Essay: Sosial bererti setiap aktiviti atau kegiatan... - Essay Marketplace

Essay: Sosial bererti setiap aktiviti atau kegiatan…

Sosial bererti setiap aktiviti atau kegiatan manusia dalam masyarakat. Istilah ini juga apabila dihubungkaitkan dengan manusia membawa pengertian kepada sebarang kelakuan atau sikap yang dipengaruhi oleh pengalaman dan tingkah laku orang lain yang telah lalu dan semasa, sama ada secara langsung atau secara tidak langsung. Manusia sejak dahulu hingga hari ini mewujudkan kehidupan masyarakat mereka menurut berbagai bagai teori sosial. Islam sebagai al Din yang bersifat rabbani meletakkan alas asas utama kehidupan sosial yang bersih daripada sebarang keterlaluan dan ketidakseimbangan. Dalam peraturan sosial Islam, undang-undang Allah mendahului masyarakat dan menguasainya. Peraturan peraturan sosial yang selainnya yang tidak didahului oleh undang-undang dan peraturan peraturan Allah digubal untuk memenuhi kepentingan kepentingan yang menurut tanggapan akal dan hawa nafsu manusia. Undang- undang kepada sistem-sistem bukan Islam berubah menurut perubahan masyarakat, sedangkan undan- undang rabbani tetap dan tidak membenarkan perjalanan masyarakat menyimpang daripada apa yang ditetapkan oleh Allah.
Terdapat banyak kelebihan penggunaan wahyu dan akal dalam pembangunan tamadun islam dari pandangan sosial. Pertama sekali,dapat mewujudkan kestabilan sosial antara individu dan masyarakat dengan berteraskan ilmu, kemajuan dan minda yang mempunyai gagasan boleh meningkatkan martabat bangsa dan meninggikan tamadun yang telah dibina. Hal ini dapat dilihat semasa pemerintahan awal Islam, terutamanya di zaman Rasulullah S.A.W. Walaupun kuantiti umat islam sedikit berbanding dengan orang bukan islam, namun mereka mampu membina masyarakat yang berkualiti. Gambaran masyarakat sebegini dapat dilihat pada komuniti Muhajirin dan Ansar yang berpusat di Madinah. Pembinaan Tamadun Islam yang ditunjangi oleh sosial secara harmoni antara dua kelompok ini mampu mengembangkan tamadun ke seluruh pelusuk Semenanjung Tanah Arab, malah terus berkembang ke seluruh dunia timur dan barat. Sebaliknya, sistem sosial yang longgar kerana kerapuhan jatidiri sehingga masyarakat dibuai dengan kelekaan kerana kemewahan dan gemar kepada hiburan yang berlebihan dan bebas mengundang keruntuhan sosial dan memberi pengaruh besar kepada keruntuhan sesebuah tamadun.

Selain itu, melalui pembangunan ini juga dapat menegakkan keadilan sosial. Keadilan sosial dapat ditetapkan melalui sistem ekonomi dan politik yang seimbang dan lurus bertepatan dengan undang-undang yang bersifat rabbani. Keadilan sosial yang dijamin oleh sistem ekonomi Islam menetapkan tidak ada sesiapa pun dalam masyarakat yang mempunyai peluang sepenuhnya untuk menghimpun kekayaan dengan mengabaikan dan merampas hak-hak anggota lain di dalam masyarakat. Keadilan sosial ini menekankan kekayaan tidak hanya boleh berlegar di kalangan orang orang kaya sahaja, tetapi sebaliknya ia hendaklah dimanfaatkan oleh semua anggota di dalam masyarakat melalui perniagaan dan jual beli. Sistem sosial Islam menetapkan bahawa orang orang berkemampuan mengeluarkan zakat dan sedekah bagi mencukupkan dan membantu kehidupan orang orang yang kurang bernasib baik. Dengan ini keadilan sosial dalam bidang ekonomi yang direncanakan oleh sistem sosial Islam memastikan bahawa kekayaan mesti digunakan dan dimanfaatkan untuk tujuan yang baik dan pada jalan yang benar. Bidang keadilan sosial yang bersangkut dengan politik pula berkisar di sekitar prinsip samaratanya semua manusia di sisi undang-undang. Dalam sistem politik Islam tidak ada sesiapa yang duduk di atas undang-undang. Pemerintah atau orang orang yang diperintah, sama ada muslim atau bukan muslim semuanya tertakluk kepada undang undang selagi mana ia menyangkut dengan kepentingan sosial.
Akhirnya, pencapaian dalam bidang sains sosial dan kemanusiaan. Antaranya dalam bidang sejarah, tokoh Islam yang telah meneroka bidang sejarah secara ilmiah ialah Ibn Khaldun. Karya agungnya, al-Muqaddimahmerupakan satu ensiklopedia yang penting dalam membincangkan tentang sejarah dan pensejarahan. Buku ini merupakan rujukan penting dalam memahami sejarah tamadun manusia dan panduan untuk ahli sejarah bagi menghasilkan kajian-kajian penting. Malah, menurut Arnold J.Tonybee seorang pakar sejarah, menamakan al-Muqadimmah sebagai sebuah ‘buku sejarah falsafah’ yang merupakan penulisan terbaik yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana cendikiawan. Ibn Kathir (1301 ‘ 1373M) juga merupakan seorang tokoh sejarah Islam yang hebat kerana banyak menulis karya yang menarik dan masih menjadi rujukan utama dalam bidang sejarah. Salah satu karya besar Ibn Kathir yang membincangkan sejarah yang cukup komprehensif ialah al-Bidayah wa an-Nihayah. Malah, beliau juga menulis karya Qasas al-Anbiya’ Ibratun Li-Uli al-AlBab yang boleh dianggap ensklopedia sejarah manusia model iaitu kisah para nabi yang menjadi teladan bagi orang yang berakal.
Kesimpulannya, sosial juga adalah dalah satu aspek penting dalam jatuh bangun sesebuah tamadun. Selain itu, tamadun Islam juga telah memberi banyak sumbangan kepada perkembangan tamadun manusia dalam pelbagai aspek kehidupan. Pembangunan sosial Islam adalah merangkumi aspek kebajikan individu, masyarakat dan negara, membela nasib golongan susah, menjaga hak golongan berada, mengawal aktiviti majikan, menjaga nasib pekerja, tidak terpisah daripada aspek akidah, syariah dan akhlak serta suatu gabungan yang menyeluruh dan bersepadu.

Review this essay:

Name
Rating
Your review: (optional)

Latest reviews:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.