Essay: Komunikasi boleh ditakrifkan sebagai "satu proses perpindahan maklumat, perasaan, idea, ... - Essay Marketplace

Essay: Komunikasi boleh ditakrifkan sebagai “satu proses perpindahan maklumat, perasaan, idea, …

PENGUASAAN BAHASA MELAYU

Perihal menguasai atau me??nguasakan; kemampuan menguasai bahasa Melayu. Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen.Tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain.

KOMUNIKASI
Komunikasi boleh ditakrifkan sebagai “satu proses perpindahan maklumat, perasaan, idea, dan fikiran seseorang individu kepada individu atau sekumpulan individu yang lain”. Ia merupakan proses interaksi yang bererti antara hidupan dan merangkumi kedua-dua:
‘ perbuatan menghantar matklumat; dan
‘ proses untuk bertukar-tukar maksud;
supaya dapat menghasilkan pemahaman. Komunikasi boleh mengambil bentuk, baik secara lisan mahupun tidak, misalnya bahasa gerak-geri,bahasa isyarat, sentuhan, hubungan mata, dan penulisan.

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

kebolehan menguasai kemahiran terutama kemahiran asas seperti menyelesaikan masalah, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran mendengar, bertutur, kemahiran membaca dan menulis dan sebagainya. Apabila pelajar menguasai kemahiran asas ini akan dapat membantu pelajar tersebut menguasai bidang-bidang ilmu yang lain dengan lebih mudah.

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA

Sekolah venakular yang menggunakan bahasa ibunda iaitu bahasa Mandarin dalam urusan pengajaran dan pembelajaran. Namun SJKC tertakluk di dalam seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia.

BAB II
SOROTAN LITERATUR
Pengenalan
Terdapat dua kajian terdahulu yang diambil oleh pengkaji. Dua kajian ini mempunyai perkaitan dengan kajian yang dibuat. Kajian terdahulu itu ialah Ahmad Johari dan Ng gek Lui (2011) mengkaji tentang faktor-faktor stress di kalangan guru yang mengajar mata pelajaran bahasa Melayu SJKC daerah Mersing, Johor. Manakala kajian yang kedua ialah Abdul Rashid bin Jamian ( t.t ) turut mengkaji tentang permasalahan pengajaran bahasa Melayu dalam kalangan murid Cina. Kajian ini adalah untuk mengenal pasti penggunaan pendekatan, kaedah dan teknik yang digunakan oleh guru dalam mengajarkan bahasa Melayu terhadap murid-murid.

Subtajuk A

Ahmad Johari dan Ng Gek Lui ( 2011 ) mengkaji tentang faktor-faktor stress di kalangan guru yang mengajar mata pelajaran bahasa melayu SJKC daerah Mersing, Johor. Kajian ini dilakukan bertujuan untuk menentukan faktor stress guru. Kajian dilakukan terhadap 21 orang guru yang mengajar mata pelajaran bahasa melayu di SJKC daerah Mersing dijadikan responden dalam kajian ini. Penyelidikan ini adalah berbentuk deskriptif dan menggunakan soal selidik. Faktor yang dikaji meliputi sikap murid, sikap ibu bapa, komunikasi antara guru dan murid dan sasaran yang ditetapkan oleh pihak atasan. Analisis data dilaksanakan menggunakan perisisan statistikal package for social science 11.5 (SPSS). Hasil analisis menunjukkan aspek komunikasi antara guru dengan murid merupakan aspek terpenting yang mempengaruhi stress guru-guru bahasa Melayu di SJKC daerah Mersing. Ini diikuti dengan sasaran yang ditetapkan oleh pihak atasan. Manakala sikap murid dan dan sikap ibu bapa kurang mempengaruhi stress guru-guru. Beberapa cadangan dikemukakan untuk menangani stress di kalangan guru bahasa Melayu di SJKC daerah Mersing.

Subtajuk B

Abdul Rashid bin Jamian ( t.t) turut mengkaji tentang permasalahan pengajaran bahasa Melayu dalam kalangan murid Cina. Kajian ini adalah untuk mengenal pasti penggunaan pendekatan, kaedah dan teknik yang digunakan oleh guru dalam mengajarkan bahasa Melayu terhadap murid-murid. Di samping itu juga untuk mengenal pasti sikap dan minat murid Cina dalam pembelajaran bahasa Melayu serta kaitannya dengan faktor keluarga, guru, bahan bantu mengajar dan juga pihak pengurusan sekolah. Kaedah tinjauan dilakukan iaitu dengan menggunakan soal selidik kepada 100 orang guru dan 300 orang murid cina tingkatan dua di sekolah-sekolah terpilih di negeri Sembilan. Dapatan menunjukkan bahawa guru-guru bahasa Melayu menghadapi pelbagai masalah mengajar murid-murid Cina. Antaranya iaitu sikap dan minat guru bahasa Melayu sendiri, masalah pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai digunakan, masalah bahan bantu mengajar yang kerap digunakan. Manakala daripada persepsi murid-murid cina pula, dapatan menunjukkan bahawa murid-murid Cina juga mempunyai masalah dalam pembelajaran bahasa Melayu iaitu sikap dan minat mereka terhadap pembelajaran bahasa Melayu tidak mempunyai perkaitan yang signifikan dengan faktor keluarga. Kesimpulannya, guru-guru bahasa Melayu perlu mengikuti kursus, kaedah dan teknik terkini dalam mengatasi masalah murid-murid Cina yang tidak aktif dalam pelaksanaan program bahasa Melayu, dicadangkan agar pihak sekolah menganjurkan aktiviti-aktiviti bahasa Melayu yang menepati minat murid dan disamping itu dapat mencukil bakat serta kebolehan mereka.

Review this essay:

Name
Rating
Your review: (optional)

Latest reviews:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.