Essay: Proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah adalah... - Essay Marketplace

Essay: Proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah adalah…

Proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah adalah satu bidang yang sentiasa menjadi bahan kajian para penyelidik. Seseorang pendidik harus memahami cara mengajar yang berkesan kerana proses pengajaran dan pembelajaran dalam matematik agak berbeza dengan subjek-subjek lain. Pengajaran matematik melibatkan pembinaan konsep di samping penguasaan kemahiran dan penyelesaian masalah terutamanya dalam topik wang.

Setiap individu akan mengalami proses pengembangan dan penambahan konsep dalam minda yang mana akan dimanfaatkan apabila berhadapan dengan situasi baru. Di dalam topik wang, konsep adalah merupakan bahagian yang terpenting. Memahami konsep wang dengan betul akan dapat mengelak daripada miskonsepsi dan akan membantu murid menguasai topik matematik dengan lebih mudah. Proses pengajaran dan pembelajaran matematik yang berkesan melibatkan perlaksanaan aktiviti yang kemas, teratur dan terancang.

Dalam pembelajaran matematik sekolah rendah, murid berfikir secara konkrit oleh itu mereka perlu diberi peluang untuk mengalami perhubungan. Matematik untuk murid sekolah rendah perlu mempelajari wang melalui manipulasi objek konkrit dan mereka mesti bermain dengan benda yang mereka boleh kira dan susun. Mereka perlu dibiasakan untuk menggunakan pemikiran matematik dalam menyelesaikan masalah harian yang konkrit. Selain itu kanak-kanak sekolah rendah membina pengetahuan matematik dan mengembangkan kemahiran matematik melalui aktiviti real-life dengan pengalaman hands-on. Aktiviti penyelesaian masalah ini dapat membantu murid membina keyakinan diri dalam matematik yang amat berguna di sekolah menengah.

Pembelajaran matematik dapat dijayakan dengan pelbagai cara dengan mengaplikasikan pelbagai kaedah, strategi dan teknik serta bahan bantu yang sesuai dan menarik juga merupakan faktor utama kejayaan sebuah aktiviti yang berkesan. Seterusnya, pendekatan teori pembelajaran juga perlu dipertimbangkan semasa merancang pengajaran dan pembelajaran mengikut kesesuaian murid.
2.0 KEMAHIRAN TOPIK ‘WANG’

Kanak-kanak seawal di sekolah rendah perlu didedahkan tentang wang. Mereka perlu memahami konsep wang ini. Tidak ramai kanak-kanak di sekolah rendah mengetahui bahawa seseorang perlu bekerja untuk mendapatkan wang. kebanyakan mereka menjawab bahawa wang datang daripada bank atau daripada ibu bapa. malahan, kanak-kanak seawal usia 5 tahun tidak tahu apakah itu wang, apakah nilai wang atau dari mana datangnya wang kerana mereka mempunyai pengetahuan yang lemah tentang wang. Kanak-kanak perlu dididik tentang wang, bagaimana untuk mengira wang dan perbezaan antara keperluan dan kemahuan, walaupun mereka terlalu muda.

Review this essay:

Name
Rating
Your review: (optional)

Latest reviews:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.