Essay: Adat dan Pantang Larang Pengurusan Jenazah - Essay Marketplace

Essay: Adat dan Pantang Larang Pengurusan Jenazah

Pengurusan jenazah umat Islam hendaklah dilakukan mengikut garis panduan seperti yang ditetapkan dalam syariat Islam. Walaupun terdapat sedikit perbezaan mengikut adat dan tafsiran setempat, tetapi syariat Islam yang menentukan jenazah umat Islam hendaklah dikebumikan, selepas dimandikan, dikafankan dan disolatkan.
Mayat perlu dihormati dan dimuliakan oleh jasad yang hidup seperti yang ditetapkan dalam ajaran Islam. Jika mengikut ajaran Islam, fardu kifayah adalah tanggungjawab mereka untuk menguruskan mayat saudara sesame Islam dalam masyarakat Melayu di negara kita. Upacara pengurusan jenazah perlulah mengambil tempat secepat mungkin dan termasuk proses pengebumian seperti memandikan mayat, dikafankan, doa jenazah dan pengebumian di sebuah kubur.
Antara adat yang diamalkan oleh umat Islam semasa pengurusan jenazah ialah pemberitahuan kematian seseorang itu kepada tok imam agar dapat dimaklumkan kepada saudara mara dan jiran tetangga di sekeliling tempat tersebut. Sebagai contoh, pengumuman akan dibuat di masjid oleh tok imam di sebuah kampung itu. Sebarang jamuan tidak akan diadakan sekiranya mayat umat Islam masih berada di dalam rumah. Mayat akan dibersihkan dan dimandikan dan adat ini dianggap memberi penghormatan terakhir kepada si mati. Semasa mayat dikafankan, kain kapan itu digalakkan disembur dengan haruman yang tidak mengandungi alcohol ataupun bahan terlarang dalam Islam.
Selain itu, segala hutang si mati haruslah dilunaskan oleh pewaris si mati tersebut sebelum jenazah dikebumikan. Mereka boleh memberitahu khalayak umum bahawa hutang si mati akan dipulangkan jika ada kemampuan. Perkara ini hendaklah diselesaikan sebelum jenazah tersebut dikebumikan. Ucapan takziah juga digalakkan semasa tempoh pengebumian jenazah. Tambahan pula, kita digalakkan untuk berjalan di hadapan iringan jenazah sehingga jenazah dipindahkan ke tanah perkuburan.
Terdapat banyak pantang larang yang perlu dipatuhi oleh umat Islam semasa perkebumian jenazah. Antaranya ialah ahli keluarga si mati dilarang menangis secara berlebihan terhadap si mati. Walaupun mereka dibenarkan mengucup mayat tersebut, tetapi air mata mereka tidak dibenarkan menitis pada tubuh jenazah. Di samping itu, umat Islam tidak dibenarkan untuk bercakap dengan kuat tidak kira berzikir atau semasa membaca al Quran kerana mereka digalakkan memikirkan apa yang terjadi pada si mati.
Pantang larang yang seterusnya ialah kubur tidak boleh memagar kawasan perkuburan dengan pagar besi yang terlalu mahal seperti emas ataupun menulis di atas kubur dengan dakwat emas. Mereka juga dilarang duduk di atas kuburan dan memakai alas kaki seperti selipar apabila lalu di sekeliling kubur. Ada juga pantang larang yang tidak membenarkan membawa bunga ke kubur si mati.
Seterusnya, seorang wanita ketika berkabung dilarang daripada memakai pakaian yang berwarna cerah, tidak boleh memakai barang-barang kemas dan tidak boleh mengenakan bahan haruman. Tuntutan berkabung ini hanya ditujukan kepada wanita yang kematian suami selama iddahnya. Sebaliknya lelaki tidak berkaitan dengan tuntutan berkabung ini. Hukum iddah dan hokum berkabung mengikut syarak adalah wajib ke atas wanita tersebut.
Menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Islam telah menentukan perkara-perkara yang mesti dipatuhi oleh wanita iaitu haram menerima pinangan lelaki ajnabi. Di samping itu, mereka juga wajib berkabung sepanjang tempoh iddah. Perintah berkabung ini dikhususkan kepada suruhan meninggalkan hiasan sahaja, tidak termasuk hiasan tempat tinggal, bilik tidur dan sebagainya. Oleh itu, walaupun wanita berkabung dilarang daripada hiasan, ini tidak bermakna mereka perlu mengabaikan aspek kebersihan dan kesihatan diri serta ahli keluarga. Wanita yang kematian suaminya yang berkabung perlu menetap di rumah suaminya sehingga selesai masa berkabung.

Review this essay:

Name
Rating
Your review: (optional)

Latest reviews:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.