Essay: Pendidikan merupakan aspek utama dalam pembinaan nilai-nilai yang positif kepada…

Essay details:

  • Subject area(s): Malay Essays
  • Reading time: 6 minutes
  • Price: Free download
  • Published on: August 12, 2021
  • File format: Text
  • Number of pages: 2
  • Pendidikan merupakan aspek utama dalam pembinaan nilai-nilai yang positif kepada...
    0.0 rating based on 12,345 ratings
    Overall rating: 0 out of 5 based on 0 reviews.

Text preview of this essay:

This page of the essay has 1603 words. Download the full version above.

Pendidikan merupakan aspek utama dalam pembinaan nilai-nilai yang positif kepada masyarakat ke arah menuju negara yang maju dan moden (Sapie Sabilan, Suhana Lip, Mohammad Fuad Ishak, Shazarina Zdainal Abidin & Suizana Hanini Sulaiman, 2018). Pendidikan tidak akan bermakna dan sempurna tanpa elemen nilai dalam pembinaan sesuatu kurikulum (Zakaria Kasa, Abdul Rahman Md. Arof, Abdul Majid Mohd Isa & Rahil Mahyuddin, 2017).
Menurut Sapie Sabilan et al. (2018), sistem pendidikan di Malaysia memberi tumpuan terhadap dasar pendidikan yang menjurus kepada melahirkan insan yang baik, menyeluruh dan bersepadu dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). FPK menyatakan bahawa:
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. (Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), 2001 : 3)
Berdasarkan FPK, pembangunan insan bermatlamat memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi telah memberi penekanan dalam penyediaan kurikulum yang relevan (Amin Senin & Rodziah Abdullah, 2018). Kenyataan ini juga selaras dengan Mohammad Khairi dan Aswati Suhid (2015), bahawa strategik pertama dalam penterjemahan pendidikan berteraskan nilai dilaksanakan di sekolah adalah melalui pengubalan kurikulum. Sehubungan dengan itu, penterjemahan pendidikan berteraskan nilai telah dimuatkan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) melalui kaedah penerapan nilai merentas kurikulum (Vishalache Balakrishnan, 2017).
Noor Hidayah binti Halal, 840512145396 CBBP DB, Pembangunan Kurikulum
2.0 PENYATAAN MASALAH
Kurikulum secara umum ditafsirkan sebagai kerangka utama dalam penyediaan pengalaman kepada murid untuk mencapai objektif-objektif yang dtetapkan. Oleh sebab itu, pendidikan berteraskan nilai melalui kurikulum menuntut semua guru menyediakan pengalaman-pengalaman yang membolehkan semua murid mempelajari dan mengamalakan nilai-nilai murni yang dikehendaki (Leichsenring, 2010). Menurut Nurhasyimah Ismail dan Norhasniza Ibrahim (2017), kurikulum Sains yang digubal telah merangkumi elemen pendidikan berteraskan nilai melalui sikap saintifik dan nilai murni yang perlu ditonjolkan oleh murid semasa proses pembelajaran. Proses pembelajaran ini hanya dapat dikuasai oleh murid sekiranya guru telah berjaya melaksanakan tiga kaedah ini iaitu guru sebagai teladan amalan nilai-nilai murni, guru secara terancang dan sengaja telah memasukkan nilai-nilai murni dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) di dalam bilik darjah dan amalan nilai murni ini diperkukuhkan melalui aktiviti di luar bilik darjah.
Namun begitu, proses pembelajaran ini tidak terlaksana seperti yang diharapkan memandangkan para guru mempunyai kesukaran untuk menghubungkaitkan isi kandungan pelajaran dengan nilai murni serta kelemahan pedagogi guru turut menyumbang kepada kelemahan pengaplikasian nilai-nilai murni dalam bilik darjah. Kekangan masa para guru, penekanan pencapaian akademik semata-mata dan anggapan guru bahawa tugas menerapkan nilai merupakan tanggungjawab guru Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam sahaja turut menyumbang kepada kelemahan pengaplikasian nilai-nilai murni dalam PdPc di bilik darjah (Amin Senin et al, 2018).
Walau bagaimanapun, terdapat segelintir guru yang berusaha menerapkan nilai murni dalam PdPc mereka berdasarkan KSSM. Namun, jumlah nilai murni yang terkandung dalam KSSM ini dirasakan terlalu banyak untuk disampaikan kepada murid dan pada masa yang sama mereka juga perlu memastikan standard kandungan di dalam DSKP dihabiskan dalam masa yang ditetapkan. Keadaan ini menyebabkan para guru cenderung untuk menggunakan pendekatan tazkirah bagi penyampaian nilai murni dalam sesuatu mata pelajaran (Amin Senin et al, 2018). Oleh itu, pengkaji merasakan satu kajian kes berkaitan penerapan pendidikan berteraskan nilai melalui KSSM Sains perlu dilaksanakan bagi mengenalpasti secara lebih mendalam berkaitan penerapan pendidikan berteraskan nilai di dalam mata pelajaran Sains.
Noor Hidayah binti Halal, 840512145396 CBBP DB, Pembangunan Kurikulum

3.0 LATAR BELAKANG
Pendidikan berteraskan nilai perlu disemai bagi meningkatkan akhlak yang mulia kepada murid-murid memandangkan mereka adalah bakal pemimpin masa hadapan, peyumbang budaya, pengerak kemajuan dan pelopor pembangunan bagi sesebuah masyarakat (Sapie Salbian et al, 2018). Apabila KSSR dan KSSM diperkenalkan bagi menggantikan KBSR dan KBSM, pendidikan berteraskan nilai masih menjadi elemen merentas kurikulum yang diterapkan dalam semua mata pelajaran (Zakaria Kasa et al, 2017). Penerapan pendidikan berteraskan nilai melalui KSSM ini adalah selari dengan anjakan ketiga dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 iaitu melahirkan rakyat yang menghayati nilai (Vishalache Balakrishnan, 2017).
Berdasarkan kajian ini, penyelidik mendefiniksan secara operasional pendidikan berteraskan nilai melalui KSSM Sains adalah merangkumi elemen nilai melalui sikap saintifik dan nilai murni yang terkandung dalam KSSM Sains (KPM, 2016). Penerapan pula didefiniskan sebagai perbuatan mempraktikkan sikap saintifik dan nilai murni melalui KSSM Sains dalam PdPc di bilik darjah (KPM, 2016).
Sikap saintifik dan nilai murni ini perlu ditonjolkan oleh murid dalam proses pembelajaran. Proses pembelajaran ini hanya dapat dikuasai oleh murid sekiranya guru telah berjaya melaksanakan tiga kaedah iaitu guru sebagai teladan amalan nilai-nilai murni, guru secara terancang dan sengaja telah memasukkan nilai-nilai murni dalam PdPc di dalam bilik darjah dan amalan nilai murni murid ini diperkukuhkan melalui aktiviti di luar bilik darjah (Nurhasyimah Ismail dan Norhasniza Ibrahim, 2017). Sehubungan dengan itu, kajian ini dihasilkan adalah untuk mengenalpasti sikap saintifik dan nilai murni yang terkandung dalam KSSM Sains dilaksanakan dalam PdPc Sains di bilik darjah.
4.0 OBJEKTIF
Kajian ini adalah bertujuan untuk:
I. Mengenalpasti pendidikan berteraskan nilai melalui KSSM Sains diamalkan
oleh guru-guru sains sebagai amalan di sekolah;
II. Mengenalpasti pendidikan berteraskan nilai melalui KSSM Sains diterapkan
oleh guru dalam PdPc Sains di bilik darjah;
Noor Hidayah binti Halal, 840512145396 CBBP DB, Pembangunan Kurikulum

Noor Hidayah binti Halal, 840512145396 CBBP DB, Pembangunan Kurikulum
III. Mengenalpasti masalah dan kekangan yang dihadapi oleh guru-guru sains semasa penerapan pendidikan berteraskan nilai melalui KSSM Sains dilaksanakan di bilik darjah; dan
IV. Mengenalpasti pendidikan berteraskan nilai melalui KSSM Sains yang dipelajari oleh murid diamalkan melalui aktiviti dan persekitaran murid di sekolah.
5.0 PERSOALAN KAJIAN
Kajian ini diharap akan dapat menjawab persoalan berikut:
I. Adakah pendidikan berteraskan nilai melalui KSSM Sains diamalkan oleh guru-
guru sains sebagai amalan di sekolah?;
II. Adakah dan sejauhmanakah pendidikan berteraskan nilai melalui KSSM Sains
diterapkan oleh guru dalam PdPc di bilik darjah?;
III. Apakah masalah dan kekangan yang dihadapi oleh guru-guru sains semasa
penerapan pendidikan berteraskan nilai melalui KSSM Sains dilaksanakan di
bilik darjah?; dan
IV. Adakah pendidikan berteraskan nilai melalui KSSM Sains yang dipelajari oleh
murid diamalkan melalui aktiviti dan persekitaran murid di sekolah.
KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian ini adalah penting dalam mengenalpasti penerapan pendidikan berteraskan nilai melalui KSSM Sains berlaku di dalam bilik darjah. Melalui kajian ini, KPM dapat menilai keberkesanan elemen pendidikan berteraskan nilai melalui sikap saintifik dan nilai murni di dalam KSSM Sains ditonjolkan oleh murid semasa proses pembelajaran, aktiviti dan persekitaran murid di sekolah.
Hasil kajian ini juga diharap dapat membantu KPM amnya dan sekolah khususnya bagi mengenalpasti masalah dan kekangan yang dihadapai oleh guru semasa penerapan nilai ini dilaksanakan. Berdasarkan masalah dan kekangan yang telah dikenalpasti ini, KPM perlu merangka modul latihan dalam perkhidmatan yang bersesuaian bagi mengatasi masalah yang dihadapi ini. Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) juga perlu ditambahbaik dengan memasukkan elemen penerapan pendidikan berteraskan nilai dalam Standard 3.1: Pengurusan Kurikulum bagi memastikan guru sentiasa menitikberatkan pendidkan berteraskan nilai dalam PdPc mereka. Selain itu, kurikulum pedagogi kepada bakal guru perlu diperkukuhkan bagi memastikan guru yang dihasilkan lebih memahami

Noor Hidayah binti Halal, 840512145396 CBBP DB, Pembangunan Kurikulum
konsep pengaplikasian terbaik semasa menerapkan pendidikan berteraskan nilai melalui KSSM Sains di bilik darjah.
Sekolah juga perlu memastikan Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) di sekolah berfungsi dengan lebih berkesan bagi mencari penyelesaian kepada masalah yang telah dikenalpasti berdasarkan kajian ini. Penyelidik seterusnya berharap kajian ini dapat memberi manfaat kepada sistem pendidikan di Malaysia yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani seperti yang terkandung dalam FPK.
6.0 METODOLOGI KAJIAN
6.1 Rekabentuk kajian
Kajian ini adalah kajian kualitatif yang menggunakan reka bentuk kajian kes, iaitu satu kes pelbagai lokasi dan berupaya menerangkan kajian dalam konteks yang sebenar (Merriam, 2009). Pendekatan kualitatif ini melibatkan proses induktif yang menyebabkan kajian berkembang semasa penyelidikan dijalankan dari data-data yang dikumpulkan (Rozita Radhiah Said dan Abdul Rasid Jamian, 2012). Kajian kes ini melibatkan penelitian lapangan yang akan menggunakan tiga kaedah pengumpulan data iaitu temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Sampel kajian ini menggunakan teknik persampelan bukan rawak jenis bertujuan iaitu beberapa kriteria telah ditetapkan oleh penyelidik untuk mendapatkan sampel kajian yang sesuai (Merriam, 2009).
6.2 Sampel kajian
Kajian ini akan dilaksanakan di tiga buah sekolah di negeri Selangor. Sekolah yang akan dipilih adalah daripada tiga jenis sekolah yang berbeza kategori dan kawasan iaitu sebuah sekolah menengah harian (SMK) di bandar, sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) di luar bandar dan sebuah sekolah menengah agama (SMKA) di pinggir bandar. Pemilihan sekolah yang mempunyai latar belakang yang berbeza ini dipilih bagi membolehkan pengkaji memperolehi data dalam situasi yang berlainan. Teknik persampelan bukan rawak jenis puposif dipilih kerana kriteria pemilihan guru bagi kajian ini telah ditentukan oleh pengkaji. Sampel yang akan dipilih adalah terdiri daripada dua orang guru opsyen Sains bagi setiap sekolah dan guru yang dipilih adalah seorang guru yang berpengalaman (tempoh mengajar 10 tahun ke atas) dan seorang guru baharu (tempoh mengajar 1 hingga 3 tahun). Sampel yang melibatkan murid pula adalah daripada seorang murid yang diajar oleh guru yang menjadi

Noor Hidayah binti Halal, 840512145396 CBBP DB, Pembangunan Kurikulum
sampel kajian berkenaan bagi setiap jenis sekolah. Menurut Marohaini (2001), bilangan sampel yang kecil adalah memadai bagi membolehkan pengkaji meneroka lebih mendalam dan menjawab persoalan kajian dengan lebih holistik.
6.3 Kaedah pengumpulan data
Kaedah pengumpulan data dalam kajian ini melibatkan tiga kaedah iaitu pengumpulan maklumat menerusi pemerhatian dan video rakaman, temu bual separa berstruktur secara rakaman suara dan analsisi dokumen-dokumen berkaitan. Bagi menentukan kesahan dan kebolehpercayaan dalam setiap data beberapa pendekatan telah digunakan iaitu mengutamakan isu etika dengan mendapatkan kebenaran menjalankan kajian daripada pihak-pihak yang berkenaan, merahsiakan identiti peserta kajian dan lokasi kajian, membangunkan fail data yang lengkap dan menyeluruh serta menyenaraikan secara terperinci kaedah kajian, tatacara menganalisis data serta proses penulisan laporan (Merriam, 2009).

About Essay Marketplace

Essay Marketplace is a library of essays for your personal use as examples to help you write better work.

...(download the rest of the essay above)

About this essay:

This essay was submitted to us by a student in order to help you with your studies.

If you use part of this page in your own work, you need to provide a citation, as follows:

Essay Marketplace, Pendidikan merupakan aspek utama dalam pembinaan nilai-nilai yang positif kepada…. Available from:<https://www.essaymarketplace.com/malay-essays/pendidikan-merupakan-aspek-utama-dalam-pembinaan-nilai-nilai-yang-positif-kepada/> [Accessed 14-10-21].

Review this essay:

Please note that the above text is only a preview of this essay.

Name
Email
Review Title
Rating
Review Content

Latest reviews:

Leave a Comment

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.