Essay: Profesion perguruan pada masa kini merupakan profesion yang sering menjadi tumpuan masyarakat…

Essay details:

  • Subject area(s): Malay Essays
  • Reading time: 8 minutes
  • Price: Free download
  • Published on: November 24, 2020
  • File format: Text
  • Number of pages: 2
  • Profesion perguruan pada masa kini merupakan profesion yang sering menjadi tumpuan masyarakat...
    0.0 rating based on 12,345 ratings
    Overall rating: 0 out of 5 based on 0 reviews.

Text preview of this essay:

This page of the essay has 2207 words. Download the full version above.

1.0 Pengenalan

Profesion perguruan pada masa kini merupakan profesion yang sering menjadi tumpuan masyarakat. Kerjaya sebagai guru dikatakan mencabar dan kebanyakkan anak muda sukakan cabaran. Cabaran yang dihadapi bukan sahaja dari segi mental bahkan melibatkan mental. Guru pada masa kini perlu lebih aktif dalam segala aspek kerana dunia pendidikan kini telah mengalami banyak perubahan. Perubahan ini bukan sahaja melibatkan pemikiran kanak-kanak malah ia juga melibatkan perubahan dari segi sistem pendidikan. Perubahan-perubahan ini menjadikan tanggungjawab sebagai guru semakin bertambah.
Tanggungjawab yang digalas oleh guru pada hari ini bukan sahaja mengajar murid membaca, mengira dan menulis tetapi skop tugas sebagai guru juga semakin bertambah. Sebagai seorang guru yang bertanggungjawab, mereka harus peka dengan perkembangan pendidikan masa kini supaya tidak ketinggalan. Tanggungjawab yang bertambah ini menyebabkan bebanan guru bertambah dan tidak hairanlah ramai dalam kalangan guru sekarang mengalami tekaan atau stress yang boleh membawa kepada gejala burnout (Siti, 1991).
Bebanan yang diterima dan dialami oleh guru ini akan memberi kesan kepada kanak-kanak. Kanak-kanak merupakan individu yang akan mendapat kesan terhadap tekanan yang dialami oleh guru. Kanak-kanak akan diberikan beban tugas yang banyak. Hal ini kerana sistem pendidikan pada masa kini mengalami tranformasi yang semakin pesat berkembang. Seorang kanak-kanak walaupun hanya menerima pembelajarand ari guru, tetapi tekanan juga akan mereka alami. Tekanan-tekanan ini menjadikan beban kepada mereka.
Tekanan yang dialami oleh kanak-kanak bermula dengan pertambahan latihan yang diberikan oleh guru. Guru juga terpaksa merujuk pendidikan alaf baru dengan memberikan kanak-kanak soalan lembaran kerja yang mempunyai tahap yang tinggi. Tekanan yang dialami ini akan mengganggu emosi kanak-kanak dan memberi kesan kepada tingkah laku kanak-kanak.

1.1 Konsep dan Prinsip Asas Gangguan Emosi Kanak-kanak dan Burnout Guru
Gangguan emosi merupakan satu permasalahan yang sering berlaku bukan sahaja kepada kanak-kanak malah juga kepada guru masa kini. Gangguan emosi kanak-kanak merupakan satu penyebab yang akan mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak. Menurut Kamus Dewa Edisi Keempat, emosi bermaksud perasaan jiwa yang kuat, seperti gembira, takut, marah dan lain-lain. Manakala menurut CCBD (Council for Children with Behavioral Disorders) pula gangguan emosi dan tingkah laku adalah kertidakmampuan yang dirujuk pada kemampuan individu dan emosi dalam program-program pembelajaran yang tidak sesuai dengan usia, budaya atau norma-norma masyarakat. Pendidikan yang dimaksudkan ialah kemampuan akademik sosial, ketrampilan dan keperibadian diri(www.ariepinoci.web).
Kanak-kanak yang menghadapi gangguan emosi kebiasaannya tidak berupaya untuk berinteraksi secara normal dengan kanak-kanak lain. Tingkah laku mereka adalah lebih bersifat keanak-anakan dan tidak mengikut tahap umur mereka. Mereka juga ada kalanya didapati bertidak liar dan ganas. Hal ini bermakna kanak-kanak yang menghadapi gangguan emosi sering kali menunjukkan kecenderungan bertingkah laku yang kurang sesuai dengan situasi-situasi normal dan tiak mengikuti norma seperti kank-kanak yang sama peringkat umur. (Noriati, 2010)
Burnout Guru menurut Schwab et. al. merupakan satu keadaan yang disebabkan oleh depersonalisasi, keletihan dan suatu perasaan pencapaian yang semakin menurun (Noriati, 2010). Keadaan ini kemungkinan adalah disebakan oleh faktor kerja yang bertambah dan kehendak yang tinggi dalam profesion. Wahab at. el. (2010) berpendapat burnout sebagai satu situasi di mana seseorang individu tidak dapat merasakan kepuasan kerja dalam melaksanakan pekerjaan mereka. Burnout sering berlaku kepada individu yang mempunyai skop pekerjaan dan tekanan pekerjaan yang tinggi contohnya seperti guru.
Simptom yang terhasil dan dikenalpasti apabila seseorang mengalami burnout ialah kualiti perkhidmatan yang teruk, bersara awal, ketidakhadiran, moral dan kepuasan yang rendah, personal dysfuntion dan tahap keyakinan yang rendah. Simptom-simpton ini merupakan satu simptom yang sering kita perhatikan kepada individu sekeliling kita. Jika masalah sebegini tidak diselesaikan, maka perkara yang lebih negatif dan kemungkinan akan terjadi.

1.2 Faktor-faktor Penyebab Gangguan Emosi Kanak-Kanak dan Burnout Guru
Guru di sekolah sering menghadapi masalah jika kanak-kanak bersifat kurang matang, suka menyendiri, mempunyai masalah apabila melakukan kerja berkumpulandan tidak bersikap tidak berani untuk bersuara. Kelakuan-kelakuan sebegini biasa terjadi sekiranya kanak-kanak mempunyai masalah gangguan emosi pada dii mereka. Terdapat beberapa faktor yang menjadi punca kepada gangguan emosi kanak-kanak ini.
Faktor yang pertama ialah faktor keluarga. Keluarga merupakan individu yang menjadi tempat bagi seseorang kanak-kanak ini bergantung. Sikap ibu bapa yang kurang memberi perhatian kepada anak mereka merupakan salah satu punca gangguan emosi kepada kanak-kanak. Kanak-kanak merasakan mereka kurang mendapat kasih-sayang dan tiada tempat untuk mereka bermanja. Menurut Prof Dr Abdul Hamid Abdul Rahman, kanak-kanak yang ibu bapanya bekerja kurang memberi perhatian kepada anak mereka. Jadi kanak-kanak tidak akan mendapat kasih sayang sepenuhnya dan ini akan menyebakan kanak-kanak menghadapi tekanan. Peringkat kanak-kanak merupakan sering mengalami gangguan jiwa kerana mereka tidak kental menghadapi cabaran (Sinar Harian Online)
Faktor yang kedua ialah faktor rakan sebaya. Rakan sebaya merupakan individu yang berada di sekeliling kanak-kanak semasa di sekolah. Jadi setelah tidak mendapat perhatian semasa di rumah kanak-kanak akan berusaha mendapat perhatian semasa bersama rakannya. Tetapi tekanan emosi ini akan berlaku jika rakan sebayanya mula mengejek atau membuli kanak-kanak ini. Kanak-kanak akan tersingkir dan tidak dipedulikan oleh rakan-rakannya. Emosi kanak-kanak ini akan terganggu menyebabkan tingkah laku yang ditunjuk kan lebih agresif seperti bergaduh dengan rakan yang lain.
Faktor yang ketiga ialah sekolah. Gangguan emosi dalam kalangan murid berpunca daripada persekitaran sekolah yang tidak kondusif, sebagai contoh gangguan emosi tersebut mungkin berpunca daripada masalah kesesakan di dalam kelas yang boleh mewujudkan kecenderungan murid untuk melakukan kesalahan disiplin. Struktur dan fungsi bilik darjah memberi kesan pembangunan emosi dan sosial kanak-kanak. Hal ini dibuktikan dengan jika guru memberi tugasan kanak-kanak akan berlawanan untuk membuat yang terbaik untuk mendapat perhatian guru. Perlawanan inilah yang menghantui sesetengah kanak-kanak sehingga mewujudkan perasaan takut dan bimbang (Mohd., 2006).
Seterusnya terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan terjadinya burnout kepada seorang guru. Antaranya dari faktor gaya hidup, personaliti guru, tekanan dari kerja dan kurang pengiktirafan atas tugas yang dijalankan oleh guru. Faktor-faktor ini ini harus dihindari supaya guru dapat menghadapi menjalankan kehidupan seperti biasa.

2.1 Langkah-Langkah Mengatasi Gangguan Emosi Kanak-Kanak Dalam Konteks Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Bilik Darjah
Kanak-kanak yang mengalamai masalah gangguan emosi kebiasaannya akan mengalami kecelaruan dalam pemikirannya, perasaan bimbang yang serius dan kelakuan-kelakuan yang jarang kita lihat dan pelik. Oleh yang demikian, individu yang bersesuaian untuk menenangani masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak ini selain ibu bapa ialah guru. Masalah ini perlulah diatasi dengan segera kerana masalah ini akan memberi kesan kepada prestasi akademik dan hubungan dengan murid lain.
Langkah pertama yang sesuai untuk menangani masalah gangguan emosi kanak-kanak ini ialah membentuk peraturan dan prosedur di dalam bilik darjah agar dapat mengurangkan gangguan dan meningkatkan pembelajaran. Peraturan ialah kenyataan yang memaklumkan tingkah laku yang boleh diterima di dalam bilik darjah. Peraturan juga merupakan satu bentuk peringatan dan autoriti kepada nilai moral murid (Haliza, 2009). Peraturan ini bersesuaian untuk langkah mengatasi gangguan emosi ini kerana dengan adanya peraturan ini tingkah laku murid dapat dikawal dengan sebaiknya. Murid juga boleh diberikan denda yang sepatutnya jika mereka tidak mematuhi peraturan yang telah dibentuk. Contoh peraturan yang boleh mengatasi masalah gangguan emosi murid ialah murid akan diberikan ganjaran seperti pujian jika murid bertingkah laku baik.
Langkah yang kedua ialah mengadakan program yang berbentuk pendidikan. Program pendidikan yang bersesuai untuk kanak-kanak yang mengalami gangguan emosi antaranya ialah pertandingan mewarna, bercerita, pidato dan sebagainya. Program sebegini diadakan untuk membantu murid menangani masalah gangguan emosi untuk meningkatkan pencapaian akademik, membangunkan kemahiran sosial, meningkatkan kemahiran dalam mengawal tingkah laku dan meningkatkan konsep kendiri (Noriati, 2010). Program sebegini juga boleh dijadikan salah satu cara kanak-kanak melepaskan tekanan dalam diri mereka.
Langkah yang seterusnya ialah guru harus menghindari sikap pilih kasih dan memberikan kanak-kanak peluang sama rata di dalam kelas. Peluang ini harus diberikan supaya kanak-kanak mampu mengenali dan berkawan dengan rakan mereka yang lain sekaligus mengurangkan tekanan yang dihadapi. Seorang guru juga harus memahami perbezaan kanak-kanak yang berada dalam kelasnya. Pemahaman mengenai perbezaan individu kanak-kanak membolehkan guru berjaya membimbing kanak-kanak untuk berasa yakin kepada pelajaran dan rasa selamat di sekolah (Abdul, 2007). Menghindari pilih kasih juga membolehkan kanak-kanak mendekati guru dan berkongsi masalah yang dihadapi dengan mereka. Bimbingan dan perkongsian antara guru dan kanak-kanak akan mampu mengurangkan masalah gangguan emosi kanak-kanak.
Langkah yang keempat ialah mendedahkan kanak-kanak dengan pengurusan emosi. Kanak-kanak merupakan insan yang perlu kita sentiasa dibimbing. Bimbingan ini diperlukan supaya kanak-kanak didedahkan dengan pengurusan emosi dan teknik-teknik menangani masalah emosi. Emosi kanak-kanak akan terganggu apabila mereka memasuki situasi pembelajaran yang baru. Mereka memerlukan penyesuaian diri dan program orientasi atau suai kenal adalah sau cara yang paling berkesan unuk mengelakkan tekanan emosi kepada kanak-kanak (Mok, 2008).
Langkah yang terakhir ialah kanak-kanak diberi ruang dan peluang untuk memperbaiki tingkah laku mereka sendiri dan jika berjaya menerima ganjaran. Langkah ini merupakan salah satu cara unuk mendidik. Seorang guru juga harus sentiasa mememerhatikan kanak-kanak ini mengubah tingkah laku mereka. Nasihat dan dorongan daripada guru amat diperlukan dalam situasi sebegini. Jika kanak-kanak itu berjaya berubah maka seharusnya guru memberikan satu ganjaran sebagai ucapan tahniah atas perubahan yang dilakukan. Elakkan amalan menggunakan ugutan dan hukuman dera kepada kanak-kanak dan berikan bimbingan dan kaunseling yang sesuai jika mereka melakukan kesilapan (Mok, 2008).

2.2 Langkah-Langkah Mengatasi Burnout Guru
Burnout merupakan suatu keadaan keletihan dari segi emosi, mental dan fizikal yang disebabkan oleh stress yang melampau dan berpanjangan (Noriati, 2010). Keadaan ini akan menyebabkan kehendak yang kita ingin tidak tercapai dan minat untuk melakukannya juga hilang. Pelbagai langkah yang sesuai dilakukan untuk kita menangani masalah burnout yang dialami oleh guru ini.
Langkah pertama ialah mengadakan bengkel pengurusan stres dan burnout untuk guru. Bengkel ini boleh diadakan oleh pihak sekolah ataupun pejabat pelajaran peringkat bahagian. Bengkel ini sesuai diadakan sekali setahun untuk menerangkan tentang stres dan burnout yang berlaku pada guru dan cara menangani masalah ini. bengkel juga akan menghimpunkan para guru dan mereka akan membuat perbincangan tentang masalah yang mereka hadapi di sekolah yang membebankan. Semasa bengkel ini dijalankan, guru dapat menyelesaikan masalah yang mereka hadapi di sekolah dan stres dan burout yang mereka alami juga akan berkurangan.
Langkah yang kedua ialah mengurangi bebanan yang ditanggung oleh guru. Merujuk satu keratan akhbar, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahadzir Khalid menyatakan Strategi Lautan Biru Kebangsaan memberi inisiatif dengan menempatkan pembantu guru untuk meringankan bebanan yang digalas oleh guru. inisiatif ini amat sesuai kerana pada masa sekarang tugas guru semakin bertambah. Pertambahan bebanan ini untuk memastikan sistem pendidikan negara kita setanding dengan negara luar. Jadi dengan adanya pembantu guru ini, guru mampu fokus kepada skop kerja utama yang diamanahkan kepada mereka iaitu mengajar kanak-kanak.
Langkah yang ketiga ialah guru seharusnya memupuk minat membaca buku atau menulis jurnal. Minat membaca dan menulis ini diperlukan supaya guru menghindarkan diri daripada fokus sepenuhnya kepada bebanan yang digalas. Buku boleh dijadikan tempat rujukan untuk menangani stres dan burnout yang dialami oleh guru. Contohnya membaca Al-Quran atau buku agama dapat menenangkan diri guru dari bebanan yang ditanggung. Melalui menulis pula, guru boleh meluahkan tekanan dan perasaan mereka dengan menulis apa yang mereka rasakan. Menulis boleh dijaikan terapi untuk menangani tekanan yang dialami oleh guru.
Langkah seterusnya ialah mengurus masa dengan bijak dengan bersukan atau beriadah bersama keluarga. Ini salah satu cara yang sesuai dijalankan untuk mengelakkan burnout dalam kalangan guru. keluarga merupakan individu yang penting dalam kehidupan kita. Guru boleh melupakan seketika bebanan tugas mereka di sekolah dengan beriadah bersama keluarga. Keluarga dapat dijadikan tempat untuk guru mengurangkan stres dan burnout yang diperolehi dari sekolah. Jadi dengan adanya keluarga, guru boleh meluangkan masa dengan bersukan dan beriadah bersama keluarga mereka
Langkah yang terakhir ialah sentiasa terbuka menerima pendapat dan kritikan. Setiap manusia memerlukan teguran dan kritikan untuk mengetahui kesilapan kesilapan yang dilakukan. Teguran yang diberikan haruslah diterima dengan hati terbuka dan mengenal pasti teguran tersebut sesuai atau tidak. Jika rakansejawat guru menegur kesilapan dalam tugasan yang dilakukan, terimalah dengan hati terbuka dan perbaiki untuk kesempurnaan tugas yang dijalankan. Jangan mengamalkan sikap tidak suka mendengar kritikan kerana dengan kritikan kita mampu memperbaiki kesilapan yang kita lakukan semasa melakukan tugas.

2.3 Pandangan Dan Perspektif Lain Yang Berkaitan
Berdasarkan ayat-ayat al-Qur’an, hadith dan pendapat para ulama’, kejadian manusia adalah terdiri daripada unsur jasmani dan rohani, maka Islam tidak pernah menafikan tentang wujudnya emosi dalam diri manusia. Malah al-Qur’an telah menggambarkan beberapa bentuk emosi yang terdapat dalam diri manusia seperti takut, marah, benci, sedih, malu dan sebaginya. Emosi menurut Islam ini sesuatu yang telah dijadikan dalam diri kita untuk menjelaskan dan menggambar kepada orang lain tentang perasaan kita pada masa tersebut. Gangguan emosi yang terjadi kepada seseorang individu merupakan kurangnya kawalan emosi yang telah dianugerahkan kepada manusia. Gangguan ini boleh diatasi dengan mengamalkan cara hidp yang berlandaskan dan merujuk kepada peraturan yang telah ditetapkan dalam agama Islam.
Gangguan emosi ini datangnya daripada individu yang kurang mendekatkan dirinya dengan tuhan.

Rumusan
Gangguan emosi kanak-kanak dan burnout yang dialami oleh guru merupakan satu masalah yang harus ditangani bukan sahaja individu yang mengalami permasalahan ini. Malah orang di sekeliling mereka juga harus mengambil berat akan masalah yang mereka hadapi. Pelbagai faktor yang boleh menyebabkan permasalahan ini harus dhindari untuk memastikan hidup yang kita jalani ini bebas dari masalah tekanan yang teruk.
Sebagai seorang guru, kita haruslah membantu kanak-kanak yang mengalami gangguan dengan memberi sokongan dan nasihat yang sewajarnya kepada mereka. Gangguan emosi kanak-kanak ini dapat diatasi dengan bantuan dan bimbingan yang berterusan daripada guru. Begitu juga dengan guru, masalah burnout yang dihadapi oleh guru boleh ditangani dengan bantuan guru itu sendiri dengan individu yang berada di sekeliling mereka. Masalah burnout ini dapat ditangani dengan adanya usaha yang berterusan daripada guru yang mengalaminya.
Kesimpulannya, masalah gangguan emosi pelajar dan burout guru dapat ditangani dengan beberapa langkah yang sesuai termasuklah langkah yang telah dinyatakan. Masalah ini ditangani dengan sebaiknya jika usaha yang berterusan daripada mereka yang mengalaminya.

About Essay Marketplace

Essay Marketplace is a library of essays for your personal use as examples to help you write better work.

...(download the rest of the essay above)

About this essay:

This essay was submitted to us by a student in order to help you with your studies.

If you use part of this page in your own work, you need to provide a citation, as follows:

Essay Marketplace, Profesion perguruan pada masa kini merupakan profesion yang sering menjadi tumpuan masyarakat…. Available from:<https://www.essaymarketplace.com/malay-essays/profesion-perguruan-pada-masa-kini-merupakan-profesion-yang-sering-menjadi-tumpuan-masyarakat/> [Accessed 13-05-21].

Review this essay:

Please note that the above text is only a preview of this essay.

Name
Email
Review Title
Rating
Review Content

Latest reviews:

Leave a Comment

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.