata ini pada asalnya adalah slogan Pergerakan Melayu Semenanjung Johor pimpinan Dato’ Onn sendiri. Padabulan MAC 1950, atas cadangan wakil Pemuda Bahagian Batu Pahat iaitu Syeikh Gharieb Raub, cogan kata ‘Hidup Melayu’ di tukarkan kepada ‘Merdeka’. Dalam persidangan UMNO di Ipoh, Perak pada Jun 1946 telah diputuskan pemilihan bendera UMNO. Buat pertama kalinya bendera UMNO telah dikibarkan semasa mesyuarat Agung UMNO DI Pulau Pinang pada 27 Julai 1947.

Ekonomi

Kemunduran ekonomi orang-orang Melayu adalah satu perkara yang hebat diperdebatkan oleh masyarakat Melayu semenjak begitu lama sebelum merdeka. Hasrat orang-orang Melayu untuk maju dalam bidang ekonomi adalah salah satu matlamat perjuangan UMNO. Selepas kita mencapai kemerdekaan, berbagai rancangan telah dilaksanakan .untuk memperbaiki taraf hidup rakyat. Rancangan pembangunan luar bandar, pembukaan tanah secara besar-besaran, rancangan penanaman semula, rancangan pengairan, rancangan bantuan dalam perniagaan, telah dapat memperbaiki taraf hidup masyarakat bumiputera.

Usaha-usaha pembangunan kita dalam tempoh sepuluh tahun selepas Merdeka .adalah tertumpu kepada usaha memesatkan perkembangan ekonomi dan sosial. Usaha-usaha ini telah mendatangkan faedah kepada rakyat keseluruhannya. Walau bagaimanapun, jurang .perbezaan yang wujud antara kaum merupakan satu faktor yang mengancam perpadaan. Bagi mengatasi masalah ini Dasar Ekonomi Baru telah digubal pada tahun 1970 dan dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Kedua.

Usaha-usaha ini telah ditingkatkan di bawah Rancangan Malaysia Ketiga. Matlamat membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan penyusunan semula masyarakat mencapai kejayaan yang 7 menggalakkan dalam tempoh 10 tahun pertama pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru. Rancangan Malaysia Keempat yang dilancarkan pada tahun ini akan memesatkan lagi usaha usaha kearah mencapai kejayaan yang menggalakkan dalam tempoh 10 tahun pertama pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru. Rancangan Malaysia Keempat yang dilancarkan pada tahun ini akan memesatkan lagi usaha-usaha ke arah pencaparan matlamat-matlamat ini.

KESAN DASAR KEAHLIAN UMNO UNTUK SEMUA DAN KERAKYATAN TANAH MELAYU

Ketika berucap dalam Persidangan Majlis Mesyuarat Agung Umno ke-6 pada 25 hingga 26 Ogos 1951. Dato Onn mengkritik keengganan UMNO membuka keahliannya kepada kaum lain. Menurutnya, era keistimewaan orang Melayu telah berakhir dan kemerdekaan tidakmungkin di capai tanpa kerjasama antara kaum. Itu adalah ucapan terakhir Dato Onn sebelum meninggalkan UMNO dan penggantinya Tunku Abdul Rahman dipilih sebagai Yang Di
Pertua bagi tempoh 1951-1952. Pada persidangan sama, empat ketetapan di capai. Pertama, Umno akan terus kekal sebagai parti yang akan memperjuangkan kemerdekaan, Kedua, semua keputusan daripada persidangan Alim Ulama perlu diserahkan untuk tindakan serta pelaksanaan Majlis Alim Ulama. Ketiga, kerajaan akan di gesa supaya menerima Penyata Pelajar Barnes dan Feen-Wu yang menguntungkan Melayu, Ke empat, menetapkan keperluan RDA (Rural And Industrial Development Authority) melaksanakan programnya untuk kemajuan ekonomi orang Melayu di luar bandar.
Sewaktu perjumpaan UMNO di Johor Bahru pada Oktober 1951, Tunku menegaskan dalam ucapannya bahawa Tanah Melayu adalah milik orang Melayu tetapi pada masa yang sama, kaum lain akan diberi hak serupaika negara ini ditumpahkan dengan taat setia. Perkara sama diulangi Tunku menerusi ucapan beliau di Alor Setar sambil membezakan peruangan kemerdekaan UMNO berbanding IMP. Umno berpendapat, negara ini milik Melayu dan justeru itu, tidak bersetuju dengan cadangan membuka peluang sebesar mungkin kepada orang bukan Melayu. Hal ini berbeza dengan IMP yang berpandangan sebaiknya.

SUMBANGAN UNITED MALAYAN NATIONAL ORGANIZATION (UMNO) TERHADAP KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

UMNO (United Malays National Organisation) atau dalam bahasa Melayu (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) adalah parti politik terbesar di Malaysia, ahli terdiri daripada Barisan Nasional yang telah memainkan peranan yang penting dalam politik Malaysia sejak kemerdekaan. UMNO menekankan untuk melindungi budaya Melayu. Dalam beberapa tahun terakhir, UMNO di bawah Perdana Menteri Najib telah semakin ditekankan mengurangkan ketegangan etnik dan melindungi hak-hak minoriti. Namun, pengkritik telah mendakwa bahawa tindakan UMNO tanpa disedari menjalar bahagian perkauman.

PERANAN UMNO

Sebelum pembentukan Persekutuan Malaysia pada bulan Julai 1946 telah dibentuk jawatankuasa kerja yang terdiri daripada beberapa komponen seperti Kerajaan Inggeris yang diwakili oleh gabenor jendralnya yang ada di Semenanjung Malaya, sultan yang mewakili 9 kesultanan yang ada di Semenanjung Malaya atau negara bahagian serta Parti UMNO sendiri untuk membincangkan pembentukan Persekutuan Malaya. Jawatankuasa kerja dalam perbahasan pembentukan Persekutuan Malaya tersebut telah bersetuju dengan pembentukan Persekutuan Malaya pada 1 Februari 1948.
Dalam pembentukan Persekutuan Malaya tersebut, Singapura tidak termasuk dalam kumpulan Persekutuan Malaya namun langsung di bawah tanah jajahan Inggeris. Persekutuan Malaya terdiri dari 9 Kesultanan Melayu atau negara bahagian ditambah negeri Pulau Pinang dan Melaka. Dalam Persekutuan Malaya tersebut Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa penuh atas pertahanan, hubungan luar negeri, undang-undang dan keselamatan, perbankan, komunikasi serta kewangan.
Sedangkan masalah seperti pendidikan, pertanian dan agama menjadi kuasa dan tanggung jawab kerajaan negara bagian.Dalam hal kewarganegaraan pembentukan Persekutuan Malaya juga mengatur mengenai kedudukan seseorang itu menjadi warga negara dalam wilayah Persekutuan Malaya. Ada warga yang secara automatik menjadi warga negara semenjak pembentukan Persekutuan Malaya iaitu:

‘ Pertama, sultan beserta keturunan-keturunannya yang masuk dalam wilayah seperti di 9 Kesultanan Melayu atau negara bahagian iaitu Kedah, Perak, Terengganu, Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan, Perlis, Pahang dan Selangor.
‘ Kedua, orang Inggeris beserta keturunannya yang lahir di Pulau Pinang dan Melaka serta yang telah tinggal selama 15 tahun berturut-turut dalam Persekutuan Malaya, ia secara automatik menjadi warganegara.
‘ Ketiga, orang Inggeris beserta keturunannya atau ayahnya lahir di tanah Malaya atau telah tinggal selama 15 tahun berturut-turut.
‘ Keempat, seseorang yang lahir di tanah Semenanjung Malaya serta kedua ibu bapanya lahir di tanah Semenanjung Malaya dan tinggal selama 15 tahun secara berturut- turut. Parti UMNO dalam pembentukan Persekutuan Malaya sangat mempunyai peranan yang cukup besar dan strategik.

PERJUANGAN UMNO

1. Bidang Politik

UMNO lahir atas kesedaran dan kehendak para perwakilan yang menghadiri kongres melayu semelayu pertama pada 1-4 Mac 1946. Selepas kerajaan Jepun menyerah kalah 14 Ogos 1945, INGGRIS telah menghantar bala tenteranya untuk menguasai semula semenanjung tanah melayu dan serentak membawa paerubahan radikal terhadap pemerintahan negeri melayu. Melalui tipu hela, raja-raja melayu telah dipengaruhi supaya menandatangani perjanjian dengan Harold MacMicheal untuk menyerahkan kuasa pemerintahan serta kerajaan kepada Inggeris. Melayu bersama malaka dan pulau Pinang disatukan dibawah kesatuan Malayan union dan ditadbirkan sebagai jajahan Inggeris.

Perjuangan UMNO yang eprtama adalah membangkang penubuhan Malayan union. Melalui akhbar seperti utusan melayu dan majlis, suara orang melayu menentang Malayan union dapat diketahui. Sebagai negara merdeka dan ebrdaulat, UMNO menjadi tulang belakang dalam kerajaan perikatan dan kemudiannya barisan nasional dan tidak putus-putus bergerak untuk emngisi makna kemerdekaan. Usaha membangunkan negara dalam semua bidang dimulakan dengan wujudnya rancangan pembangunan jangka panjang dan rancangan pembangunan bagi tiap-tiap lima tahun bermula dengan rancangan melaya pertama (1956-1960) hinggalah rancangan Malaysia ke-7 bagi 1996-2000.

Tujuan utama rancangan pembangunan negara adalah antara lain meningkatkan taraf politik dan sosio ekonomi masyarakat, emenntukan keselamatan rakyat dari ancaman musuh baik dari dalam maupun luar negeri, membangunkan ekonomi negara dan menyediakan prasarana yang berkesan.
2. Bidang Ekonomi

Salah satu agenda tuntutan kemerdekaan yang diperjuangkan oleh UMNO sejak penubuhannya 11 Mei 1946 ialah penguasaan orang-orang melayu keatas ekonomi negara sendiri yang ketika itu berada dirangan penjajah dan kaum cina. Ekonomi tanaha melayu pada 1947 berdasarkan kepada getah dan bijih timah di mana 89 peratus daripada epndapatan negara ebrgantung kepada kedua komoditi ini. Keluaran engara kasar sebanyak (RGDP) RM2, 982 juta dan dua tahun kemudian meningkat kepada RM3, 027 juta, bertambah sebanyak 1.5 peratus. Tungku Abdul Rahman putra PM pertama, memilih dasar ekonomi pasaran ebbas tetapi terpimpin dan emmperkenalkan sebagai program pembangunan untuk meningkatkan taraf social ekonomi masyarakat.

3. Bidang Sosial

Semenjak UMNO ditubuhkan 11 Mei 1946, prihatin dengan isu-isu sosio bdaya. Tahun demi tahun usaha meningkatkan taraf hidup dan keselesaan masyarakat mendapat perhatian pemimpin UMNO terutama sesudah negara mencapai kemerdekaan. Taraf kemiskinan rakyat dapat dikurangkan keparas minimum. Pendapatan perkapita meningkat dan penyediaan prasarana dan kemudahan utility berlaku dengan pesat. Semua ini menjadikan Malaysia sebuah negara contoh dan presiden UMNO merangkap PM menjadi insane yang disegani lagi disanjung tinggi bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia.
Semua lapisan masyarakat dari warga tua hingga muda mendapat perhatian penuh dari pemimpin UMNO konsep masyarakat penyayang dan rakan muda diperkenal dan diamalkan. Dalam bidang sastera dan budaya, perkembangan sasterawan dengan pesat termasuk pengiktifaran diahap paling tinggi seperti anugerah sasterawan engara, seniman negara dan anugerah seni.
4. Bidang AntaraBangsa
UMNO berjaya memerdekakan tanah melayu 31 Ogos 1957 dan membolehkan negara menyertai keluarga bangsa negara dipentas dunia sebagai sebuah negara yang bebas dan berdaulat. Mula itu melayu tidak lagi takhluk kepada apa yang diputuskan London. Persekutuan tanah melayu mempunyai perjanjian keselamatan denagn United Kingdom melalui Anglo Malayan defence agreement (AMDA) yang kemudian digantikan dengan five power defence arrangement.
UMNO juga mengamalkan dasar laur negeri yang ebrtujuan untuk menjaga kepetingan nasional dan melindungi kedaulatan dan keluhuran wilayah serta menjaga keselamatan, kebajikan warga dan kemakmuran ekonomi. Sejajar dengan iklim antar bangsa yang agak bergelora dengan badai perang dingin waktu itu, AUMNO mengambil usaha untuk memperbanyakkan sahabat dan mengurangkan musuh di mana boleh dilakukan dengan menjalin hubungan diplomatik dengan negara-negara lain yang juga tidak berdaulat yang mau bersahabat.

Selain menganjurkan dasar hidup aman dan damai secara bersama, UMNO juga berpegang pada prinsip saling hormat menghormati kedaulatan dan keluhuran wilayah suatu negara. Dibawah pimpinan UMNO, persekutuan tanah melayu memutuskan bahawa setiap negara ebbas memilih ideology politik, system ekonomi dan social mereka. Dengan kata lain, tidak ada kuasa yang berhak memaksa nilai hidup mereka keatas negara-negara lain.

SEJARAH PENUBUHAN PERSATUAN CINA TANAH MELAYU (MCA)

Pada 27 Februari 1949, Persatuan Cina Malaya (MCA) ditubuhkan. Penubuhannya adalah hasil daripada perjumpaan seramai 300 orang perwakilan Cina dari seluruh Persekutuan Tanah Melayu kecuali Kelantan di Dewan Perhimpunan Cina, Kuala Lumpur. Pada perhimpunan tersebut, para perwakilan telah memilih 100 orang ahli jawatankuasa pusat dan wakil negeri-negeri bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin Cina yang lain seperti , Tun Leong Yew Koh dan Kolonel H.S. Lee, Encik Yong Shook Lin dan Encik Leong Chung Lin sebagai Setiausaha Bersama. Manakala, bendahari disandang oleh Encik Khoo Teik Ee. Antara jawatankuasa kecil yang dibentuk ialah Jawatankuasa Kecil Perundangan, Jawatankuasa Kecil Kebajikan, Jawatankuasa Kecil Kewangan dan Jawatankuasa Kecil Publisiti. Tan Cheng Lock merupakan mengasaskan Persatuan Cina Tanah Melayu (MCA) dan menjadi presidennya yang pertama. Matlamat utama untuk membentuk MCA adalah untuk:
‘ Untuk merapatkan hubungan dikalangan masyarakat Cina dengan masyarakat lain di Tanah Melayu berasaskan semangat muhibah, persefahaman dan kerjasama.
‘ menyatukan orang-orang Cina untuk menentang komunis serta memberi gambaran kepada masyarakat iaitu bukan semua orang Cina berfahaman komunis
‘ Untuk menguatkan persatuan dengan tujuan menjadikan MCA sebagai wakil orang-orang Cina dengan kerajaan Inggeris.
‘ Melindungi hak-hak dan kepentingan orang-orang Cina;
‘ Bekerjasama dengan kerajaan untuk menentang komunisme; dan
‘ Bekerjasama dengan bangsa-bangsa lain untuk memperoleh kemerdekaan untuk Tanah Melayu.

Seperti UMNO, MCA juga mempunyai keahlian dengan pelbagai latar belakang yang berbeza. Kedaan yang sebegini akan membawa implikasi bahawa MCA merupakan sebuah parti yang memiliki tahap konsensus yang rendah apabila berhadapan dengan situasi isu. Daripada sudut lain, kewujudan nilai tersebut yang rendah dalam parti MCA adalah refleksi daripada struktur heterogenus masyarakat cina itu sendiri. Pada tahap awal penubuhan dan sepanjang parti MCA dipimpin oleh Tan Cheng Lock, kumpulan pemimpin parti ini memperlihatkan beberapa ciri-ciri yang khusus. Antara ciri kumpulan tersebut adalah mereka memiliki pendidikan Inggeris dan berpengetahuan tentang institusi politik dan aspek perlembagaan dalam proses politik yang berbentuk British. Terdapat beberapa ahli dalam kumpulan tersebut pernah mengambil bahagian dalam perundingan kerajaan Tanah Melayu.
Semasa MCA mula dibentuk, kesemua 16 orang ahli Majlis Perundangan Persekutuan dan Majlis Eksekutif menjadi ahli jawatankuasa membentuk MCA. Namun demikian, kumpulan pemimpin MCA generasi pertama seperti Tan Cheng Lock kurang disenangi oleh masyarakat mereka sendiri kerana mereka lebih bersimpati dengan aspirasi kumpulan yang berpelajaran cina dalam perkara seperti pelajaran dan kebudayaan cina.
Kumpulan kedua yang dianggap kumpulan terbesar dalam parti MCA yang terdiri daripada berbagai kesatuan sekerja dan persatuan, kesatuan pedagang cina dan persatuan guru sekolah cina. Kumpulan ini dengan latar belakan pendidikan cina dianggap lebih bersimpati dengan kepentingan masyarakat cina yang dianggap telah diabaikan oleh kumpulan MCA yang berpendidikan Inggeris. Justeru mereka lebih diterima oleh ahli MCA.
Selain itu, penubuhan MCA pada ketika itu telah mendapat sokongan dan galakan yang baik daripada pihak British. MCA juga turut membantu pihak British memindahkan orang-orang Cina ke Kampung Baru. Sehubungan itu, pada 12 Jun 1949 perlembagaan pertama MCA telah diluluskan. Walau bagaimanapun, di peringkat awal penubuhannya MCA lebih mirip kepada pertubuhan kebajikan. Namun pada tahun 1952, MCA telah menjadi sebuah pertubuhan politik dan telah dapat menyatukan orang-orang Cina serta memenuhi kekosongan politik di Tanah Melayu.
Sebagai Presiden MCA, Tan Cheng Lock telah mengetuai kempen-kempen di seluruh Tanah Melayu. Kempen-kempen itu adalah untuk menarik hampir 200,000 ahli dan cawangan-cawangan MCA ditubuhkan. Bilangan ahli dan cawangan MCA semakin bertambah. Tan Cheng Lock selaku ketua MCA, menyokong gagasan Dato’ Onn Jaafar untuk membentuk Parti Kemerdekaan Malaya (IMP). IMP dibentuk pada 26 September 1951 di Kuala Lumpur dengan kerjasama berbagai-bagai bangsa. Bagaimanapun dalam tempoh tiga tahun, hubungan antara MCA dan IMP menjadi tegang, disebabkan apa yang dikatakan tentang Dato’ Onn yang tidak mempunyai kerjasama terhadap persoalan kewarganegaraan.
Pada tahun 1952, Akta Kewarganegaraan telah diluluskan yang mengenakan sekatan terhadap orang-orang bukan Melayu. Dato’ Onn mengemukakan Akta Imigeresen 1952, 1953 dan Akta Perniagaan 1953 yang menjejaskan tentang ahli-ahli Cina dalam IMP. Pemusuhan antara Tan Cheng Lock dan Dato’ Onn bermula ketika Tan menyokong cadangan H.S. Lee untuk bekerjasama dengan UMNO dalam Pilihan Raya Perbandaran Kuala Lumpur pada Februari 1952. Dato’ Onn secara terang-terangan telah mengkritik tindakan politik orang Cina dan ini menyebabkan Tan Cheng Lock dan MCA menyokong UMNO yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman.Dengan itu, Tunku Abdul Rahman berkata dalam ucapannya:
‘parti Negara had sole access to radio, but also using its party journal to attack the Alliance.One issue flashed a headline dead our ‘sailing Boat’ election emblem was symbolic of a ‘sell-out by the malays to the chinese.The chinese emigrated to Malaya in sailing Boat; now they had gained concessions from the malays through that, ‘sailing Boat.’ But party Negara’s emblem ‘Padi’ represented something indispensable and very dear to the heart of every peasant in Malaya. Therefore, ‘Vote Padi’ and save your rights.’
Masyarakat cina dan ahli MCA khususnya tidaklah menentang usaha membentuk bangsa Malayan bersatu seperti yang dilakukan oleh masyarakat melayu dan ahli UMNO.
Secara umumnya dasar ini menguntungkan masyarakat bukan melayu terutama dalam persoalan kerakyatan. Sebaliknya yang mereka tuntut adalah pengukuhan sepenuhnya dasar tersebut disamping menerima jaminan tentang penerusan penggunaan bahasa ibunda mereka dan perkara yang bersangkutan seperti perlaksanaan prinsip kerakyatan jus soli.
Reaksi pertama dalam bentuk keraguan masyarakat cina terhadap dasar Parti Perikatan mula dilihat selepas rundingan tentang kemerdekaan Tanah Melayu di London. Walaupun bergembira dengan jaminan pembentukan kerakyatan tunggal daripada Suruhanjaya Reid. Secara keseluruhannya timbul tanggapan di kalangan mereka bahawa Parti Perikatan yang diterajui oleh UMNO akan segera bergerak ke arah Negara yang merdeka yang akan ditadbir oleh melayu dan untuk melayu.Presiden MCA telah mengundang persatuan cina bernaung di bawah MCA dalam menyediakan memorandum yang akan diserahkan kepada Suruhanjaya Reid untuk mewakili pandangan masyarakat cina secara keseluruhannya.
Tan Cheng Lock telah membawa MCA ke Konvensyen Kebangsaan yang ditaja oleh UMNO pada 23 Ogos 1953, dan sebuah perjanjian kerjasama dimeterai antara UMNO dan MCA dengan persefahaman untuk mencapai kemerdekaan melalui cara yang aman. Pembentukan Parti Perikatan antara MCA, UMNO, dan MIC mencepatkan proses kemerdekaan ketika Parti Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi dalam pilihan raya persekutuan pada tahun 1955. Cita-cita Tan Cheng Lock untuk memperoleh taraf kewarganegaraan untuk orang-orang Cina di Tanah Melayu dicapai ketika UMNO menerima cadangan itu dan memasukkannya dalam memorandum Parti Perikatan kepada Suruhanjaya Reid yang ditugasi untuk menulis Perlembagaan Persekutuan
Dato’ Sir Tan Cheng Lock, President of MCA, will take an active part in the administration. He will however be consulted at all stages. The Alliance plan refers to Sir Chen Lock as elder statesman’.
SUMBANGAN PERSATUAN CINA TANAH MELAYU (MCA) TERHADAP KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

Tanah Melayu merdeka pada 31 Ogos 1957.Kemerdekaan telah mengembalikan kuasa politik ke tangan orang Melayu, tetapi tidak secara mutlak seperti yang mereka miliki sewaktu British mula-mula menjajah negara ini lebih 100 tahun sebelum itu. Walaupun orang-orang Melayu memainkan peranan yang dominan dalam politik tanah air, tetapi kuasa politik kini dikongsi bersama dengan orang bukan Melayu ,Cina dan India khususnya yang dibawa masuk oleh British untuk membantu mereka membuka lading getah dan lombong bijih di negara ini. Orang-orang bukan Melayu ini yang pada mulanya datang dengan tujuan untuk mencari rezeki, kemudian pulang semula ke tanah air masing-masing di India dan China.
Akhirnya membuat keputusan untuk menetap terus di Tanah Melayu. Manakala, dengan persetujuan orang-orang Melayu sendiri, mereka diterima sebagai warganegara Tanah Melayu, meskipun pada mulanya rancangan itu ditentang hebat oleh orang-orang Melayu yang merasakan Tanah Melayu adalah untuk orang-orang Melayu sahaja. Bagaimanapun setelah menyedari bahawa sekiranya mereka enggan menerima orang-orang bukan Melayu sebagai warganegara, tanah air mereka tidak akan dimerdekakan, pemimpin-pemimpin Melayu itu akhirnya meukar pendirian.
Melalui Persekutuan Tanah Melayu 1948, mereka menerima bukan Melayu sebagai warganegara dengan syarat yang lebih ketat dari yang cuba diperkenalkan oleh British melalui Malayan Union dalam tahun 1964. Syarat-syarat pemberian kewarganegaraan itu bagaimanapun dilonggarkan lebih lanjut dalam tahun 1957 apabila prinsip jus soli yang ditentang dalam tahun 1946, turut dipersetujui. Dengan persetujuan itu, bertukarlah Tanah Melayu dari sebuah negara yang didiami secara ekslusif oleh orang-orang Melayu menjadi sebuah negara pelbagai kaum.
‘ MCA telah ditubuhkan atas daya usaha pihak British, tetapi ia lebih merupakan sebuah badan kebajikan yang diasaskan oleh tauke-tauke Cina untuk menjaga kepentingan diri mereka walaupun secara terbuka menyatakan bahawa tujuannya ialah untuk membela penduduk setinggan Cina di kampun-kampung baru’.
MCA telah digunakan oleh British untuk mematahkan sokongan yang diberikan oleh masyarakat Cina kepada Parti Komunis Malaya(PKM) yang diharamkan.Ini dilakukan dengan mendapatkan kerjasama MCA bagi menggalakkan orang-orang Cina menyertai polis dan angkatan bersenjata untuk melawan pemberontakan komunis yang waktu itu dilakukan hanya oleh tentera British dan Melayu tanpa mendapat kerjasama yang sewajarnya dari orang-orang Cina. MCA hanya bertukar menjadi sebuah pertubuhan politik dalam tahun 1952 setelah didorong oleh pengaruh Sir Henry Gurney ke atas Tan Cheng Lock atas dua sebab iaitu sebagai reaksi kepada politik Melayu yang sudah mempunyai sebuah parti dan kedua sebagai usaha untuk menyatukan masyarakat Cina supaya mempunyai kesetiaan politik terhadap MCA dan bukannya PKM yang waktu itu mendapat sokongan besar daripada masyarakat Cina.
Henry Gurney merasakan sekiranya MCA kekal sebagai sebuah pertubuhan kebajikan, ia akan terus menerus gagal untuk mengalihkan sokongan Cina daripada komunis. Dengan itu kecurigaan orang Melayu terhadap Cina tidak akan Berjaya dilenyapkan dan ini mungkin akan menggagalkan kejayaan yang dicapai melalui CLC yang ditubuhkan dalam tahun 1949 itu. Ini kerana melalui CLC yang diilhamkan oleh seorang pegawai British bernama Malcolm Macdonald yang merasa sesuatu perlu dibuat untuk tidak merenggangkan lagi Melayu dengan Cina selepas peristiwa Malayan Union, British nampaknya telah berjaya mempengaruhi pemimpin-pemimpin Melayu supaya mengenepikan perjuangan asal UMNO 1946 yang bertegas menolak orang asing menjadi warganegara.
Jelas bahawa selepas beberapa siri rundingan tertutup, Dato Onn Jaafar, pengasas UMNO yang dulu habis-habisan menentang Malayan Union , mula memperlihatkan sikap toleransi mengenai soal kewarganeraan kepada penduduk-penduduk yang dianggap sebagai imigran.
Manakala, pujukan British bahawa orang Melayu dan buka Melayu perlu bekerjasama sekiranya mereka ingin menyertai pentadbiran sebuah kerajaan sendiri menuju kea rah kemerdekaan telah mempengaruhi pendirian Dato Onn serta pemimpim-pemimpin Melayu yang lain. Disebabkan ini juga Dato Onn membuka keanggotaan pertubuhan itu kepada bukan Melayu. Cadangan itu dikemukakan Dato Onn tetapi ditolak oleh sebahagian besar ahli yang merasakan bahawa cadangan untuk menjadikan UMNO sebuah parti pelbagai kaum akan membunuh bangsa Melayu. Dato Onn meninggalkan UMNO untuk mengasaskan Independence of Malaya Party(IMP) pada 16 September 1951 di Kuala Lumpur yang mengamalkan pengambilan anggota-anggota pelbagai kaum.
Tujuan IMP bukan sekadar untuk menggalakkan kerjasama Melayu dengan bukan Melayu tetapi untuk bergerak kea rah menubuhkan sebuah Tanah Melayu yang merdeka yang mana ‘kebajikan rakyat diasaskan pada peluang yang sama bagi semua bangsa dari segi politik, sosial dan ekonomi’. Slogan parti itu ialah Perpaduan, Keadilan dan Persamaan untuk semua. Pelancaran IMP dihadiri oleh kira-kira 1000 orang anggota pelbagai kaum. Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Presiden MCA, Tan Cheng Lock yang juga memberi sokongan kepada parti itu. Sokongan juga diberikan oleh tokoh-tokoh masyarakat yang lain. Sokongan diberikan kebanyakan oleh Cina, India dan Serani. UMNO sebenarnya menetang IMP dan menganggapnya sebagai satu gerakan yang boleh menghancurkan Melayu. Walaupun UMNO tidsak bersetuju dengan cara kerjasama Melayu-bukan Melayu (IMP), tetapi ini tidak pula bermakna UMNO meolak sepenuhnya berkerjasama dengan bukan Melayu.

British telah menggalakkan tiga parti iaitu UMNO, IMP dan MCA untuk menyertai pilihanraya untuk menguji kekuatan parti masing-masing.Pada waktu ini, IMP menghadapi masalah apabila MCA menarik sokongan yang telah diberi kepada IMP selama ini. Tindakan itu menimbulkan kemarahan Dato Onn terhadap MCA. Pada masa ini, terjalinnya kerjasama antara UMNO dengan MCA dalam pilihanraya kerajaan tempatan 1952 di Kuala Lumpur.
Kerjasama MCA-UMNO ini tidak dirancang untuk tujuan menentang IMP tetapi diadakan secara ad hoc oleh pemimpin tempatan kedua parti di Kuala Lumpur. Tunku Abdul Rahman sendiri mengesahkan perkara itu apabila beliau berkata bahawa pakatan itu dilahirkan oleh pemimpin tempatan UMNO dan MCA. Tidak ada perbincangan khusus di peringkat nasional untuk memutuskan kerjasama dalam pilihanraya tempatan itu.
Bagaimanapun, kerjasama UMNO-MCA itu mencapai kejayaan yang cemerlang seterusnya diinstitusikan menjadi PERIKATAN pada Ogos 1953. Bagi Melayu, kerjasama ini adalah cara Melayu untuk mendapatkan kerjasama Cina bagi menghalau British manakala bagi masyarakat Cina pula berpendapat lebih baik menjaga kepentingan mereka dengan berkerjasama dengan Melayu daripada menentang mereka.

SEJARAH PENUBUHAN MALAYSIA INDIAN CONGRESS (MIC) DI TANAH MELAYU

Penubuhan parti politik di Malaysia merupakan salah satu usaha semua kaum di Malaysia untuk membentuk kerjasama yang utuh dan tolak ansur sesama kaum. Ianya harus dibentuk agar penduduk tempatan diberikan hak mutlak untuk mentadbir sesebuah negara yang berdaulat dan merdeka. Hal ini kerana setiap kaum di Malaysia mempunyai tuntutan dan masalah tersendiri. Oleh yang demikian, penubuhan parti politik merupakan salah satu penyelesaian untuk menyatupadukan semua golongan masyarakat. Ianya juga mampu melahirkan masyarakat yang bersatu padu tanpa membezakan warna kulit, agama, bahasa dan bangsa.
Di Malaysia, terdapat pelbagai pertubuhan parti politik yang telah ditubuhkan oleh para pemimpin antaranya UMNO, MIC, MCA, PKR, PAS, DAP dan banyak lagi. Ia merupakan kesungguhan para tokoh politik Malaysia kerana sanggup bekerjasama dan bertolak ansur dalam menyatupadukan semua masyarakat dalam menyelesaikan setiap masalah secara diplomasi dan perundingan yang baik. Gabungan parti politik seperti UMNO, MIC dan MCA melambangkan demokrasi negara yang mampu mencapai kemerdekaan daripada pihak British. Walau bagaimanapun, parti politik yang terdapat di Malaysia bukan sahaja memperjuangkan hal-hal berkaitan politik bahkan turut mengambil kira perjuangan mengenai ekonomi, sosial dan keselamatan masyarakat.
Kongres India Se-Malaysia atau lebih dikenali sebagai MIC merupakan salah satu parti politik yang tertua telah ditubuhkan di Malaysia. Ianya adalah sebuah parti minoriti kaum India yang telah ditubuhkan oleh John Thivy pada bulan Ogos 1946 . Penubuhan parti MIC adalah bertujuan untuk menjaga kepentingan orang India di Malaysia serta memperjuangkan kemajuan politik bersama-sama kaum yang lain. MIC telah ditubuhkan selepas satu persidangan di Dewan Orang Ramai Chettiar, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur diadakan. Pengasas MIC, John A. Thivy, telah mentadbir parti tersebut selama setahun iaitu dari tahun 1946 hingga 1947.
John A. Thivy sangat komited terhadap pelaksanaan parti MIC dan beliau berusaha untuk mencapai empat objektif utama semasa pentadbirannya. Antara objektif MIC semasa John Thivy menjadi presiden adalah :
‘ Kebebasan dan demokrasi untuk negara.
‘ Keharmonian dan kerjasama antara kaum.
‘ Kemakmuran dan kestabilan negara.
‘ Keadilan untuk masyarakat India dalam masa depan negara.
Sepanjang penubuhan MIC, parti tersebut telah diterajui oleh lapan orang pemimpin yang sangat berdedikasi dan hebat. Hal ini terbukti setelah Kongres India Se-Malaysia semakin mendapat tempat di hati para masyarakat tidak mengira perbezaan agama dan bangsa. Setiap pemimpin yang menerajui parti MIC membawa pendekatan tersendiri dengan corak kepimpinan yang diadun sendiri oleh mereka. Pemikiran yang kritis serta objektif yang terancang mampu menaikkan lagi taraf MIC ke perseda dunia dan berjaya membuktikan kekuatan tersendiri kepada setiap pemimpin dunia. MIC yang seiring dengan tujuan utama mereka iaitu menjaga kepentingan orang India, telah berjaya menjadikan masyarakat India setaraf dengan bangsa lain dan mampu menerima segala keistimewaan yang ada di Malaysia.
Jawatan Thivy mula digalas oleh Sardar Budh Singh iaitu Presiden kedua MIC . Sardar Budh Singh mengalas tanggungjawab sebagai Presiden selama tiga tahun iaitu dari tahun 1947 hingga 1950. Namun semasa Budh Singh mengambil alih MIC, perjuangan parti lebih kearah anti kolonialisme. Mereka berjuang untuk pendekatan bukan perkauman dalam pembangunan negara.
Ianya adalah sentimen yang kuat kepada anti British dan mengkritik secara hebat mengenai cadangan Malayan Union. Semasa pentadbiran Budh Singh juga, MIC telah menyertai ‘All Malaya Council for Joint Action’ (AMCJA) di bawah pimpinan Tun Tan Cheng Lok dalam membangkang Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu yang kurang liberal pada tahun 1948.
Seterusnya, legasi MIC mula dipimpin oleh Presiden ketiga iaitu K. Ramanathan. Beliau telah menyedari bahawa ketidakberkesanan dan perkara yang sia-sia jika tidak bekerjasama dengan kerajaan yang menjadi tumpuan utama masyarakat pada ketika itu. Meskipun menyedari mengenai kepentingan tersebut, beliau tetap dengan penndirian menentang isu kewarganegaraan. Hal ini digambarkan melalui kata-kata nasihat yang diberikan oleh beliau pada tahun 1951 iaitu masyarakat India akan mendapat wang di Tanah Melayu tetapi apabila kembali ke India mereka akan menjalani kehidupan normal. Oleh demikian, kepimpinan K. Ramanathan hanya bertahan selama setahun dari 1950 hingga 1951 sahaja.
Pada tahun 1951, persidangan tahunan kelima MIC telah diadakan di Johor Bharu. Kundan Lal Devaser, iaitu seorang peguam yang berasal dari India Utara telah berjaya mengatasi K. Ramanathan sebagai Presiden MIC yang keempat . Oleh kerana MIC sentiasa mempercayai konteks Malaya, maka kerjasama yang diperolehi semasa pentadbiran beliau sangat memberansangkan. Maka mereka mula memberi fokus kepada perjuangan untuk kemerdekaan Tanah Melayu. Walau bagaimanapun, pendirian Devaser mula goyah apabila beliau merasakan gabungan tersebut lebih memihak kepada orang Melayu. Beliau telah meninggalkan Parti Perikatan pada Ogos 1951. Pada tahun 1952, pilihanraya yang telah dilaksanakan menunjukkan kegagalan parti MIC setelah kalah dengan parti Perikatan .Kekalahan tersebut membuktikan bahawa MIC harus menyertai Perikatan. Oleh itu, pada tahun 1954, MIC menjadi pihak ketiga dalam parti Perikatan.
Fasa ketiga sejarah penubuhan MIC adalah pengukuhan di bawah pimpinan Tun T. Sambanthan. Beliau telah mengambil alih kepimpinan sebagai Presiden kelima MIC iaitu dari tahun 1955 hingga 1973. Beliau dilahirkan pada 16 Jun 1919 di Sungai Siput, Perak. MIC mula berkembang dalam keahliannya dan juga bilangan cawangan yang ditubuhkan. Selain itu, Tun juga telah turut serta dalam usaha untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu. Beliau menyokong sepenuhnya dasar kerjasama kaum yang dijadikan tonggak utama bagi mencapai kemerdekaan negara.

SUMBANGAN MALAYSIA INDIAN CONGRESS (MIC) TERHADAP KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

Setelah kekalahan Jepun di Tanah Melayu, lahirlah Malaysian Indian Congress(MIC) pada ogos 1946.Manakala, kelahiran parti ini juga banyak memberi impak kepada Tanah Melayu sebelum merdeka, kerana MIC adalah penghubung di antara masyarakat india dan masyarakat melayu. Oleh yang demikian, MIC juga adalah parti yang pertama membawa usul agar Tanah Melayu diberikan kemerderkaan.Di samping itu, pemimpin MIC yang pertama adalah John A. Thivy yang merupakan seorang india yang beragama kristian dan merupakan golongan elit.
Namun demikian, kewujudan parti MIC di Tanah Melayu telah banyak membantu United Malay National Organization (UMNO) untuk menentang penjajah, kerana kedua-dua parti ini sangat menekakan konsep bersatu padu yang mana parti MIC taat setia kepada Parti UMNO yang di ketuai oleh Dato’ Onn Jaapar untuk berhasrat membebaskan Tanah Melayu daripada penjajah agar Malaysia dapat membentuk kerajaan sendiri tanpa dibantu oleh Negara lain.
Justeru, MIC juga telah menentang penularan ideologi komunis yang semakin tersebar dalam masyarakat mereka. Oleh yang demikian, MIC juga banyak bergantung dengan UMNO untuk menjadi sebuah parti yang kuat dalam menentang dan menyatupadukan masyarakat mereka di Tanah Melayu. ‘Manakala, setelah Tun V. T sambanthan memimpin MIC, Beliau telah bersama-sama Tunku Abdul Rahman mendapatkan kemerdekaan Negara, dan menyokong sepenuhnya dasar kerjasama kaum sebagai tonggak kemerdekaan Negara yang kukuh dan menyeru kaum india supaya memberikan kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada Tanah Melayu’.

Selain itu, MIC juga memberi sumbangan kepada Tanah Melayu setelah mempersetujui untuk bergabung dengan parti-parti lain seperti United Malay National Organization(UMNO) dan Malaysian Chiness Association(MCA) pada tahun Oktober 1954,apabila MIC tidak lagi merasakan AMCJA tidak memberi kesan.Setelah itu, gabungan ketiga-tiga parti tersebut telah menjadi Parti perikatan yang diketuai oleh ketua kaum masing-masing. Manakala, UMNO di ketuai oleh Dato’ Onn Jaapar, MCA pula diketui Oleh Tun H. S. Lee dan MIC pula MR. K. L. Devaser yang banyak membanu Tanah Melayu mendapatkan kemerdekaan daripada penjajah.
Di samping itu, Dato’ Onn Jaapar juga pernah berkata bahawa gabungan dengan parti atau masyarakat lain banyak memberi kesan kearah kemerdekaan Tanah Melayu, ketika itu usulnya tidak di terima oleh masyarakt melayu tetapi beliau tetap juga inginkan usulnya di terima pakai oleh masyarakat melayu dengan berkata:
‘ Jangan ada sesiapa, sesiapa, sama ada di sini ataupun di mana-mana didalam persekutuan Tanah Melayu ini yang berkehendakkan memperdayakan dirinya sendiri, dengan berfikir iaitu tidak mustahak berikhtiar supaya dapat kita satukanperasaan kasih sayang terhadap negeri kita ini atau yang berkehendakkan memperdayakan dirinya sendirri dengan berfikir-fikir iatu boleh didirikan sesebuah kerajaan yang merdeka di dalam persekutuan Tanah Melayu ini dengan adanya di dalam negeri kita ini puak-puak yang berlaga-laga dan berlawan-lawanan di antara satu dengan yang lain.Jangan sessiapaa yang berkehendak memperdayakan dirinya sendiri apa yang berlaku dibeberapa buah negeri yang sudahpun mendirikan kerajaan yang disangkannya merdeka akan tetapi oleh sebab tidaak dapat menyatukan umat di dalam negerinya, maka pada hari ini kerajaan yang merdeka itu bersusah payah hendak menjaalankan pemerintahannya’.

Dengan itu, MIC pun menyertai parti perikatan yang di pimpin oleh MR. K. V. Devaser untuk membantu Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Disamping itu, MIC telah memberi sumbangan yang positif dalam parti perikatan untuk menentang penjajah di Tanah Melayu dengan menyatukan kaum mereka sendiri untuk sama menyertai atau menyokong parti perikatan. Selain itu, menjelang pengundian parti perikatan dalam pilihan raya Tunku Abdul Rahman sangat yakin akan kemenangan parti perikatan dengan kata-katanya:
‘If we should lose any seat it will not be for lack of organizationThe Alliance machinery has worked with perfect precision. I shall be surprised if we are set back anywhere’.
Setelah itu, Parti perikatan menang besar dalam Pilihan Raya umum 1955 dengan 52 kerusi yang di pertandingan. Hal ini demikian, telah mendekatkan lagi misi parti perikatan untuk bersatu-padu dalam membebaskan Tanah Melayu daripada para penjajah dan memerdekakan Tanah Melayu. Oleh itu, MIC juga telah memberi kesan yang besar terhadap Tanah Melayu dalam membantu untuk mendapatkan kemerdekaan daripada para penjajah. Justeru, MIC masih lagi kekal sehingga sekarang di Negara kita dan menjadi parti politik yang sentiasa membantu Negara dari semua aspek.

Review this essay:

Name
Rating
Your review: (optional)

Latest reviews:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.