Essay: Dasar bermaksud pertimbangan seperti cara, sistem dan lain-lain yang asas…

Essay details:

  • Subject area(s): Malay Essays
  • Reading time: 15 minutes
  • Price: Free download
  • Published on: November 24, 2020
  • File format: Text
  • Number of pages: 2
  • Dasar bermaksud pertimbangan seperti cara, sistem dan lain-lain yang asas...
    0.0 rating based on 12,345 ratings
    Overall rating: 0 out of 5 based on 0 reviews.

Text preview of this essay:

This page of the essay has 4351 words. Download the full version above.

1.0 PENGENALAN

Dasar bermaksud pertimbangan seperti cara, sistem dan lain-lain yang asas. Dasar merupakan perkara prinsip, haluan, sikap pandangan serta pegangan yang dilaksanakan oleh pemerintah sesuatu negara atau organisasi. Terdapat banyak dasar yang diwujudkan sejak Malaysia mencapai kemerdekaan. Sesuatu dasar dibentuk untuk memenuhi objektif-objektif sosio-ekonomi sesebuah negara. Dasar menunjukkan inisiatif kerajaan dalam menangani sesuatu masalah yang dihadapai dalam sesuatu masyarakat. Dasar perlu dibentuk berasaskan nilai-nilai masyarakat dan kepimpinan semasa. Ini adalah kerana pembentukan dasar perlu bersesuaian dengan keperluan semasa masyarakat dan keperluan semasa negara. Pembentukan sesuatu dasar adalah rumit kerana melibatkan pelbagai pihak terutama pihak yang terlibat dalam membuat keputusan dan masyarakat.

2.0 DASAR PENSWASTAAN

Dasar penswastaan pertama kali diumumkan sebagai dasar negara oleh Kerajaan pada tahun 1983. Dasar ini dibangunkan untuk memberi penekanan ke atas pertambahan peranan sektor swasta di dalam pembangunan ekonomi Malaysia. Penswastaan di Malaysia merujuk kepada agensi dan syarikat milik kerajaan Malaysia yang telah diswastakan oleh kerajaan Malaysia. Dasar ini diperkenalkan bagi meningkatkan kecekapan agensi dan syarikat yang kurang berdaya maju. Pendekatan ini ialah untuk memudahkan perkembangan ekononomi negara, mengurangkan beban kewangan dan pentadbiran Kerajaan, mengurangkan campur tangan Kerajaan di dalam ekonomi, merendahkan tahap dan skop perbelanjaan awam dan membenarkan kuasa pasaran untuk menentukan aktiviti ekonomi dan memperbaiki keberkesanan dan produktiviti sejajar dengan Dasar Pembangunan Negara.

Kerajaan tidak perlu meminjam dari sumber luar untuk meningkatkan sumber kewangan kerana pelabur tempatan sendiri boleh melabur dalam syarikat yang diswastakan. Berkenaan dengan pemilikan kekayaan, dasar penswastaan membentuk bahagian strategi Kerajaan dalam merealisasikan penyertaan aktif Bumiputera dalam sektor korporat untuk memperbetulkan ketidakseimbangan di dalam penyertaan sektor korporat. Entiti yang diswastakan patut memperuntukkan 30% dari ekuitinya kepada Bumiputera. Penyertaan warga asing di dalam entiti yang diswastakan terhad kepada maksimum 25% dari saham modalnya.

Dalam melaksanakan dasar ini, Kerajaan telah mengeluarkan kenyataan dari masa ke masa untuk menerangkan kepada orang awam tujuan dan kandungan dasar dan juga untuk memastikan orang awam dimaklumkan. Untuk memastikan usaha penswastaan disalurkan kepada bahagian keutamaan yang bersesuaian untuk mengoptimumkan impak perlaksanaan dasar dalam bentuk pencapaian objektif-objektif dasar, Kerajaan telah menerbitkan Pelan Induk Penswastaan Malaysia (PMP) pada tahun 1991 diikuti dengan Garis Panduan Penswastaan. Pelan Induk menerangkan perlaksanaan dasar dan juga pencapaian kemajuan dan mengemukakan arah masa depan program itu.

2.1 RASIONAL PELAKSANAAN DASAR PENSWASTAAN

Rasional pelaksanaan dasar penswastaan adalah untuk meningkatkan kecekapan pengurusan kerajaan dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara . Selain itu, dasar dan program penswastaan telah memainkan peranan penting dalam mempercepatkan pertumbuhan ekonomi menerusi pelaburan yang lebih besar dan yang membawa kepada pengembangan sektor korporat. Pertumbuhan juga berlaku menerusi peningkatan kecekapan kerana lebih banyak output dapat dihasilkan melalui penggunaan sumber yang lebih kecil. Program penswastaan telah memberi kesan gandaan kepada ekonomi negara.

2.2 OBJEKTIF DASAR PENSWASTAAN

Objektif Dasar Penswastaan adalah seperti berikut :

i) Mengurangkan Beban Kewangan dan Pentadbiran Kerajaan

Dasar Penswastaan adalah bertujuan untuk meringankan beban kewangan dan pentadbiran Kerajaan. Berikutan dari perkembangan ekonomi dunia sejak akhir-akhir ini, saiz kurangan sektor awam telah mula meningkat dan ini terutamanya disebabkan oleh pertambahan perbelanjaan pembangunan, kemerosotan hasil Kerajaan dan seterusnya corak perbelanjaan mengurus yang sukar diubahsuai. Akibatnya, perbelanjaan pembangunan pada masa ini semakin banyak dibiayai oleh sumber pinjaman terutamanya daripada sumber-sumber luar negeri. Keadaan ini seterusnya menyebabkan peningkatan beban perkhidmatan hutang Negara. Di samping itu, pembayaran gaji dan elaun merupakan bahagian yang terbesar sekali daripada jumlah perbelanjaan mengurus Kerajaan Persekutuan.

ii) Menggalakkan Pertandingan, Meningkatkan Kecekapan dan Daya Pengeluaran

Rungutan-rungutan banyak ditimbulkan terhadap kelambatan agensi-agensi Kerajaan menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan dan juga cara pengurusan mereka. Keadaan ini mengambarkan pengurusan Kerajaan yang tidak cekap sungguhpun pelaburan Kerajaan terus meningkat. Dengan kepakaran mengurus yang masih berkurangan, kecenderungan untuk terus menawarkan perkhidmatan dalam suasana tanpa pertandingan akan menyebabkan kemerosotan keadaan yang tidak cekap terus berlaku. Dalam konteks ini, penswastaan akan membuka peluang pertandingan di pasaran dan dijangka akan meningkatkan tahap kecekapan dan daya pengeluaran perkhidmatan berkenaan.

iii) Mempercepatkan Pertumbuhan menerusi Penswastaan

Keperluan untuk meningkatkan lagi pertumbuhan ekonomi Negara merupakan salah satu objektif yang penting dalam Dasar Penswastaan. Peranan sektor swasta yang lebih giat dalam proses pembangunan akan dapat memberi sumbangan kearah mencapai objektif ini. Di samping itu, kebolehan mengekalkan pertumbuhan yang lebih tinggi bagi mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB) hendaklah juga diberi perhatian. Kegiatan pelaburan swasta yang bercorak perdagangan dan mementingkan keuntungan akan menjadi platform yang kukuh untuk pertumbuhan ekonomi Negara seterusnya. Dengan tahap kecekapan yang lebih tinggi serta keuntungan yang lebih banyak untuk dinikmati, Kerajaan akan menikmati hasil yang bertambah untuk membiayai lebih banyak rancangan-rancangan pembangunan untuk negara.

iv) Pengurangan Saiz dan Penglibatan Sektor Awam Dalam Ekonomi

Kerajaan juga memandang berat terhadap saiz dan penglibatannya dalam ekonomi yang semakin meningkat dan yang cenderung kepada unsur-unsur monopoli serta bercorak birokratik. Bidang-bidang yang biasanya melibatkan pengurusan Kerajaan antaranya ialah pertahanan dan keselamatan dalam negeri, perkhidmatan pelajaran dan kesihatan, bekalan air, elektrik, pembentungan, jalan-jalan perkhidmatan keretapi, pelabuhan dan lapangan terbang. Kos bagi menyedia dan menyelenggara perkhidmatan-perkhidmatan yang biasanya dikendalikan oleh Kerajaan ini adalah tinggi. Dengan tingkat kemajuan dan pemodenan yang dinikmati, rakyat telah mula mengharapkan bukan sahaja perkhidmatan yang lebih banyak malahan mutu yang lebih tinggi. Permintaan rakyat ini, walau bagaimanapun, tidak selaras dengan tingkat cukai yang dikenakan di negara ini. Dengan demikian, usaha mengurangkan penglibatan Kerajaan menerusi penswastaan dalam kegiatan-kegiatan yang biasanya dikendalikan oleh Kerajaan, akan membuka peluang penyertaan sektor swasta dalam bidang-bidang ini dengan lebih aktif.

v) Penswastaan dan Peluang untuk Mencapai Matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB)

Berdasarkan prinsip bahawa pertumbuhan yang disertai dengan pembahagian yang saksama adalah merupakan strategi untuk mencapai matlamat DEB, penswastaan,terutamanya di sektor syarikat juga dijangka akan membuka peluang yang lebih luas kearah pencapaian matlamat DEB dengan lebih banyak lagi. Peluang-peluang ini dijangka berlaku terutamanya dalam penyusunan semula corak hakmilik dan dalam usaha mencapai matlamat hakmilik sebanyak 30 peratus bagi kaum Bumiputera dalam sektor syarikat menjelang tahun 1990. Bilangan dan penglibatan usahawan Bumiputera telah banyak bertambah sejak tahun-tahun permulaan DEB dan oleh yang demikian mereka berkeupayaan memilik bahagian mereka dalam perkhidmatan-perkhidmatan yang diswastakan.

2.3 KEBAIKAN DASAR PENSWASTAAN

Terdapat pelbagai kebaikan yang dinikmati hasil daripada pelaksanaan Dasar Penswastaan. Antara kebaikan tersebut adalah dari aspek ekonomi dan sosial. Kebaikan dasar ini dari segi ekonomi ialah dapat mengurangkan perbelanjaan Negara kerana melalui organisasi awam, kerajaan tidak dapat menjana pendapatan kerana memberikan perkhidmatan serta terpaksa menanggung jumlah pekerja yang ramai. Dasar Penswastaan dapat mengurangkan jumlah pekerja dengan mengecilkan saiz organisasi. Selain itu kerajaan tidak lagi perlu membayar gaji dan menguruskan organisasi yang tidak memberikan keuntungan.

Dasar ini juga dapat meningkatkan pendapatan Negara melalui kutipan cukai daripada syarikat-syarikat swasta dan dan menarik pelaburan asing serta member kelonggaran kepada pelabur-pelabur asing dari segi pelaksanaan undang-undang untuk menarik minat mereka. Dari segi pemilikan asset-aset ekonomi pula, dasar ini membenarkan pemilikan dilakukan bersama berasaskan kepentingan Negara. Selain turut mengurangkan peranan kerajaan dalam ekonomi, dasar ini turut mewujudkan persaingan kompetitif dalam ekonomi dan mempercepatkan pembangunan ekonomi. Ini adalah kerana kombinasi kerajaan dan swasta akan mempercepatkan lagi pertumbuhan pembangunan ekonopmi dan fizikal serta membangunkan teknolgi dari aspek pertukaran kemahiran dan teknologi.

Kebaikan Dasar Penswastaan dari aspek sosial pula ialah dapat meningkatkan produktiviti melalui perkembangan teknologi baru dan penggunaan sumber yang lebih baik. Pembinaan projek-projek seperti lebuhraya dan jalan raya dapat dipercepatkan. Contohnya seperti pelabuhan di Tanjung Lepas di Johor disiapkan lebih awal daripada 6 bulan yang ditetapkan. Pembinaan lebuhraya Damansara-Puchong pula dapat disiapkan dalam 28 bulan lebih awal daripada 36 bulan yang ditetapkan.

Dasar ini juga memperbanyakkan peluang pekerjaan menerusi pelbagai peojek pembinaan, perkhidmatan dan pengangkutan serta telekomunikasi. Selain itu, dasar ini turut membantu meningkatkan kualiti terhadap aduan pengguna kerana setiap aduan mendapat maklumbalas yang cepat. Dasar Penswastaan ternyata member banyak manfaat kepada masyarakat melalui perkhidmatan yang cepat serta kemudahan yang lebih meluas dan efektif. Kerajaan turut memperolehi manfaat dari segi penjimatan perbelanjaan dan penjimatan dana awam. Seterusnya dasar ini dapat meningkatkan penyertaan Bumitera melalui peruntukan 30% ekuiti saham. Akhir sekali kebaikan dasar ini adalah dapat mengurangkan kesesakan dalam pentadbiran dan menggalakkan persaingan contohnya seperti persaingan antara RTM dengan TV3. Menurut Suliahti Hashim (2016), pelaksanaan polisi kerajaan perlulah dilakukan dengan teliti dan bijak kerana wujudnya hubungan di antara amalan bijak dengan kecapaian objektif Dasar Penswastaan.

2.4 KEBURUKAN DASAR PENSWASTAAN

Dasar Penswastaan turut mengundang keburukan terutamanya sekiranya berlaku penswastaan secara penuh di mana ini boleh menyebabkan rakyat akan terbeban dari segi kewangan kerana pihak swasta adalah berorientasikan keuntungan. Dasar ini juga menyebabkan penurunan permintaan terhadap kuantiti buruh akibat pengurangan output ( Z Osman, 1999).

Dasar ini turut menimbulkan eksploitasi pihak swasta kepada pengguna. Selain itu, dasar ini akan menggugat kedudukan sektor awam sedia ada. Ini kerana bagi sesetengah pengguna yang mampu, mereka sanggup mengeluarkan wang yang lebih untuk mendapatkan perkhidmatan yang cekap dan pantas.

2.5 BENTUK PENSWASTAAN

i) Penswastaan-Pemindahan Hakmilik dan Penguasaan daripasa Kerajaan kepada

Sektor Swasta

Ini melibatkan penjualan kepentingan Kerajaan kepada sektor swasta. Jabatan-jabatan Kerajaan dan badan-badan berkanun boleh menswastakan sama ada keseluruhan atau sebahagian daripada kepentingan mereka. Matlamat akhir penswastaan ialah untuk mengurangkan penglibatan Kerajaan dari segi hakmilik dan penguasaan terhadap sumber-sumber ekonomi.

ii) Penswastaan Secara Penuh

Penswastaan boleh berlaku secara penuh atau keseluruhan, iaitu 100 peratus hakmilik Kerajaan dalam perkhidmatan atau kegiatan sekarang, dipindah atau dijualkan kepada sektor swasta. Berikutan daripada Penswastaan, kesemua hakmilik, penguasaan dan pengurusan Kerajaan terhadap perusahaan berkenaan akan berpindah ke sektor swasta. Oleh itu segala kepentingan Kerajaan dalam perusahaan tersebut dianggap telah dipindahmilik sepenuhnya kepada sektor swasta.

iii) Penswastaan Secara Sebahagian

Kerajaan masih menguasai sebahagian daripada hakmilik dalam perusahaan berkenaan dan pemindahan yang terlibat adalah sebahagian sahaja. Kerajaan mungkin menguasai atau tidak perusahaan berkenaan. Penguasaan Kerajaan adalah bergantung kepada peratus hakmilik yang dipegang olehnya. Taraf hakmilik sesuatu kepentingan atau perusahaan yang dipindah untuk dikendalikan secara syarikat biasanya akan berbeza mengikut keadaan.

iv) Penswastaan Secara Terpilih

Merupakan keadaan apabila sesebuah agensi yang bertanggungjawab kepada perkhidmatan-perkhidmatan tertentu, menjual atau memajakkan satu bahagian tertentu sahaja daripada perkhidmatannya sementara ia terus memiliki, menguasai dan menguruskan baki perkhidmatan yang selebihnya. Penswastaan secara terpilih tidak menunjukkan bentuk hakmilik, penguasaan atau pengurusan bagi perkhidmatan atau kepentingan yang dirancang untuk diswastakan. Sesuatu perkhidmatan yang dipilih untuk diswastakan mungkin boleh dimiliki sepenuhnya atau sebahagiannya oleh sektor swasta. Pihak Kerajaan boleh menunjukkan perkhidmatan-perkhidmatan yang terlibat dengan bentuk penswastaan ini atau pihak swasta sendiri juga boleh mengemukakan cadangan mereka untuk pertimbangan Kerajaan.

v) Pengurusan Bercorak Perniagaan dan Penswastaan

Melibatkan penggunaan beberapa amalan atau prinsip perniagaan (seperti perakaunan perdagangan) dan dari itu tidak melibatkan apa-apa pemindahan hakmilik, penguasaan atau pengurusan Kerajaan. Walaubagaimanapun, pengurusan bercorak perniagaan boleh juga berlaku dengan cara penubuhan sebuah organisasi perniagaan, iaitu berupa struktur syarikat berhad, sama ada syarikat sendirian atau syarikat awam. Struktur hakmilik bagi syarikat tersebut akan menentukan sejauh mana tahap penswastaan yang terlibat, iaitu sama ada secara penuh atau sebahagian. Ini melibatkan pengendalian sesuatu perkhidmatan Kerajaan secara perniagaan menerusi sebuah syarikat yang Kerajaan masih memegang hakmilik penguasaan dan pengurusannya.

vi) Pengurusan dan Penswastaan

Berlaku apabila pihak Kerajaan hanya memerlukan kepakaran sektor swasta dari segi pengurusan dan pengetahuan mereka sahaja. Manakala Kerajaan terus menguasai kesemua hakmilik dan penguasaan terhadap perkhidmatan atau perusahaan berkenaan. Dalam keadaan seperti ini, agensi-agensi bolehlah mendapatkan kepakaran dan pengetahuan mengurus dari sektor swasta.

vii) Penyertaan Sektor Swasta dalam Kegiatan dan Perkhimatan Tertentu-“Secara

Kontrak”

Ini melibatkan penyertaan sektor swasta dengan menyediakan beberapa perkhidmatan atau kegiatan tertentu kepada Kerajaan tetapi tidak melibatkan apa-apa perubahan dari segi organisasi Kerajaan yang menawarkan perkhidmatan berkenaan. Pada asasnya, penswastaan dengan cara ini ialah menerusi pemberian tangggungjawab bagi menyediakan satu perkhidmatan yang tertentu kepada sebuah syarikat, atau sebuah syarikat yang layak boleh dijemput untuk menyediakan perkhidmatan yang dikehendaki itu kepada agensi Kerajaan.

viii) Pajakan dan Penswastaan

Terdapat juga keadaan apabila pajakan boleh digunakan dalam sebuah rancangan

penswastaan agensi-agensi yang berkenaan. Ini berlaku kerana kesukaran mendapatkan sumber kewangan. Bentuk pajakan ini bolehlah dipertimbangkan oleh pihak-pihak berkenaan tetapi agensi yang bertanggungjawab hendaklah menilai kos dan faedah cara pajakan tersebut dan menunjukkan sama ada cadangan pajakan berkenaan merupakan langkah yang akan terus kekal atau sebahagian satu peringkat sahaja dalam rancangan penswastaannya.

ix) Penswastaan dan Struktur Organisasi Syarikat

Struktur syarikat yang sesuai mengambilalih perkhidmatan yang diswastakan boleh berbentuk sebuah syarikat diperingkat induk, anak syarikat atau syarikat-syarikat bersekutu bergantung kepada corak dan setakat mana perkhidmatan atau kepentingan berkenaan akan diswastakan.

x) Kuasa Pasaran dan Penswastaan

Penswastaan dijangka akan dapat meningkatkan persaingan, tingkat kecekapan dan daya pengeluaran dalam sektor-sektor yang berkaitan. Langkah-langkah lain yang dapat melibatkan sektor swasta dalam proses pembangunan ekonomi Negara adalah juga perlu bagi menggalakkan lebih banyak persaingan untuk meninggikan kecekapan dan daya pengeluaran. Dalam hal ini, agensi-agensi perlu menimbangkan langkah-langkah seperti mengurangkan kuasa monopoli yang ada, mengelakkan bentuk monopoli yang baru, menghapuskan amalan-amalan yang menyekat kuasa pasaran serta mengurangkan sekatan-sekatan yang boleh menghalang persaingan dalam kegiatan-kegiatan ekonomi.

3.0 KESIMPULAN

Walaupun objektif penswastaan bukanlah untuk mendapatkan hasil, program-program ini telah memberi sumbangan pendapatan yang banyak kepada Kerajaan daripada penjualan aset dan ekuiti. Secara kesimpulannya, Dasar Penswastaan ini menyumbang kepada lebih banyak kebaikan terhadap Negara Malaysia amnya dan kepada masyarakat khususnya. Secara umumnya, dasar ini berjaya mengubah prestasi agensi-agensi pemberi perkhidmatan awam agar menjadi lebih sistematik. Dasar ini juga membolehkan rakyat Malaysia mendapat teknologi dan kepakaran baru melalui penyertaan bersama dengan pemegang ekuiti asing, kontrak pengurusan atau penyediaan khidmat perunding. Seterusnya membolehkan rakyat Malaysia dengan sendirinya mengendali dan mengurus teknologi baru dalam bidang tertentu dalam peningkatan kecekapan dan produktiviti. Selain itu dasar ini juga dilihat sebagai jalan keluar untuk mengatasi masalah hutang sektor awam yang lebih besar dan kerajaan dapat mengutip hasil tambahan melalui cukai-cukai syarikat swasta seterusnya dapat meningkatkan ekonomi negara.

About Essay Marketplace

Essay Marketplace is a library of essays for your personal use as examples to help you write better work.

...(download the rest of the essay above)

About this essay:

This essay was submitted to us by a student in order to help you with your studies.

If you use part of this page in your own work, you need to provide a citation, as follows:

Essay Marketplace, Dasar bermaksud pertimbangan seperti cara, sistem dan lain-lain yang asas…. Available from:<https://www.essaymarketplace.com/malay-essays/dasar-bermaksud-pertimbangan-seperti-cara-sistem-dan-lain-lain-yang-asas/> [Accessed 22-01-21].

Review this essay:

Please note that the above text is only a preview of this essay.

Name
Email
Review Title
Rating
Review Content

Latest reviews:

Leave a Comment

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.