Prinsip pengurusan yang kami pegang adalah bukan sekadar untuk keuntungan….

ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN 5
1.1 TUJUAN RANCANGAN PERNIAGAAN 5
2.0 MISI DAN VISI 7
2.1 LATAR BELAKANG SYARIKAT 8
2.1.1 Nama Syarikat 8
2.1.2 Sifat Perniagaan 8
2.1.3 Senarai Produk 9
3.0 RANCANGAN FORMAT 11
3.1 DESKRIPTIF 11
3.1.1 SEJARAH KAMI 11
3.1.2 SIAPA KAMI? 12
3.1.4 PEMBUKAAN THE BODY SHOP DI MALAYSIA 12
4.0 BELANJAWAN 13
4.1.1 KEUNTUNGAN DENGAN PRINSIP 13
5.0 GRAFIK 14
5.1.1 CARTA GANTT : TEMPOH KURSUS LATIHAN DAN PEMBANGUNAN 15
6.0 RANCANGAN HIERARKI 16
6.1 STRATEGIK 16
6.1.1 KOMITMEN KAMI MENJELANG TAHUN 2020 16
6.1.1 Memperkayakan individu lain. 16
6.1.2 Memperkayakan produk kami. 16
6.1.3 Memperkayakan planet ini. 17
6.1.5 KEJAYAAN PROGRAM BANTUAN BEKALAN AIR BERSIH; WaterAid 17
7.0 TAKTIKAL 18
7.1.1 BIDANG KERJA PENGURUS PEMBANGUNAN LATIHAN 18
7.1.2 SENARAI NGO YANG TERLIBAT 19
8.0 OPERASI 20
8.1.1 PELANCARAN PRODUK BARU 20
8.1.2 PAKET PERCUBAAN PERCUMA, 21
9.0 PERANCANGAN MENGIKUT KEKERAPAN PENGGUNAAN 22
9.1 SEKALI GUNA : 22
9.1.1 PEMBINAAN `BIO-BRIDGE` DI VIETNAM 22
10.0 PERANCANGAN TETAP 23
10.1.1 PROGRAM KEAHLIAN 23
10.1.2 POLISI AHLI Love Your Body™ 23
10.1.4 ADUAN PELANGGAN BAGI PEMBAYARAN BALIK DAN PENUKARAN PRODUK 25
10.1.5 PROSEDUR PENUKARAN PRODUK 25
10.1.6 TINDAKAN SUSULAN 26
10.1.7 PERATURAN PIAGAM PELANGGAN 26
11.0 RUMUSAN DAN JUSTIFIKASI 29

1.0 TUJUAN RANCANGAN PERNIAGAAN
Prinsip pengurusan yang kami pegang adalah bukan sekadar untuk keuntungan syarikat dan kepuasan pelanggan semata-mata. Ia adalah asas kemanusian untuk membawa revolusi kebaikan melalui perniagaan.
Tujuan rancangan perniagaan ini dibuat adalah untuk menetapkan asas-asas murni seperti yang bakal dibentangkan terhadap para ahli syarikat dan juga rakan niaga agar mempraktikkan kualiti perniagaan dengan mengutamakan kepentingan pihak lain berlandaskan matlamat dan mengekalkan prestasi serta menjalankan kewajiban dalam memperbaharui konteks perniagaan secara konsisten.
2.0 MISI DAN VISI
(Rampai-Niaga Sdn Bhd, The Body Shop Malaysia, 2017)Misi syarikat adalah untuk menguasai etika jenama C&T di Malaysia dan Vietnam, mengutamakan penyaluran bahan holistik semulajadi kepada pelanggan, di samping membangunkan perusahaan sosial kepada semua pihak yang terlibat.
(Rampai-Niaga Sdn Bhd, The Body Shop Malaysia, 2017) Visi kami ialah untuk membangunkan perniagaan dan memperluaskan kepimpinan kami melalui sektor semulajadi melalui lima perkara iatu yang pertama; menjadi jenama yang memenuhi keperluan berdasarkan reputasi kemampuan semua pengguna.Kedua, meningkatkan jumlah kunjungan pelanggan di setiap cawangan secara konsisten.Ketiga, menambah baik perkhidmatan dengan peka melalui penilaian pelanggan.Keempat, memastikan kadar jualan sentiasa dalam peningkatan.Kelima, mengutamakan kempen kebajikan seperti beramal sambil membeli. (Rampai-Niaga Sdn Bhd, The Body Shop Malaysia, 2017)

2.1.1 LATAR BELAKANG SYARIKAT
SEJARAH THE BODY SHOP INTERNATIONAL PLC
Pada tahun 1976, impian seorang usahawan wanita bernama Anita Roddick yang bermula dengan hanya menjual sebanyak 25 jenis haruman buatan tangan di dalam sebuah kedai yang terletak di Brighton, England telah menjadi nyata. Semangat yang datang dengan bantuan serta sokongan dari para pelanggan adalah sumber kekuatan. Setelah 40 tahun menempuh cabaran, (© 2017 The Body Shop International plc U.K, 2017) hari ini telah berada dalam empayar perniagaan yang menakluki sebanyak 3,000 cawangan, terletak di antara 66 buah negara dengan merentasi hampir 22,000 orang pekerja yang membawa 25 jenis bahasa berbeza pada 12 zon masa di seluruh dunia. (© 2017 The Body Shop International plc U.K, 2017)
Kami telah memberi suara kepada yang tidak berkata-kata. Membantu individu untuk bangun mengangkat tangan menentang penganiayaan. Kami tampil dengan kelainan untuk membawa perubahan kepada masa depan dunia melalui perniagaan yang berlandaskan positiviti kemanusiaan dan pemeliharaan alam sekitar melalui kempen-kempen kami seperti program Dagangan Komuniti, Memperjuangkan Hak Kemanusiaan, Mencegah Kezaliman Terhadap Haiwan dan Menyokong Peningkatan Harga Diri.
Pada tahun 1997, (© The Body Shop International plc, 2017) adalah jenama kosmetik antarabangsa pertama di dunia yang dianugerahkan sebagai `Humane Cosmetic Standard\’ dan disokong oleh Persatuan Perlindungan Haiwan pada masa tersebut. (© The Body Shop International plc, 2017) Kami sentiasa menginginkan untuk terus mara dalam perjuangan dengan meletakkan `Against Animal Testing` sebagai mercu lambang kepada jenama kami.
Sejak 27 tahun yang lalu, (© 2017 The Body Shop International plc U.K, 2017)kami telah mendermakan sebanyak £24 milion untuk membantu 2,600 badan bukan kerajaan dalam membangunkan isu-isu keadilan dan melancarkan kempen-kempen kebajikan. (© 2017 The Body Shop International plc U.K, 2017)
2.1.2 NAMA SYARIKAT & SIFAT PERNIAGAAN
Rampai-Niaga Sendirian Berhad menjalankan perniagaan dalam bentuk perdagangan serta pengedaran secara borong dan runcit, bagi produk utamanya di bawah francais The Body Shop International plc dari United Kingdom. (Rampai-Niaga Sdn Bhd, The Body Shop Malaysia, 2017)
Dengan jumlah 1,500 orang pekerja di 250 buah cawangan kedai yang berada di bawah pengurusan syarikat ini bagi sekitar kawasan Semenanjung Malaysia, Sabah dan Vietnam ini telah berjaya menempatkan nama sebagai di antara yang memiliki sebuah ahli struktur yang besar, kompleks dan korporat.
2.1.3 SENARAI PRODUK
(© The Body Shop International plc, 2017) Sejak dari mula hingga kini, ia telah memperkenalkan hampir 700 jenis produk yang berasaskan penggunaan bahan 100% semulajadi yang terbukti berkesan dan diilhamkan melalui sumber rahsia pengetahuan amalan kecantikan sejak turun-temurun dari pelbagai jenis budaya di serata dunia. (© The Body Shop International plc, 2017)
Produk (© The Body Shop International plc, 2017) telah disahkan sebagai `Cruilty-Free` oleh ahli `Ethical Treatment of Animals (PETA)`, dan kami menjamin bahawa tiada satu pun produk kami diuji ke atas haiwan. Ini diaudit secara berkala bagi memastikan pematuhan mutlak mengikut polisi British Union of the Abolition of Vivi section (BUAV) Humane Cosmetics Standard. (© The Body Shop International plc, 2017)

PENJAGAAN WAJAH PENJAGAAN BADAN WANGIAN
Drops Of Light™ Shea Atlas Mountain Rose
Vitamin E Fuji Green Tea™ Black Musk
Vitamin C Honeymania™ British Rose
Seaweed Mango Elixirs Of Nature
Aloevera Moringa Fijian Water Lotus
Camomile Olive Italian Summer Fig
MoistureWhite™Shiso Pinita Colada Japanese Cherry Blossom
Lip Care Wild Argan Oil English Dawn White Gardenia
Pomegranate Pink Grapefruit Red Musk™
Expert Facial Mask Absinthe Life Is
Soft Facial Sponge Satsuma White Musk®
Facial Mask Brush Peppermint Kistna EDT
PrecisionEyeMassager Spa of the World™ Polynesian Island TIARÉ
Twin-ballFacial Massager Vanilla Chai Arber EDT
JADUAL 1: SENARAI PRODUK BERDASARKAN KATEGORI (© The Body Shop International plc, 2017)Dimuat turun daripada https://www.thebodyshop.com.my/shop-by-range
3.0 DESKRIPTIF
3.1.1 PEMBUKAAN THE BODY SHOP DI MALAYSIA
(Rampai-Niaga Sdn Bhd, The Body Shop Malaysia, 2017) Diketuai oleh Pengarah Pengurusan, Datin Mina Cheah Foong dan Pengarah Eksekutif yang merupakan suami beliau iatu Dato’ Simon Foong. Bermula daripada kedai pertama yang dibuka di Plaza Yoow Chuan pada tahun 1984, syarikat ini telah pesat berkembang dengan menjana rangkaian sebanyak 74 buah kedai, di mana keseluruhannya berada dalam prasarana strategik yang berlokasi hampir di semua cawangan pusat membeli-belah terkemuka di Semenanjung Malaysia. Pada tahun 2015, Rampai Niaga Sdn Bhd berjaya mengembangkan sayapnya untuk menakluki cawangan The Body Shop di negeri Sabah, sekaligus menambah bilangan sebanyak 17 buah kedai lagi yang berada di bawah kelolaanya. (Rampai-Niaga Sdn Bhd, The Body Shop Malaysia, 2017)
4.0 BELANJAWAN
4.1.1 KEUNTUNGAN DENGAN PRINSIP
Isu seperti pemanasan global akibat dari aktiviti penebangan hutan yang semakin berleluasa telah mendorong (Rampai-Niaga Sdn Bhd, The Body Shop Malaysia, 2017) untuk menunjukkan kepimpinannya dalam industri runcit dengan menjadi rantaian peruncit pertama di Malaysia yang menggalakkan pembeli untuk membawa beg mereka sendiri melalui `Kick The Bag Habit Campaign` bermula pada tahun 2008. (Rampai-Niaga Sdn Bhd, The Body Shop Malaysia, 2017)
Dengan kempen ini, setiap pelanggan di mana-mana cawanga yang memerlukan beg kertas akan dicaj RM0.50 sen. Syarikat kami juga akan menderma jumlah yang sama kepada dana bagi setiap beg yang ditolak pelanggan dalam setiap transaksi pembelian.
(Rampai-Niaga Sdn Bhd, The Body Shop Malaysia, 2017) Pada Jun 2009, hasil dari kempen ini dan jumlah profit jualan bagi kategori produk terpilih, syarikat telah menyumbangkan sebanyak RM349,882.42 kepada persatuan badan bukan kerajaan NGO bernama Sisters in Islam, PS the Children dan Womens Aid Organisation. (Rampai-Niaga Sdn Bhd, The Body Shop Malaysia, 2017)
(Rampai-Niaga Sdn Bhd, The Body Shop Malaysia, 2017) Pada 22 January 2013, ia meneruskan sumbangan sebanyak RM202,915 kepada senarai NGO seperti WAO, Sisters in Islam, TRAFFIC dan SPCA. Dalam masa yang sama, Rampai Niaga Sdn Bhd juga turut mendermakan sebanyak 28% profit keuntungan syarikat kepada persatuan NGO berkenaan. (Rampai-Niaga Sdn Bhd, The Body Shop Malaysia, 2017)
(Rampai-Niaga Sdn Bhd, The Body Shop Malaysia, 2017)Pada 16 November 2015, `The Malaysian Conservation Alliance for Tigers (MYCAT)` telah menerima sumbangan sebanyak RM191,254.82 dari The Body Shop Malaysia untuk program pemuliharaan harimau di negara ini. (Rampai-Niaga Sdn Bhd, The Body Shop Malaysia, 2017)
5.0 GRAFIK
5.1.1 PROGRAM LATIHAN DAN PEMBANGUNAN
Bagi menjamin mutu kerja yang tinggi, kami bersedia melatih pekerja dengan pengetahuan yang diperlukan dan motivasi yang berterusan agar pekerja kami bukan sahaja menjadi individu yang terlatih malah mempunyai jati diri dalam melaksanakan setiap tugasan yang diberi dengan lebih efiksyen lagi. .
Carta Gantt yang diberikan adalah merujuk kepada program latihan dan pembangunan dalam kiraan harian yang disediakan oleh syarikat kepada pekerja baru dan sedia ada bagi tahun 2015 hingga 2016.

5.1.1 CARTA GANTT : TEMPOH KURSUS LATIHAN DAN PEMBANGUNAN

6.0 STRATEGIK
6.1.1 KOMITMEN KAMI MENJELANG TAHUN 2020
Memperkayakan individu lain.
Pertama, (© The Body Shop International plc, 2017) akan menggandakan program `Dagangan Komuniti` dari bilangan 19 kepada 40 jenis bahan dan membantu menaik taraf mutu kehidupan masyarakat yang mengeluarkan bahan tersebut.Kedua, mengagih bantuan kepada seramai 40,000 orang yang mengalami kesusahan ekonomi, melalui pengaksesan kerja di seluruh dunia.Ketiga, kempen ini bakal melibatkan seramai 8 juta orang sekaligus menjadikan ia sebagai misi terbesar yang pernah kami jalankan.Keempat, melaburkan masa sebanyak 250,000 jam untuk menyumbangkan kemahiran dan pengetahuan dalam memperkayakan kepelbagaian biologi bagi komuniti tempatan. (© The Body Shop International plc, 2017)
Memperkayakan produk kami.
Pertama, (© The Body Shop International plc, 2017) akan memastikan 100% bahan-bahan semula jadi yang diambil adalah dari sumber yang boleh dikesan dan mampan bagi melindungi 10,000 hektar hutan dan habitat lain. Kedua, dari tahun ke tahun kami bakal mengurangkan penggunaan bahan yang boleh mejejaskan kesan alam sekitar ke atas semua kategori produk kami. Ketiga, mewartakan produk kami berasaskan penggunaan bahan-bahan asli, bahan dari kimia hijau melalui biodegradasi dan mengoptima penggunaan air dalam proses pembuatan produk. Keempat, membangunkan perancangan inovasi dan menjadi perintis biodeversiti dengan memastikan pemprosesan bahan kosmetik kami adalah tidak mengandungi sebarang unsur bahan dari mana-mana hidupan. (© The Body Shop International plc, 2017)

Memperkayakan planet ini.
Pertama, (© The Body Shop International plc, 2017) akan membina `Bio-Bridge`, melindungi dan menjana semula 75 juta meter persegi habitat bagi memastikan eko-sistem hidupan hutan dalam keadaan terkawal. Kedua, membangunkan dan menyampaikan tiga inovasi cara pembungkusan produk Ketiga, memastikan 70% daripada jumlah pembungkusan produk kami tidak mengandungi bahan api fosil. Keempat, mengurangkan sebanyak 10% penggunaan tenaga di semua kedai kami. (© The Body Shop International plc, 2017)
7.0 TAKTIKAL
7.1.1 BIDANG KERJA PENGURUS PEMBANGUNAN LATIHAN
Bagi memastikan pasukan pekerja kami sentiasa berusaha untuk melakukan sesuatu yang berbeza, efektif dan beretika dalam melaksanakan pelan strategi yang ditetapkan, maka satu bidang kerja khusus telah diwujudkan.
Tanggungjawab utama yang diperuntukkan adalah yang pertama menilai dan membangunkan tenaga pengajar bagi memastikan kualiti pelaksanaan latihan dan pembangunan peribadi mereka sejajar dengan kehendak syarikat. Kedua, untuk menyokong dan melaksanakan sukatan berpandukan latihan perniagaan kepada setiap kakitangan yang berkenaan bagi memacu perkhidmatan pelanggan yang cemerlang mengikut tahap kualiti etika penjualan sekaligus mampu untuk mengoptimumkan keuntungan. Ketiga, bertanggungjawab untuk mengekalkan pengetahuan terperinci mengenai produk, cara penjualan dan latihan teknik.

7.1.2 SENARAI NGO YANG TERLIBAT
Senarai `NGO` yang turut sama membantu melindungi hidupan terancam dan memulihkan hutan hujan seiring dengan pelan strategi syarikat kami adalah seperti berikut;
1) Indonesia – OrangUtan Land Trust (© The Body Shop International plc, 2017)
Menyokong penubuhan Unit Pengurusan Hutan di Sumatera untuk membantu melindungi hidupan di sepanjang kawasan selatan hutan yang terancam dan hampir pupus seperti Orang Utan dan Harimau Sumatera, di Batang Toru.
2) Malaysia – Wildlife Conservation Society (© The Body Shop International plc, 2017)
Mengelakkan kehancuran habitat yang merupakan ancaman terbesar kepada Harimau Malaya dan Gajah Asia. Mengambil tanggungjawab membantu untuk membolehkan hidupan liar terancam ini agar dapat berkeliaran dalam landskap yang lebih besar serta dilindungi di bawah kawasan Endau Rompin.
3) Vietnam – The World Land Trust (WLT) (© The Body Shop International plc, 2017)
Badan pemuliharaan antarabangsa bagi melindungi habitat yang juga terancam dan memiliki kepentingan dari segi biologi. Sejak ditubuhkan pada tahun 1989, WLT telah membiayai organisasi rakan kongsi di seluruh dunia untuk mewujudkan rizab, dan memberi perlindungan kekal kepada habitat dan hidupan liar.
(© The Body Shop International plc, 2017)Senari NGO yang disebit adalh berdasarkan fakta yang dimuat turun daripada https://www.thebodyshop.com/en-gb/bio-bridge
8.0 OPERASI
8.1.1 PELANCARAN PRODUK BARU
Organik Almond Milk & Community Trade Honey` (© The Body Shop International plc, 2017) diciptakan khusus untuk kulit sensitif dan kering, dengan menggunakan campuran bahan yang terbukti terpelihara, termasuk susu organik campuran badam dari (© The Body Shop International plc, 2017) Sepanyol, diadun sebati bersama madu dari `Dagangan Komuniti` yang terletak di kawasan hutan hujan Sheka, Ethiopia. Kami bekerjasama dengan ahli Beza Mar iatu kumpulan yang dipertanggungjawabkan untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat yang menjalankan perniagaan pembiakan lebah di Ethiopia, dan tidak lupa juga kepada kumpulan Manan, yang menukar ketulan badam kepada bentuk halus melalui hasil tangan. (© The Body Shop International plc, 2017)
9.0 SEKALI GUNA :
9.1.1 PEMBINAAN `BIO-BRIDGE` DI VIETNAM
`Bio-Bridge dibina untuk mengembalikan koridor hidupan liar (di dalam bentuk landskap) yang telah rosak akibat dari aktiviti penerokaan manusia. Pembinaan ini dijangka dapat membantu spesies terancam seperti `Red Shanked Douc` iatu antara monyet tertua di dunia yang sedang mengalami proses kepupusan untuk bebas berhubung bagi melakukan pembiakan dan menambah bilangan.
(© The Body Shop International plc, 2017) Projek `Bio-Bridges` dengan `World Land Trust` di North Central, Vietnam sedang dijalankan sejak July, 2016 yang lalu. The Body Shop telah melabur sejumlah RM575,055 bagi menubuhkan skim permulaan khusus buat projek ini. Menjelang tahun 2020 bersama dengan sokongan anda, kami menyasarkan untuk memulihkan 14.5 juta meter persegi hutan hujan bagi kawasan di Khe Nuoc Trong, Vietnam ini. (© The Body Shop International plc, 2017)
Setiap pelanggan yang membuat pembelian melalui satu transaksi beerti anda telah menderma sebanyak 1 meter persegi tanah kepada projek `Bio-Bridge` ini.
Kami mahu anda merasai kebaikan dari luar dan dalam, dengan mengetahui anda adalah sebahagian yang melakukan peningkatkan terhadap kehidupan penduduk tempatan untuk hidup secara lestari dan juga membantu haiwan terancam seperti Reggie, `The Red shanked Douc`.
10.0 PERANCANGAN TETAP
Program ini diwujudkan sebagai tanda penghargaan kami kepada semua pelanggan setia yang telah meletakkan produk kami sebagai antara asas keperluan penting bagi kehidupan seharian mereka
Setelah 33 tahun usia The Body Shop bertapak di Malaysia, kami telah mencatat pemegang kad keahlian \’Love Your Body\’ sebanyak 100,000 ahli dengan 400,000 daripadanya adalah ahli aktif.
10.1.1 POLISI AHLI Love Your Body™
(Rampai-Niaga Sdn Bhd, The Body Shop Malaysia, 2017)
1) Setiap pelanggan yang membuat pembelian melebihi RM100 akan diberikan pendaftaran menjadi ahli secara percuma untuk menikmati pelbagai promosi yang diadakan dari masa ke semasa.
2) Program ini adalah berdasarkan kiraan mata melalui jumlah pembelian, maka semakin tinggi nilai pembelian anda semakin banyaklah mata terkumpul untuk mendapat kupon.
3) Kupon yang diberikan mempunyai tarikh luput iatu satu bulan dari tarikh pembelian dan pelanggan dikehendaki mempamerkan kupon tersebut ketika penebusan untuk proses pengesahan. Sebarang kehilangan kupon adalah di luar kawalan pihak kami dan syarikat tidak bertanggunjawab sekiranya kupon tidak digunakan sehinggalah tarikh luput tiba.
4) Pelanggan dikehendaki menggunakan kad pengenalan sebagai bukti keahlian. Kegagalan pelanggan mempamerkan kad pengenalan akan menyebabkan pihak kami tidak dapat mengakses keahlian tersebut.
5) Bagi individu yang bukan warnegara tetapi menetap di Malaysia atas tujuan tertentu dalam satu tempoh melebihi 5 tahun, maka penggunaaan nombor passport dibenarkan untuk urusan keahlian.
6) Tarikh luput keahlian adalah selama setahun. Bagi tidak mengecawakan pelanggan, pembaharuan ahli secara percuma bakal diberikan ke atas rekod pembelian sebanyak RM300 dan ke atas melalui satu transaksi atau lebih dalam tempoh setahun.
ADUAN PELANGGAN BAGI PEMBAYARAN BALIK DAN PENUKARAN PRODUK
Masa yang setiap pelanggan luangkan untuk memberi aduan tidak kira secara peribadi, talian atau surat menyurat adalah sebuah penghargaan yang besar kepada syarikat. Oleh itu, pihak syarikat telah menetapkan untuk tidak berdalih serta tidak membangkang sebarang isu yang diutarakan pelanggan, dan ini merupakan satu polisi utama yang harus dipatuhi.
10.1.2 PROSEDUR PENUKARAN PRODUK
Resit sebagai bukti pembelian harus dikemukakan untuk situasi berikut:
1) Produk masih dalam keadaan baik dan belum digunakan.
2) Pembelian berlaku di kawasan Semenanjung Malaysia dan Sabah tidak lebih dari 14 hari.
Resit sebagai bukti pembelian tidak harus dikemukakan untuk situasi berikut:
1) Pelanggan telah mengalami reaksi negatif seperti kulit menjadi kemerahan dan sensitif apabila menggunakan produk kami.
2) Perunding kecantikan kami telah mengesyorkan produk yang tidak berkesusaian dan tidak mengikut keperluan kulit wajah pelanggan
3) Sebarang isu berkaitan kualiti produk seperti pembungkusan dan keadaan produk tidak dalam keadaan segar dan baik.
10.1.3 PERATURAN PIAGAM PELANGGAN
1) The Body Shop Malaysia mempunyai peraturan yang telah ditetapkan dalam menerima dan bertindak balas kepada sebarang pertanyaan tentang polisi dan prosedur yang berkaitan berdasarkan Pengendalian Maklumat Peribadi yang ditetapkan syarikat. Setiap data peribadi yang anda berikan adalah selamat dan terlindung di bawah penjagaan keselamatan kami.
2) Setiap aduan adalah di bawah proses penyiasatan syarikat. Permintaan akan dikemukakan kepada kakitangan yang sesuai. Jika aduan itu didapati sebagai berasas, syarikat akan mengambil langkah yang sewajarnya untuk menyelesaikan perkara itu, termasuk, jika perlu, menggubal dasar peraturan ini.
3) Syarikat akan sentiasa berkomunikasi dengan anda melalui pelbagai saluran, anda boleh menghentikan langganan pada bila-bila masa dengan menulis kepada kami melalui aduan pelanggan.
Peraturan yang dinyatakan di atas merupakan kenyataan peraturan pendek yang digunakan berkaitan dengan tujuan tertentu.Dalam keadaan lain, senarai peraturan ini juga boleh ditambah dengan dasar dan syarat tambahan.
Dasar peraturan ini berkuatkuasa sejak 13 April 2012. (© The Body Shop International plc, 2017)

11.0 RUMUSAN DAN JUSTIFIKASI
Rampai Niaga Sdn Bhd meraikan kepelbagaian yang cuba disampaikan oleh The body Shop dan kami bersatu bersama-sama bagi menolak stereotaip kecantikan.Kami berkempen untuk apa yang betul dan ini adalh mercu utama yang membezakan kami dengan yang lain.
Bagi memastikan bahan yang digunakan mencapai indeks kepuasan menurut jangkauan permintaan pasaran, bahan penghasilan produk yang ada hanya diambil dari punca yang berkualiti hasil belian terus daripada individu yang menjalani kemerosotan ekonomi dan tinggal di pelbagai jenis negara. Hal ini dalam masa yang sama dapat membantu kerakyatan yang menetap di pelusuk terpinggir untuk membina taraf hidup yang lebih baik hasil dari keuntungan hubungan pemerdagangan yang kami jalankan dengan mereka.
(© The Body Shop International plc, 2017) Kami memonopoli perdagangan yang adil dalam perniagaan kecantikan dan hari ini kami telah mempunyai 90% pembekal `Dagangan Komuniti` di 68 buah negara di seluruh dunia. (© The Body Shop International plc, 2017)
Pelanggan kami adalah keutamaan perniagaan kami. Di dalam konteks prasarana yang menyaksikan berbagai syarikat jenama produk kecantikan yang `tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan, meletakkan perancangan tetap kami dalam memberi layanaan yang penuh kehormatan kepada setiap pelanggan, adalah cabaran yang terbesar .Sekiranya kami menerima sebarang aduan dari pelanggan, ini menunjukkan kami telah gagal memberikan pengalaman membeli-belah yang baik dan hal ini harus diambil serius untuk ditangani dengan kadar segera.

Adapun begitu, aduan dari pelanggan adalah salah satu cara untuk mereka mengeksperikan perasaan dan memberi peluang kepada kami untuk memperbaiki kekurangan dalam memenuhi citarasa pelanggan di masa akan datang. Maka perkara ini tidak boleh sama sekali diambil mudah kerana sekiranya kami tidak melayani aduan pelanggan, pasti kami akan kehilangan sebuah peluang yang besar untuk maju ke hadapan.
Oleh yang demikian, bagi memastikan perkembangan perniagaan kami sentiasa dalam pertumbuhan dan pelanggan kami mendapat kepuasan seperti yang dijanjikan, maka kami meletakkan rahsia kecemerlangan syarikat ini adalah bermula dari pekerja kami yang membentuk satu pasukan yang memiliki semangat dalam mencapai target syarikat berlandaskan nilai-nilai murni yang ditetapkan. Oleh itu, setiap pekerja di bawah syarikat ini adalah sebahagian dari harta organisasi yang amat dihargai.
3,411 patah perkataan.

Leave a Comment

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.