Essay: Jurnal Reflektif - Essay Marketplace

Essay: Jurnal Reflektif

Guru adalah seorang pendidik yang dianggap sebagai insan yang mulia dan berjasa kerana merekalah yang bertanggungjawab mendidik manusia bagi melahirkan generasi muslim yang beriman dan beramal soleh serta sanggup melaksanakan tugas terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara. Guru dalam sejarah hidupnya sentiasa menghargai kejayaan anak didiknya. Seorang guru juga sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kebaikan dan kesejahteraan orang lain. Oleh kerana itu, guru disifatkan seperti sebatang lilin yang membakar diri demi menerangi alam.
Seorang pendidik seharusnya mempunyai jiwa yang kental dalam mendidik anak bangsa. Guru yang memiliki sifat profesional, beretika sangat perlu diwujudkan kerana peranannya menyumbang impak yang positif terhadap warga yang terbabit secara langsung dan tidak langsung dalam dunia pendidikan. Bertitik tolak daripada kenyataan tersebut, sudah semestinya terdapat inisiatif telah dilaksanakan dan digembleng demi hasrat untuk memartabatkan profesion keguruan dan sistem pendidikan negara. Hasil didikan dan bimbingan daripada para guru yang cemerlang terbukti telah menghasilkan modal insan yang cemelang.
Peranan guru sangat meluas. Guru merupakan seorang pendidik, pembimbing dan pendorong. Dia juga penyampai ilmu, penggerak dan penasihat anak didiknya. Ini bermaksud, guru atau pendidik mempunyai tugas dan tanggungjawab yang mencabar, kepentingan peranan guru itu memang tidak dapat dinafikan kerana boleh dikatakan setiap masyarakat pada zaman ini melalui pendidikan yang diberikan oleh insan yang bernama guru.
Seiring dengan visi Kementerian Pendidikan Negara iaitu Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera. Pendidikan yang berkualiti datangnya dari guru yang berkualiti. Demi mencapai visi ini, guru memerah keringat demi mempertingkatkan kualiti diri dari aspek penyampaian ilmu dan bagaimana ingin menjadi contoh yang ideal kepada anak murid.
Guru merupakan asas kepada pembangunan insan. Murid adalah aset yang berharga kepada negara. Mereka ialah pelapis generasi sekarang dan bakal pemimpin pada masa akan datang. Justeru, guru perlu membuat persediaan rapi dari segi fizikal dan mental justeru sedar akan tanggungjawab dan peranan besar mereka demi kemajuan dan kejayaan murid. Hal ini membuktikan pada dunia pendidikan bahawa guru- guru ini tidak mensia-siakan ilmu yang telah dipelajari.
Saya membuatkan murid rasa ingin bersahabat dengan guru. Dengan cara ini secara tidak langsung anak murid akan dapat merasakan suatu hubungan yang akrab dengan guru. Dalam masa yang sama tidak diabaikan rasa hormat kepada guru. Justeru, kedua-dua pihak perlu ada rasa hormat menghormati. Pengalaman saya, jika seorang guru membuat anak muridnya seperti sahabatnya, murid akan berasa senang jika berdamping dengan guru. Segala masalah dalam pembelajaran dapat diceritakan dan diselesaikan dengan lancar.
Saya juga berusaha meningkatkan kreativiti dalam penyampaian ilmu kepada anak murid saya. Ini disebabkan saya perlu menarik minat mereka agar tidak rasa jemu ketika berada dalam kelas. Sebagai contoh, saya akan memberikan ruang kepada murid untuk mendalami topik yang memerlukan praktikal dengan membawa mereka kerja lapangan. Oleh itu, murid tidak hanya berada didalam kelas. Bahkan dapat menghirup udara segar ketika sesi pembelajaran.
Sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran saya bermula, saya akan membuat persediaan yang rapi seperti membuat kajian dan mengumpul data yang perlu saya ajarkan kepada anak murid saya. Saya memanfaatkan dengan sebaiknya waktu pengajaran yang diperuntukkan kepada saya dengan bersedia diawal waktu untuk memasuki kelas. Tetapi, saya tidaklah membuatkan anak murid saya bersa tegang kerana mungkin mereka tidak sempat menarik nafas selepas guru yang sebelum saya keluar. Saya memberikan masa dua minit kepada mereka untuk bersiap sedia dengan subjek saya. Masa ini mereka dapat gunakan dengan sebaiknya untuk menyiapkan buku atau juga ke tandas untuk menyegarkan diri.
Saya sedar akan perbezaan guru dahulu dan guru sekarang. Sangat jauh bezanya jika dibandingkan. Walaupun tugas guru sekarang amat sukar kerana anak murid sekarang bukan juga seperti anak murid dahulu. Guru dahulu bnyak memainkan peranan penting dalam menjanim dan memastikan kerjaya guru sekarang setanding dengan apa yang telah disumbangkan.
Anak murid sekarang perlu dididik dengan rapi dan baik oleh kerana zaman yang mereka lalui jauh mencabar demi memastikan masa depan mereka cemerlang seiring dengan negara yang memerlukan pemimpin yang berwibawa di masa hadapan. Oleh itu, untuk menjayakan perkara tersebut, guru sekarang harus memastikan yang anak murid mencapai kejayaan yang gemilang.

Demi memenuhi hasrat visi dan misi Kementerian Pendidikan Malaysia, sumbangan perlu dilakukan oleh seorang guru dengan mengaplikasikan segala ilmu dan mempraktikkan kemahiran ketika di bilik darjah. Pengalaman pembelajaran dan ilmu yang diperolehi selama hampir tiga tahun wajar disalurkan tanpa berputus asa dan disampaikan dengan keikhlasan. Kaedah penyampaian seorang guru hendaklah kreatif dan berinovasi agar pembelajaran dan pengajaran lebih berkesan dan mudah diterima oleh pelajar.
Pada abad ke 21 ini sewajarnya seseorang guru seharusnya memandang jauh kehadapan dengan mengikuti peredaran zaman dan melangkaui batasan pemikiran dengan membawa pembaharuan didalam bidang pendidikan.
Saya banyak merujuk kepada guru-guru yang lebih arif didalam mempraktikkan segala apa yang dipelajari bagi memastikan saya tidak tersilap dalam mendidik anak murid saya. Saya sedar akan tanggungjawab yang dipikul bukalah mudah. Ini kerana saya perlu membantu anak murid saya untuk mempertingkatkan prestasi pembelajaran. Saya juga perlu memberikan semangat yang jitu agar tidak ada murid saya yang tercicir dalam pembelajaran. Jika ada atau saya sudah terlepas pandang, saya akan mengaudit semula sikap saya dan cara saya mengajar. Mungkin ada anak murid saya yang kurang gemar akan subjek yang diajar. Walaubagaimanapun, saya akan mencungkil minat mereka dengan lebih mendalam lagi. Ini kerana, selagi hidup ini kita berguru, selagi itulah kita tidak akan tersasar. Namun, harus dipastikan terlebih dahulu akan kebolehan guru. Saya amat yakin dengan ilmu yang saya timba sekarang ini membuatkan saya seorang guru yang berkebolehan.
Saya ingin menjadi seorang guru yang dapat diingati oleh setiap pelajar saya. Dengan membuatkan pengajaran saya lebih memberi kesan kepada hidup setiap daripada mereka. Bukan sahaja memberi kesan ketika ingin menjawab periksa sahaja. Dengan perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran saya, saya yakin yang pembelajaran saya akan diingati sepanjang hidup mereka walau mereka sudah bekerjaya.

Review this essay:

Name
Rating
Your review: (optional)

Latest reviews:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.