Essay: Perkara 152, perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahasa kebangsaan di Malaysia ialah... - Essay Marketplace

Essay: Perkara 152, perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahasa kebangsaan di Malaysia ialah…

BAB I
PENDAHULUAN
Latar Belakang Kajian

Perkara 152, perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahasa kebangsaan di Malaysia ialah bahasa melayu. Kedudukan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan bagaimanapun tidak menafikan kedudukan dan hak bahasa lain. Kewujudan perkara 152 tidak boleh dipadam kerana perkara 159 (5) menetapkan bahawa perkenan raja-raja diperuntukkan sekiranya ia hendak dipindah.

Menelusuri sejarah pendidikan di Malaysia. Bermula dengan Penyata Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957 lebih pada zaman pengukuhan. Antara yang terkandung ialah Sistem Pendidikan Kebangsaan dan pengakuan matlamat akhir bahasa Malaysia menjadi bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan di Malaysia. Seterusnya Laporan Rahman Talib dan akta pelajaran 1961 merupakan zaman kemaskini sistem pendidikan, antara perkara penting ialah penegasan kepada 3M iaitu membaca, menulis, mengira. Hal yang kedua ialah penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang diingini. Selain itu menyusul pula ciri-ciri laporan kabinet 1979 yang menekankan lagi tentang Laporan Rahman Talib dan Akta Pelajaran1961. Rang undang-undang ini ialah satu pembaharuan dalam sistem pendidikan. Sistem pendidikan kebangsaan dicorakkan dengan harapan untuk menghasilkan pendidikan bertaraf dunia dari segi kualiti untuk mencapai aspirasi Negara.

Sekolah vernakular merujuk kepada sekolah yang menggunakan bahasa ibunda dalam pelaksanaan penyelidikan dan pembangunan (p&p) di sekolah. Sekolah vernacular Cina ditubuhkan pada tahun 1815 oleh kumpulan pendakwah baru persatuan pendakwah London. Terdapat juga sekolah Cina yang dibuka oleh orang perseorangan. Sekolah cina menggunakan bahasa Cina/ Mandarin (Kuv Yu) sebagai bahasa pengantar.

Kementerian Pendididkan Malaysia (KPM) bertanggungjawab menyelia Sistem pendidikan di Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia ialah sebuah kementerian di Malaysia yang bertujuan untuk membangunkan sebuah system pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi Negara Malaysia. Matlamatnya ialah untuk:
‘ melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu
‘ melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan, dan sejahtera
‘ menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara
‘ memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.

Pendidikan di Malaysia merangkumi sektor sekolah tanggungan kerajaan, sekolah swasta, sekolah persendirian.
Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Yap Kain Ching berkata baru-baru ini pendedahan statistik Khidmat Negara mendapati seramai 604 orang peserta kaum India dan Cina mengikuti program tersebut langsung tidak boleh bercakap dalam bahasa Melayu, bahkan ini didedahkan oleh Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Teo Kok Seong melalui kajiannya seramai 14,000 pelatih daripada 79 buah kem pada tahun 2010 juga tidak dapat menguasai bahasa Melayu. Senario di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) kini, penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Cina masih belum boleh dibanggakan. Situasi ini perlu ditangani dengan tuntas agar tidak menjadi barah di Negara kita. Bahasa melayu bukan sekadar diajar untuk melepasi syarat kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT), hakikat sebenar bahasa Melayu merupakan alat perpaduan pelbagai kaum di Negara ini. Gesaan untuk mengatasi masalah ini adalah kerana bahasa Melayu telah dimartabatkan sebagai bahasa Kebangsaan yang bukan sahaja dipelajari atau hanya lulus di dalam peperiksaan semata-mata. Melalui penguasaan bahasa tersebut akan dapat mengeratkatkan perpaduan antara kaum. Untuk tujuan itu, ibu bapa, pentadbir, guru dan murid SJKC harus menghormati bahasa Melayu sebagai medium mengeratkan perpaduan kaum, selain bahasa yang mampu mendukung fungsi sebagai bahasa ilmu. Kegagalan murid SJK menguasai bahasa Melayu akan menyebabkan mereka dicop sebagai golongan yang tidak mementingkan perpaduan atau antikebangsaan yang mendedahkan mereka untuk dengan mudah dipengaruhi unsur antikerajaan.

Review this essay:

Name
Rating
Your review: (optional)

Latest reviews:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.