Essay: Sesetengah ahli akademik percaya pembelajaran jarak jauh... - Essay Marketplace

Essay: Sesetengah ahli akademik percaya pembelajaran jarak jauh…

Sesetengah ahli akademik percaya pembelajaran jarak jauh “tidak akan mampu untuk menyalurkan interaksi peribadi (komunikasi) seperti apa yang pelajar inginkan.” Saya amat tidak bersetuju dengan kenyataan ini kerana Pengajian Jarak Jauh ini bukanlah sesuatu yang asing lagi di dalam dunia yang semakin membangun ini. Tidak terkecuali Negara kita Malaysia sendiri. Di Malaysia, Universiti Sains Malaysia (USM) merupakan pusat pengajian tinggi yang pertama menjalankan sistem PJJ sejak 20 tahun yang lalu. Pencapaian dan kejayaaanya amatlah membanggakan Pada tahun 1990 Universiti Teknologi Mara (UITM) pula telah menawarkan kursus-kursus peringkat Diploma dan juga merupakan satu lagi pusat pengajian tinggi yang mempunyai tanggungjawab untuk mendidik rakyat Malaysia bumiputera menjadi profesional yang berkaliber, berdikari dan berilmu bagi mencapai pembangunan sosio ekonomi negara (Sheren harun, Jan 1995). Begitu jugalah dengan Universiti Teknologi Tun Abdul Razak (UTAR), telah bekerjasama dengan Science Application International Coperation (SAIC) Amerika Syarikat akan mula menawarkan kursus-kursus secara ‘konsep universiti maya’ (Sunday Star 16 Feb 1997). Kesemua institut pengajian tinggi ini menawarkan kursus-kurusus di peringkat ijazah dan diploma mengikut program jarak jauh. Sejauh manakah anda faham dengan kaedah Pembelajaran Jarak Jauh? Menurut Hassan, F.et. al (2006) istilah kepada pendidikan jarak jauh (PJJ) sebenarnya adalah dalam bentuk pelbagai. Walaupun tiada definisi yang amat tepat, namun kesemua difinisi mestilah mempunyai elemen-elemen asas iaitu satu kaedah pembelajaran tanpa berhadapan dengan tenaga pengajar. Para pelajar juga belajar dengan cara menggunakan segala kemudahan pembelajaran di rumah ataupun tempat kerja. Terdapat banyak kaedah perantaran yang digunakan oleh institusi yang menawarkan program pengajian jarak jauh. Ia bukan sahaja meliputi bahan bercetak malah dalam pelbagai spektum perantaraan, dan antaranya adalah: (Mary Oakes Smith, 2008)
a) Media Cetak
– Majalah
– Buku
– Risalah
– Akhbar
– Poster
b) Audio/Video
– Telefon
– Kaset Rakaman
– Faksimili
– Radio
c) Komputer/Internet
– Email
– You Tube
– Google
d) Gadget
– Whatssup
– Telegram
– Weechat
Walau apa pun kemudahan yang digunakan setiap pelajar mestilah menyesuaikan dengan kerjaya, hobi dan keluarga. Para pelajar mestilah pandai menyusun jadual dengan gaya hidup dan mengutamakan yang penting dahulu. Banyak kebaikan di dalam mengikuti Pengajian Jarak Jauh ini, di antaranya:
a) Boleh memilih bidang mana yang di inginkan dan yang ditawarkan. Tidak semestinya memilih bidang yang berhubungkait dengan kerja hakiki.
b) Boleh mengatur masa sendiri mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pihak Universiti.
c) Jadual yang diberikan oleh Pihak Universiti tidaklah terlalu ketat dan selesa untuk menghantar tugasan yang diberikan.
d) Boleh mengakses kepada laman-laman Universiti untuk mencari bahan-bahan pembelajaran.

Review this essay:

Name
Rating
Your review: (optional)

Latest reviews:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.