Essay: Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, moral merupakan kelakuan baik yang... - Essay Marketplace

Essay: Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, moral merupakan kelakuan baik yang…

Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, moral merupakan kelakuan baik yang dipegang oleh individu dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Individu yang berpegang teguh kepada ajaran moral akan mempunyai kelakuan, sahsiah dan budi pekerti yang baik. Sarjana- sarjana politik seperti Max Weber dan Emile Durkheim (2004) menyatakan bahawa pada asasnya kemoralan adalah perkara mengenai aktiviti, peraturan dan sebagainya. Manakala Doroty Emmet (2003) menyatakan bahawa nilai moral bukan sesuatu yang wujud tersendiri dan terpencil dalam satu kekosongan. Beliau juga turut menjelaskan bahawa manusia bergantung kepada beberapa peraturan, adat, kebiasaan masyarakat dan agama yang menolong mereka dengan lebih mudah membuat jangkaan tentang cara dan tingkah laku orang lain.
James Hemming (2008) pula menyatakan bahawa peraturan-peraturan masyarakat mestilah dilihat sebagai faktor-faktor kehidupan sosial, sebagai prinsip-prinsip yang perlu dalam pergaulan dan kelakuan terhadap orang lain serta perhubungan antara manusia. Berdasarkan pendapat daripada sarjana-sarjana tersebut, nilai moral berfungsi sebagai suatu piawai yang konsisten dan kukuh untuk seseorang individu atau masyarakat berindak dengan betul. Fungsi nilai ini membolehkan individu dan masyarakat menjadi agen moral dan pengkritik moral, iaitu mengetahui apa yang dilakukan oleh diri sendiri dan juga orang lain. Selain itu, nilai moral sebagai panduan ataupun kayu pengukur untuk menyelesaikan konflik moral. Namun begitu, menyedari bahawa nilai moral sangat penting kepada pembentukan sahsiah individu. Pengkaji bertindak memilih skrip teater kanak-kanak, iaitu Siti Di Alam Fantasi sebagai subjek kajian ini, bagi mengenalpasti penerapan nilai-nilai moral yang terkandung dalam penulisan skrip tersebut. Penulisan skrip teater kanak-kanak, kandungan atau intipati utamanya adalah nilai-nilai moral sebagai medium untuk mendidik kanak-kanak seperti yang dijelaskan oleh Fredy Franchy (2002) dalam kenyataannya :
Children Theatre Script, when we are dealing with a piece of text,
Most particularly is moral value as the important contents to teach
to the children.
(m.s. )

Penekanan terhadap unsur nilai moral dalam skrip teater kanak-kanak merupakan kriteria utama yang menjadi tanda aras dalam proses pembentukan akhlak kanak-kanak. Pelakon – pelakon memainkan peranan utama melalui emosi, mimik muka, perbuatan dan pergerakan dalam menggerakkan skrip melalui dialog dan gaya bahasa dalam mempersembahkan teater kanak-kanak agar memberi kesan intelektual kepada mereka. Kandungan bahasa juga diutamakan ketika penilaian sesuatu skrip. Menurut Jeniri (2008), bahasa pada ketika ini bukan sahaja sebagai alat komunikasi sosial, tetapi sebagai alat membentuk, membina, merakamkan, menyampaikan dan memperkasakan fikiran budaya dan tamadun bangsa. Robert Park (2006) menyatakan bahawa skrip merupakan bahan asas teater . Skrip sebenarnya mengungkap pengalaman teater. Dalam teori kajian teks, teknik penulisan bahasa sangat penting untuk menyampaikan mesej kepada individu dan masyarakat. Walaubagaimanapun, dalam meneliti penerapan nilai-nilai moral dalam skrip teater Siti Di Alam Fantasi, pengkaji telah menjadikan teori Aristotle sebagai panduan dalam mengnalisis skrip. Dalam menganalisis skrip, Aristotle telah menggariskan aspek tema, watak dan perwatakan, bahasa dan dialog. (m.s. ) Oleh kerana ini, menjadi fokus pengkaji, berikut merupakan aspek penelitian skrip yang disarankan oleh Aristotle ialah tema, watak dan perwatakan serta bahasa dan dialog. Tema dalam sesebuah skrip dapat dikesan melalui isu-isu dan persoalan yang diketengahkan oleh penulis skrip . Isu-isu yang diketengahkan oleh penulis skrip di dalam teater adalah melalui kepelbagaian watak, baik watak yang terdiri daripada manusia, dan binatang serta mempunyai isu yang di dalamnya tersirat sebagai unsur nilai-nilai moral. Justeru dalam kajian ini, aspek watak dan perwatakan juga penting untuk pengkaji melihat bagaimana unsur nilai moral diketengahkan oleh penulis skrip melalui watak dan peranannya di dalam teater Siti Di Alam Fantasi. Perbincangan mengenai perwatakan ini amat penting dan mempunyai kesinambungan dengan aspek pengucapan dialog. Penerapan nilai moral dalam teater Siti Di Alam Fantasi dapat dikesan melalui pengucapan ataupun dialog yang dituturkan oleh oleh pelakon dengan intonasi yang berbeza mengikut keadaan dan situasinya. Pendek kata, aspek ini penting untuk menampaikan mesej dengan berkesan dan mudah ditanggapi oleh kanak-kanak seterusnya mereka dapat menilai antara sesuatu yang baik dan buruk. Secara umumnya, perbincangan mengenai aspek skrip yang merangkumi, tema, watak dan perwatakan serta bahasa dan dialog seperti yang dikemukan oleh teori Aristotle itu jelas menunjukkan bahawa aspek ini cukup penting untuk pengkaji menggunakan kesemua elemen itu dalam membuat kajian terhadap nilai-nilai moral dalam skrip Teater Siti Di Alam Fantasi.
Paste your text in here…

Review this essay:

Name
Rating
Your review: (optional)

Latest reviews:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.