Essay: Khidmat masyarakat ialah kerja-kerja kemasyarakatan yang dilaksanakan... - Essay Marketplace

Essay: Khidmat masyarakat ialah kerja-kerja kemasyarakatan yang dilaksanakan…

PLANGENT
Khidmat masyarakat ialah kerja-kerja kemasyarakatan yang dilaksanakan secara berkumpulan dan mempunyai matlamat serta tujuan tertentu. Kerja-kerja kemasyarakatan sekiranya dilaksanakan dengan sempurna sudah pasti akan menghasilkan sesuatu hasilan ataupun output yang berguna. Bagi guru, khidmat masyarakat adalah suatu aktiviti yang amat penting untuk memupuk perasaan muhibah antara komuniti dan guru. Bukan itu sahaja, malahan dengan perancangan khidmat masyarakat yang sempurna sama ada di dalam atau luar sekolah akan dapat memberikan impak kepada guru itu sendiri. Khususnya dalam memberikan khidmat serta komitmen kepada masyarakat sama ada di peringkat daerah ataupun di peringkat nasional.
MATLAMAT KHIDMAT MASYARAKAT
Berikut adalah antara matlamat khidmat masyarakat:
(a) Memupuk rasa kecintaan dan kebersamaan dalam kalangan diri individu terhadap komuniti yang ada di persekitaran.
(b) Memupuk serta mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan amalan nilai sivik dalam diri setiap individu.
(c) Memberikan sumbangan dalam bentuk tenaga serta kemahirn kepada masyarakat dan Negara
(d) Membentuk keperibadian dan memahami konsep kerjasama serta tolong menolong antara satu dengan yang lain.
(e) Memupuk semangat hidup bersama dalam suatu komuniti tanpa mengira agama, bangsa, kepercayaan dan ideology.
(f) Menjadi warganegara yang patriotik, prihatin dan bertanggungjawab
terhadap masyarakat dan negara.

AKTIVITI 1 : Perancangan

KHIDMAT MASYARAKAT MENGINDAHKAN KAWASAN SEKOLAH KEBANGSAAN SERI RELAU, BAYAN LEPAS,
PULAU PINANG

TARIKH:
28 JUN 2014 (SABTU)

TEMPAT:
SK SERI RELAU, BAYAN LEPAS PULAU PINANG

ANJURAN:
KELAB KECERIAAN SEKOLAH SK SERI RELAU

PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT MENGINDAHKAN KAWASAN SEKOLAH KEBANGSAAN SERI RELAU

Tema : Hidup Bermasyarakat
Nama Projek : Projek mengindahkan kawasan sekolah SK Seri Relau, Penang.
Tarikh Pelaksanaan Projek : 28 Jun 2014
Tempat : SK Seri Relau, Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Guru Penasihat : En. Roslan bin Ismail

Ahli Kumpulan Projek :

Pengerusi : Pn. Norsilawati bt Ishak

Setiausaha : En. Roslan bin Ismail

Bendahari : Pn. Siti Fatimah bt Rahim

AJK : En. Faizal bin Husin
En. Syariman bin Alias
En. Rosli bin Abdul Rahman
Pn. Rusliza bt Hasan
Pn. Azizah bt Aziz

OBJEKTIF

i) Mengeratkan hubungan persaudaraan antara guru-guru dan pelajar-pelajar kelas 6 Arif melalui aktiviti yang melibatkan saling bekerjasama dan percaya-mempercayai antara satu sama lain.

ii) Bergotong-royong membersihkan dan menceriakan kawasan kelas supaya lebih selesa dan kondusif .

iii) Memberi perangsang dan motivasi kepada ahli kelas melalui aktiviti melukis mural berkenaan semangat patriotik dan penyemaian amalan membaca

PERANCANGAN

Projek ini telah dirancang sejak bulan Mei 2014. Perancangan awal dilakukan supaya projek ini bejalan lancar. Pemilihan projek ini dicadangkan oleh ahli kumpulan berdasarkan aktiviti dalam tema Hidup Bermasyarakat . Idea ini tercetus atas cadangan guru penasihat sebagai salah satu usaha untuk mengindahkan kawasan sekolah.

Pelbagai pihak telah terlibat dalam menjayakan projek ini. Keinzinan guru besar dan sokongan guru lain banyak membantu kami dalam merancang projek ini. Sebagai salah satu usaha untuk menambah motivasi pelajar-pelajar kelas ini guru penasihat telah mencadangkan agar aktiviti melukis mural dijalankan dengan menulis kata-kata motivasi ataupun kata-kata yang dapat memupuk semangat patriotisme.

Beberapa mesyuarat dan perjumpaan telah diadakan untuk menyelaraskan projek ini. Setiap keputusan mesyuarat dan perjumpaan telah diminitkan . Perlantikan AJK dan agihan tugas dilakukan secara adil dan saksama bagi setiap ahli kumpulan. Anggaran pendapatan dan perbelanjaan dibuat agar projek ini tidak melebihi pendapatan yang ada. Berikut adalah anggaran belanjawan bagi perjalanan projek ini.

Review this essay:

Name
Rating
Your review: (optional)

Latest reviews:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.