Essay: Essay: Darsawarsa ini, ungkapan ‘perpaduan dalam kepelbagaiaan’ sudah menjadi …

Essay details:

  • Subject area(s): Malay Essays
  • Reading time: 10 minutes
  • Price: Free download
  • Published on: October 25, 2015
  • File format: Text
  • Number of pages: 2
  • Essay: Darsawarsa ini, ungkapan 'perpaduan dalam kepelbagaiaan' sudah menjadi ...
    0.0 rating based on 12,345 ratings
    Overall rating: 0 out of 5 based on 0 reviews.

Text preview of this essay:

This page of the essay has 2696 words. Download the full version above.

PENGENALAN
Darsawarsa ini, ungkapan ‘perpaduan dalam kepelbagaiaan’ sudah menjadi mantra dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia. Ungkapan atau slogan ini mengangkat sekali gus memuji kemampuan kelompok manusia yang berbeza-beza untuk hidup dalam sebuah masyarakat dengan bersatupadu dan aman. Namun begitu, hubungan etnik sebelum kemerdekaan adalah cukup berbeza dan bersifat rapuh serta bercenderung kearah ketegangan.
Kedatangan British ke alam Melayu adalah berlandaskan serampang tigamata, iaitu keagamaan (Gospel), kekayaan (Gold) dan kemegahan (Glory). Bagi merealisasikan matlamat tersebut, kuasa Barat sebenarnya telah memonopolikan sistem pentadbiran, ekonomi dan pendidikan Malaya untuk mengaut keuntungan yang besar. Dari segi pentadbiran, British telah mengasingkan kuasa mentadbir daripada Sultan dan pembesar tempatan kepada tangan residen. Di bawah pentadbiran British, kuasa Sultan hanya termaktub dalam isu-isu berkaitan dengan agama Islam dan adat resam orang Melayu. Dari segi ekonomi pula British telah mengamalkan sistem pecah perintah. Dibawah sistem ini, orang Melayu telah ditempatkan di kawasan luar bandar untuk mengusahakan tanaman tempatan. Orang India pula dihantar ke estet untuk menanam pokok getah dan pokok kelapa sawit dan orang Cina ke bandar untuk kerja perlombongan. Sistem pendidikan semasa pentadbiran British juga bersifat berat sebelah dimana orang Melayu hanya diajar dengan kemahiran asas seperti menulis, membaca dan mengira yang hanya membolehkan mereka untuk menjawat jawatan rendah di pejabat. Pendidikan bagi orang India dan Cina pula menekankan kemahiran asas seperti membaca,mengira dan menulis, tetapi bahan pengajaran mereka dibawa daripada negara asal mereka. Pada awalnya, perbezaan sebegini tidak menunjukkan apa-apa kesan yang membimbangkan tetapi perbezaan ini mencapai kemuncaknya dengan perisitiwa 13 Mei 1969.
Segregasi paksaan ini telah memberi keuntungan yang besar kepada pihak British tetapi telah mewujudkan jurang pendapatan yang besar dan rasa iri hati dalam kalangan masyarakat Malaya. Pemimpin awal Malaya terutamanya Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj dan Allahyarham Tun Abdul Razak dengan kerjasama yang lain telah bertungkus lumus untuk mewujudkan intergrasi antara etnik. Usaha mereka telah disambungkan oleh generasi pemimpin pada masa sekarang. Beberapa strategi telah disusun untuk mewujudkan integrasi antara masyarakat. Rukun Negara diperkenalkan sebagai ideologi nasional Malaysia yang digunakan sebagai instrument mengatasi garis pemisah antara entik dalam membentuk masyarakat Malaysia yang majmuk. Selain itu, dasar-dasar pembangunan Negara seperti Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Negara dan Dasar Wawasan Negara telah digubal dan dilaksanakan. Dasar-dasar ini bertujuan untuk memperbetulkan ketidakseimbangan sosioekonomi yang wujud antara kaum, untuk mencapai pembangunan seimbang bagi mewujudkan masyarakat yang bersatupadu,progresif dan makmur. Program RIMUP, sekolah wawasan, Pelan Pembangunan Pendidikan dikenalkan dibawa Dasar Pendidikan Kebangsaan untuk memberi peluang pendidikan yang sama. Bagi membina sahsiah diri bermatlamatkan membina dan mengukuhkan semangat patriotisme dikalangan generasi muda PLKN dikenalkan oleh kerajaan pada tahun 2004. Strategi terbaru kerajaan bagi mewujudkan intergrasi adalah menurusi Gagasan Satu Malaysia. Gagasan ini dikenalkan pada tahun 2009 dengan slohan ‘ Satu Malaysia, Rakyat Didahukukan, Pencapaian Diutamakan’. Gagasan ini merupakan satu pendekatan baru kerajaan dagi menempa sebuah zaman baharu demi menjelmakan sebuah kerajaan yang mengutamakan prestasi berpaksikan keutamaan rakyat dengan berprinsipkan integriti, kebolehan dan kesaksamaan.1malaysia merupakan satu wadah bagi membina bangsa Malaysia yang bersatu padu dan membantu Negara kearah mencapai Wawasan 2020.
Adakah strategi yang disusun oleh kerajaan cukup berkesan untuk mewujudkan perpaduan kaum? Adakah usaha kerajaan ini dilaksanakan dengan efektif ? Adakah badan lain yang boleh membantu kerajaan untuk mengisi ruang yang tidak akan atau tidak dapat diisikan oleh kerajaan? Begitulah bunyinya soalan yang kerap ditujukan dan dibincangkan oleh semua lapisan masyarakat.Sebenarnya,usaha ke arah mewujudkan integrasi etnik di Malaysia perlu melibatkan pelbagai pihak dan tidak seharusnya diserahkan kepada pihak kerajaan semata-mata. Kerajaan dengan pelaksanaan pelbagai dasarnya perlu disokong oleh badan-badan bukan kerajaan dan juga pihak swasta bagi memastikan hubungan etnik sentiasa berada dalam keadaan harmoni. Penglibatan semua pihak mampu menjayakan usaha ke arah mengeratkan hubungan tersebut.

4.0 BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO)
Istilah ‘non??governmental organization’ digunakan sejak berdirinya PBB pada tahun 1945, atau secara terperinci iaitupada pada Piagam PBB Fasal 71 Bab 10 tentang peranan konsultatif non??governmental organization. Awalnya istilah ini digunakan untuk membezakan antara hak partisipatif atau penyertaa badan??badan pemerintah (intergovernmental agencies) dan organisasi??organisasi swasta antarabangsa (international private organizations).
Definisi ‘international NGO’ (INGO) pertama kali diberikan dalam resolusi 288 (X) ECOSOC pada 27 Pebruari 1950 iaitu ‘setiap organisasi internasional yang tidak didirikan atas dasar sebuah perjanjian internasional’. World Bank, mendefinisikan NGO sebagai ‘organisasi swasta yang menjalankan kegiatan untuk meringankan penderitaan, mengentaskan kemiskinan, memelihara lingkungan hidup, menyediakan layanan sosial dasar atau melakukan kegiatan pengembangan masyarakat’.
Dalam sebuah dokumen penting World Bank,iaitu Working With NGOs, disebutkan, ‘Dalam konteks yang lebih luas, istilah NGO dapat diertikan sebagai semua organisasi yang bukan bertujuan mengaut keuuntungan (non??profit organization) serta tidak terkait dengan pemerintahan.
NGO pada umumnya adalah organisasi berbasis nilai (value??based organizations) yang bergantung kepada, baik sebahagian atau keseluruhan, bantuan amal (charitable donations) dan khidmat sukarela (voluntary service). Walaupun sejak lebih dari dua dekad terakhir ini sektor NGO telah semakin diprofesionalisasikan, namun prinsip??prinsip altruism iaitu mementingkan orang lain and kesukarelaan (voluntarism) masih menjadi ciri utamanya.

Sejak pertengahan 1970??an, sektor NGO di negara maju dan negara berkembang telah mengalami pertumbuhan yang berlipat kali ganda. Dari 1970 hingga 1985 jumlah bantuan untuk pengembangan yang diberikan oleh NGO antarabangsa telah meningkat dalam sepuluh kali ganda. Pada tahun 1992 NGO antarabangsa telah menyalurkan lebih dari $7.6 juta bantuan untuk negara??negara berkembang. Saat ini kira-kira telah menunjukkan lebih dari 15% dari jumlah bantuan dunia untuk pengembangan disalurkan melalui NGO.
Walaupun statistik tentang jumlah NGO di seluruh dunia belum lengkap, namun diperkirakan ada sekitar 6,000 sampai 30,000 NGO nasional di negara berkembang.Sebagai contoh, Amerika Syarikat memiliki sekitar 2 juta NGO, yang sebagian besar ditubuhkan 30 tahun yang lalu. Rusia memiliki 400,000 NGO. India dianggarkan memiliki 1 hingga 2 juta NGO. Iran memiliki 20.000 NGO aktif pada tahun 2003. Di Kenya, 240 NGO terbentuk setiap tahun.

4.1 INTEGRASI DAN SEGREGASI
Sebelum kami lanjutkan dalam topik kita ‘Integrasi dan Segregasi’, biarlah kami menerangkan definisi-definisi perkataan yang akan terlibat dalam topik ini. Pertamanya, perkataan ‘etnik’ bermaksud satu kelompok masyarakat yang mempraktikkan atau mengamalkan budaya yang sama. Konsep etnik mempunyai erti yang berkait rapat dengan konsep-konsep ras dan bangsa. Ras dan bangsa memberikan tekanan pada perbezaan fizikal atau sifat-sifat biologi iaitu keturunan dan pertalian darah yang sama antara sesama manusia (Mansor Abdul Rahman & Mohamad Ainuddin, 2006). Di dalam Malaysia, terdapat pelbagai kaum yang mengamalkan kebudayaan mereka, contohnya, Melayu, Cina, India, Sikh, Siam, Iban, Dayak, dan Dusun. Bagaimanakah pelbagai kaum dapat hidup secara aman dalam negara kita pada zaman sekarang? Dalam topik kami, kami akan menerangkan proses perkembangan hubungan etnik daripada segregasi sampai integrasi.
Manakala, perkataan ‘segregasi’ berdefinisi sebagai pemisahan atau pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain. Pemisahan ini selalu disebabkan oleh beberapa faktor, iaitu tempat tinggal, jenis pekerjaan, sistem persekolahan dan juga penerbitan akhbar mengikut bahasa ibunda masing-masing (Shamsul Amri Baharuddin, 2007). Segregasi di dalam Negara Malaysia disebabkan oleh dasar pecah dan perintah yang dilaksanakan pada zaman penjajahan British berdasarkan kegiatan ekonomi mengikut etnik. Orang-orang Cina tinggal di bandar-bandar sebagai peniaga dan pelombong Sementara orang-orang Melayu tinggal di luar bandar sebagai petani atau nelayan kecil. Kaum India kebanyakannya pula sebagai buruh kasar kerajaan dan peladang. Meskipun tanpa kehadiran pihak penjajah barat, pola segregasi ini tetap terjadi kerana atas alasan faktor amalan budaya, amalan nilai, kegiatan ekonomi dan faktor agama. Ini dapat dilihat daripada pola taburan suku kaum masyarakat di Malaysia yang hidup secara mengelompok berdasarkan budaya, amalan nilai, kegiatan ekonomi dan kepercayaan yang sama di sesuatu tempat.
Seterusnya, kami akan menerangkan definisi perkataan ‘integrasi’. Integrasi bermaksud penyatuan antara kelompok yang berbeza tetapi hidup di bawah sistem pemerintahan yang sama. Setiap kelompok hidup secara aman tanpa mengira latar belakang, dan bebas mengamalkan kebudayaan masing-masing. Dalam perkataan lain, ia ialah satu proses yang mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan etnik yang terpisah dari segi agama, budaya, social dan kawasan penempatan. Manakala menurut Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007, integerasi bermaksud ‘penggabungan atau pergabungan dua atau beberapa kaum menjadi satu kesatuan, penyatuan’ . Dalam KBBI integrasi diertikan ‘pembauran sesuatu yang tertentu hingga menjadi kesatuan yang utuh dan bulat’4. Integrasi ialah satu proses yang amat kompleks, ialah satu perdekatan dari permisahan, pengendalian terhadap konflik dan penyimpangan sosial dalam suatu sistem sosial tertentu. Dengan mengamalkan konsep integrasi, barulah kita dapat hidup dalam keadaan aman di dalam Negara kita yang berpelbagaian kebudayaan. Bukan setakat itu sahaja, kami juga dapat mengurangkan konflik dan mengutamakan persefahaman, serta mewujudkan semangat perpaduan antara pelbagai etnik. Proses integrasi dapat dilihat melalui dua proses. Proses asimilasi, yang membawa maksud berhadapannya dua kebudayaan atau lebih yang saling mempengaruhi sehingga memunculkan kebudayaan baru dengan meninggalkan sifat asli. Satu lagi proses, iaitu proses akulturasi, yang bermaksud proses sosial yang terjadi bila kelompok sosial dengan kebudayaan tertentu dihadapkan pada kebudayaan asing (baru), sehingga kebudayaan baru diserap dalam kebudayaan sendiri, tanpa meninggalkan sifat aslinya. Dalam konteks Malaysia, integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik.

4.2 SISTEM NILAI YANG LAHIR DARI KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

Darsawarsa ini, ungkapan ‘perpaduan dalam kepelbagaiaan’ sudah menjadi mantra dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia. Ungkapan atau slogan ini mengangkat sekali gus memuji kemampuan kelompok manusia yang berbeza-beza untuk hidup dalam sebuah masyarakat dengan bersatupadu dan aman. Namun begitu, hubungan etnik sebelum kemerdekaan adalah cukup berbeza dan bersifat rapuh serta bercenderung kearah ketegangan.
Kedatangan British ke alam Melayu adalah berlandaskan serampang tigamata, iaitu keagamaan (Gospel), kekayaan (Gold) dan kemegahan (Glory). Bagi merealisasikan matlamat tersebut, kuasa Barat sebenarnya telah memonopolikan sistem pentadbiran, ekonomi dan pendidikan Malaya untuk mengaut keuntungan yang besar. Dari segi pentadbiran, British telah mengasingkan kuasa mentadbir daripada Sultan dan pembesar tempatan kepada tangan residen. Di bawah pentadbiran British, kuasa Sultan hanya termaktub dalam isu-isu berkaitan dengan agama Islam dan adat resam orang Melayu. Dari segi ekonomi pula British telah mengamalkan sistem pecah perintah. Dibawah sistem ini, orang Melayu telah ditempatkan di kawasan luar bandar untuk mengusahakan tanaman tempatan. Orang India pula dihantar ke estet untuk menanam pokok getah dan pokok kelapa sawit dan orang Cina ke bandar untuk kerja perlombongan. Sistem pendidikan semasa pentadbiran British juga bersifat berat sebelah dimana orang Melayu hanya diajar dengan kemahiran asas seperti menulis, membaca dan mengira yang hanya membolehkan mereka untuk menjawat jawatan rendah di pejabat. Pendidikan bagi orang India dan Cina pula menekankan kemahiran asas seperti membaca,mengira dan menulis, tetapi bahan pengajaran mereka dibawa daripada negara asal mereka. Pada awalnya, perbezaan sebegini tidak menunjukkan apa-apa kesan yang membimbangkan tetapi perbezaan ini mencapai kemuncaknya dengan perisitiwa 13 Mei 1969.
Segregasi paksaan ini telah memberi keuntungan yang besar kepada pihak British tetapi telah mewujudkan jurang pendapatan yang besar dan rasa iri hati dalam kalangan masyarakat Malaya. Pemimpin awal Malaya terutamanya Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj dan Allahyarham Tun Abdul Razak dengan kerjasama yang lain telah bertungkus lumus untuk mewujudkan intergrasi antara etnik. Usaha mereka telah disambungkan oleh generasi pemimpin pada masa sekarang. Beberapa strategi telah disusun untuk mewujudkan integrasi antara masyarakat. Rukun Negara diperkenalkan sebagai ideologi nasional Malaysia yang digunakan sebagai instrument mengatasi garis pemisah antara entik dalam membentuk masyarakat Malaysia yang majmuk. Selain itu, dasar-dasar pembangunan Negara seperti Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Negara dan Dasar Wawasan Negara telah digubal dan dilaksanakan. Dasar-dasar ini bertujuan untuk memperbetulkan ketidakseimbangan sosioekonomi yang wujud antara kaum, untuk mencapai pembangunan seimbang bagi mewujudkan masyarakat yang bersatupadu,progresif dan makmur. Program RIMUP, sekolah wawasan, Pelan Pembangunan Pendidikan dikenalkan dibawa Dasar Pendidikan Kebangsaan untuk memberi peluang pendidikan yang sama. Bagi membina sahsiah diri bermatlamatkan membina dan mengukuhkan semangat patriotisme dikalangan generasi muda PLKN dikenalkan oleh kerajaan pada tahun 2004. Strategi terbaru kerajaan bagi mewujudkan intergrasi adalah menurusi Gagasan Satu Malaysia. Gagasan ini dikenalkan pada tahun 2009 dengan slohan ‘ Satu Malaysia, Rakyat Didahukukan, Pencapaian Diutamakan’. Gagasan ini merupakan satu pendekatan baru kerajaan dagi menempa sebuah zaman baharu demi menjelmakan sebuah kerajaan yang mengutamakan prestasi berpaksikan keutamaan rakyat dengan berprinsipkan integriti, kebolehan dan kesaksamaan.1malaysia merupakan satu wadah bagi membina bangsa Malaysia yang bersatu padu dan membantu Negara kearah mencapai Wawasan 2020.
Adakah strategi yang disusun oleh kerajaan cukup berkesan untuk mewujudkan perpaduan kaum? Adakah usaha kerajaan ini dilaksanakan dengan efektif ? Adakah badan lain yang boleh membantu kerajaan untuk mengisi ruang yang tidak akan atau tidak dapat diisikan oleh kerajaan? Begitulah bunyinya soalan yang kerap ditujukan dan dibincangkan oleh semua lapisan masyarakat.Sebenarnya,usaha ke arah mewujudkan integrasi etnik di Malaysia perlu melibatkan pelbagai pihak dan tidak seharusnya diserahkan kepada pihak kerajaan semata-mata. Kerajaan dengan pelaksanaan pelbagai dasarnya perlu disokong oleh badan-badan bukan kerajaan dan juga pihak swasta bagi memastikan hubungan etnik sentiasa berada dalam keadaan harmoni. Penglibatan semua pihak mampu menjayakan usaha ke arah mengeratkan hubungan tersebut.

4.3 CONTOH-CONTOH NGO:
1. Angkatan Belia Islam Malaysia, ABIM 1
ABIM yang ditubuhkan pada tahun 1971, dikatakan telah memulakan langkah mengadakan dialog agama antara penganut Islam dan Konfusianisme sekitar tahun 1970-an sejurus selepas penubuhannya (Chih Feng Lum 2001).
ABIM membawa dan mengembangkan idea Rekonsiliasi Nasional menerusi beberapa pendekatan yang dibuat termasuk dialog perpaduan, persidangan meja bulat dan sebagainya. Dialog Perpaduan tersebut dianjurkan oleh Jawatan Kuasa Perpaduan Nasional, yang akan dilancarkan pada 22 Feb 2014 di Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) di mana dialog ini akan menjelajah 18 buah tempat di seluruh negara.
(http://www.abim.org.my/siaran-sentral/item/191-rekonsialiasi-nasional-abim-seru-penglibatan-semua-pihak.html)

2. Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, SUHAKAM. 2
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) ditubuhkan oleh Parlimen di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, Akta 597. Seksyen 2 Akta ini mentakrif ‘hak asasi manusia’ sebagai merujuk kepada ‘kebebasan asas sebagaimana yang termaktub dalam Bahagian II Perlembagaan Persekutuan’. Akta tersebut telah diwartakan pada 9 September 1999.
Antara Fungsi SUHAKAM sebagaimana dinyatakan dalam Seksyen 4(1) adalah:
– Untuk memupuk kesedaran dan menyediakan pendidikan yang berhubung hak asasi manusia;
– Untuk menasihati dan membantu Kerajaan dalam merumuskan perundangan dan arahan dan tatacara pentadbiran dan mengesyorkan langkah-langkah yang perlu diambil;
– Untuk mengesyorkan kepada Kerajaan berkenaan dengan penandatanganan atau penyertaan dalam perjanjian dan suratcara antarabangsa yang lain dalam bidang hak asasi manusia;
– Untuk menyiasat aduan berkenaan dengan pelanggaran hak asasi manusia

3. Majlis Belia Malaysia , MBM 3
Dikenali juga sebagai pertubuhan belia Malaysia atau Youth Malaysian Council dan ditubuhkan pada 9 September 1950. MBM juga turut diiktiraf oleh kerajaan sebagai badan induk pertubuhan belia di peringkat kebangsaan dan ianya ditubuhkan dengan tujuan untuk mengalakkan kemajuan belia yang seimbang di semua bidang ekonomi, sosial, mental, fizikal, akhlak dan politik.
Antara objektif-objektif utama majlis ialah :
– Menggalakkan dan mendorong pertubuhan belia supaya memainkan peranan yang positif dan berkesan kepada masyarakat dan negara.
– Merangsang dan mewujudkan perhubungan, kerjasama, persefahaman dan persahabatan antara pertubuhan belia dengan belia atau dengan pertubuhan belia antarabangsa.
– Menggalakkan kemajuan pertubuhan belia yang seimbang dalam pelbagai bidang.
– Memupuk sikap bertanggungjawab, semangat patriotisme dan kesukarelawanan di kalangan pertubuhan belia.
– Menganjurkan dan mengalakkan minat untuk kesuburan rohani, jasmani, ekonomi dan pendidikan belia di kalangan badan-badan yang mempunyai minat dalam perkara ini.
– Bekerja rapat dengan badan-badan yang bertanggungjawab berkenaan hal ehwal belia untuk kepentingan pergerakan belia.

4.4 BENTUK-BENTUK PERANAN NGO
NGO memainkan peranan penting dalam hubungan etnik . Pelbagai cara boleh dipupuk dalam hubungan etnik . Salah satunya adalah dengan meletak pelbagai etnik dan kaum di barisan kepimpinan . Selain itu tidak meletakkan syarat dan membuka penyertaan kepada semua orang tidak kira bangsa , kaum dan agama . Menyokong serta membantu pelaksanaan program pengukuhan hubungan etnik yang dilancarkan oleh kerajaan . NGO juga sebagai penjana pembangunan ekonomi negara yang akan memberi banyak peluang pekerjaan kepada semua golongan tanpa mengira etnik. Secara umumnya, terdapat beberapa bidang yang disertai oleh NGO, antara lain adalah seperti Bidang Pendidikan masyarakat dan perkembangan kesihatan,Sebagai contoh, pendidikan seks dan kontrasepsi, kesihatan umum, pembuangan sampah, penggunaan air dan vaksinasi.
Bidang kedua yang melibatkan NGO ialah berkenaan dengan masalah sosial yang berlaku dalam kalangan masyarakat.Sebagai contoh, kegiatan atau perbuatan liar remaja, remaja yang meninggalkan rumah, anak jalanan serta pelacuran.
Seterusnya, lingkungan hidup juga merupakan salah satu peranan NGO secara umum yang melibatkan pendidikan mengenai penggunaan tenaga dan air, pelestarian gunung dan hutan
Bidang berikutnya ialah bidang ekonomi.Sebagai contoh, pinjaman dan usaha mikro, pelatihan keahlian (komputer, teknik, katering, menjahit, )promosi dan distribusi produk (bazaar), pembentukan koperasi, nasihat kewangan, bantuan mencari kerja dan pengembangan kerjaya. Perkembangan juga merupakan salah satu bidang penting yang diceburi oleh NGO seperti pembangunan sekolah, pembangunan infrastruktur, pembangunan dan pusat operasi kebudayaan, bantuan ahli untuk pertanian dan kelautan.
Akhir sekali,Isu berkenaan perempuan merupakan salah satu peranan terpenting yang disertai. Bidang ini merangkumi hak anak dan perempuan, pusat bantuan untuk perempuan yang mengalami keganasan rumah tangga, terapi kelompok terhadap perempuan yang mengalami gangguan seksual, hotline counseling (konseling melalui telefon khusus untuk perempuan).

Kesimpulannya , setiap NGO miliki peranan masing-masing dalam meningkatkan hubungan etnik . Walau punya kegiatan aktiviti yang berbeza tapi menuju pada matlamat yang sama ,iaitu perpaduan .
5.0 RUMUSAN

About Essay Marketplace

Essay Marketplace is a library of essays for your personal use as examples to help you write better work.

...(download the rest of the essay above)

About this essay:

This essay was submitted to us by a student in order to help you with your studies.

If you use part of this page in your own work, you need to provide a citation, as follows:

Essay Marketplace, Essay: Darsawarsa ini, ungkapan ‘perpaduan dalam kepelbagaiaan’ sudah menjadi …. Available from:<https://www.essaymarketplace.com/malay-essays/essay-darsawarsa-ini-ungkapan-perpaduan-dalam-kepelbagaiaan-sudah-menjadi/> [Accessed 28-09-20].

Review this essay:

Please note that the above text is only a preview of this essay.

Name
Email
Review Title
Rating
Review Content

Latest reviews:

Leave a Comment

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.