Essay: Arkeologi ialah kajian tentang manusia zaman.... - Essay Marketplace

Essay: Arkeologi ialah kajian tentang manusia zaman….

Kuantitatif merupakan satu istilah yang digunakan bagi menjelaskan sifat atau ciri sesuatu yang boleh diukur. Diperhatikan dalam bentuk pengiraan yang merangkumi nombor dan formula- fomula tertentu. Data yang
1.0 PENGENALAN
Arkeologi ialah kajian tentang manusia zaman lampau dan budaya yang mereka telah amalkan . Ahli arkeologi boleh dikatakan adalah seorang detektif yang mencari petunjuk ke masa lampau atau lalu dan cuba untuk mengetahui apa yang berlaku pada masa lalu dan mengapa sesuatu itu berlaku . Lebih- lebih lagi, ahli-ahli arkeologi melakukan lebih daripada mendapatkan fakta tentang masa lalu, mereka juga mentafsir maklumat untuk mewujudkan pemahaman masa lalu. Arkeologi terbahagi kepada 4 tahap iaitu tahap tradisional, tahap antikuarian atau purbawanisme, tahap pembaharuan atau prosesual dan tahap pasca- prosesual.

2.0 PERKEMBANGAN ARKEOLOGI PROSSESUAL ATAU BARU
Arkeologi Prosesual atau baru muncul pada 1940- an dan mula berkembang pada 1960- an. Arkeologi baru tidak hanya mementingakan aspek teoritikal dan methodologi seperti arkeologi lama, tetapi juga mementingkan aspek stratigrafi dan saintifik serta penggunaan teknologi terkini bagi tujuan pengesahan dilakukan. Metodologi dalam sesetengah penghuraian dikatakan sebagai teknik membuat penyelidikan, teknik mengumpul bahan, cara mengutip data dan cara menghimpun data menggunakan survei. Dalam pada itu, methodologi ini terbahagi kepada dua iaitu abstrak dan empirikal. Abstrak adalah idea, andaian, teori, konsep, model, paradigm atau pendekataan yang dilabelkan oleh sarjana falsafah sains sebagai analitikal unit iaitu sesuatu yang tidak mampu memulakan perbincangan mengenai masyarakat dan analitikal tool iaitu untuk membedah masyarakat dan menganalisis fenomena sosial. Kaedah yang bersifat empirikal pula adalah cara mencari dan mengumpul maklumat mengenai dunia sosial dengan menggunakan teknik mengumpul, mengutip, menghimpin, menyusun dan menambahkan sesuatu data untuk dijadikan lebih konkrit.
Arkeologi prosesual lebih cendurung mengarah ke bidang sains dengan adanya ilmu yang membantu arkeologi seperti ‘zoo-archaeology’, ‘geo- archaeology’ dan lain- lain. Arkeologi prosesual juga bersifat deduktif iaitu suatu stategik yang menerima andaian tentang ketersusunan alam dan permerhatian boleh digunakan untuk menyokong sesuatu teori. Arkeologi Prosesual menurut Robert Kelly dan David Thomas adalah mengutamakan generalisasi dan kelaziman evolusi , tidak khusus sejarah. Selain itu, melihat budaya dari perspektif yang sistematik dan mentakrifkan budaya sebagai suatu penyesuaian. Arkeologi Prosesual juga suatu keterangan yang jelas, saintifik dan objektif serta percubaan kekal beretika neutral. Sumbangan- sumbangan arkeologi prosessual boleh dikatakan untuk meguatkan maklumat bidang methodology, pendekatan materialistic danketerbukaan pada kajian yang luas.
Pada tahun 1960- an adalah zaman perkembangan arkeologi prosesual dan istilah ‘Arkeologi Baru’ telah diperkenalkan atau mula digunakan. Istilah Arkeologi Baru telah diperkenalkan oleh Lewis Binford seorang ahli arkeologi Amerika Syarikat dan David Clarke di Britain. Istilah ini mula digunakan dalam merujuk kepada teknik ekskavasi iaitu gali cari yang mementingkan aspek stratigrafi atau stategik dan saintifik oleh Wissler pada tahun 1917, Richard Woodbury pada tahun 1954 dan Haag pada tahun 1959. Alhi Arkeologi baru perlu memahami organisasi sosial, ekonomi, kepercayaan dan konsep falsafah masa lampau.
Kajian Arkeologi Baru pada tahun 1960-an menumpukan perhatian kepada aspek mikro iaitu pengecilan skop dalam suatu kawasan kediaman seperti bangunan yang disusun dan juga bentuk- bentuk tembikar dan rekod- rekod arkeologi lain yang dapat memberikan maklumat tentang aspek- aspek kinship dan oarganisasi sosial. Kinship adalah hubungan antara mana- mana entiti yang berkongsi asal- usul keturunan sama ada melalui biologi, budaya, sejarah dan keturunan.
‘Dalam buku ‘New Perpective In Archaeology’ menyatakan bahawa arkeologi baru menitikberatkan penggunaan teknik baharu seperti computer yang berbentuk statistic dan matrik data, contohnya Sistem Matrik Geografi (GIS). Selain itu, konsep tentang ekosistem iaitu ekosistem atau hubungkait antara benda hidup dan benda bukan hidup dalam alam semula jadi untuk pemahaman dalam ekonomi dan asas sara hidup masyarakat prasejarah. Seterusnya, arkeologi baru menentingkan perkembangan evolusi kebudayaan iaitu suatu perubahan atau perkembangan budaya, usaha untuk menyesuaikan hidu gengan perkembangan masyarakat. Sebagai contoh perubahan sosial daripada masyarakat berburu masyarakat agraris iaitu masyarakat yang bercucuk tanam dan menternak binatang. Lebih- lebih lagi, arkeologi baru ini juga mementingkan penggunaan model dalam mencorak pandangan kebudayaan sebagai suatu sistem, pengabungan segala evolusi daripada kebudayaan. Dalam pada itu, arkeologi baru seharusnya merujuk kepada arkeologi saintifik, tetapi ahli arkeologi tidak semestinya menjadi seorang ahli sains.’

3.0 SUMBANGAN DAN PENEMUAN- PENEMUAN ARKEOLOGI BARU
Sumbangan arkeologi baru adalah terlalu banyak dan penting dalam isu pemuliharaan dan pengekalan artifak. Selain pemuliharaan harus dimulai dengan penyelidikan arkeologi yang sesuai, juga dicadangkan hasil penemuan arkeologi perlu dipelihara, melalui arkeologi baru ini dapat dilakukan. Namun begitu, kegiatan pengumpulan antik atau purba dikenali sebagai purbawanisme yang hanya mementingkan barangan tersebut tanpa menitikberatkan tentang penjagaan dan pemuliharaan artifak yang ada seperti penggunaan bom untuk memecah masuk sesuatu bangunan artifak seperti Piramid di Mesir. Kegiatan purbawanisme sebenarnya adalah kegiatan pemburuan harta karun dan perdagangan barangan antik yang amat menguntungkan kepada seseorang individu hingga menjadi jutawan dan kegiatan ini masih wujud sehingga ke hari ini. Padahal kegiatan ini adalah bertentangan dengan etika arkeologi yang amat mementingkan dalam memastikan sebarang usaha pemeliharaan dan perlindungan warisan arkeologi dilakukan memenuhi matlamat utama disiplin arkeologi. Oleh itu dengan kelahiran arkeologi baru telah memberi sumbangan yang begitu besar dalam pemuliharaan dan perlindungan artifak, dengan menggunakan kaedah-kaedah tertentu dan teknologi tertentu yang melibatkan pelbagai penggabungan atau pinjaman ilmu-ilmu lain seperti sains tulen, geologi, geografi, matematik dan sebagainya. Hasil daripada peranan sains tulen dan teknologi dalam arkeologi baru seperti mumia mesir yang dikebumikan ke dalam keranda khas yang beribu-ribu tahun yang lalu boleh dikaji tanpa menjejaskan atau membuka balutan mumia tersebut dengan menggunakan teknologi sinar-X dengan menggunakan pengimbas tumor. Sebenarnya apa tertinggal daripada binaan terdahulu tidak begitu ketara, mungkin dinding batunya pernah dibuang bagi membina bangunan lain di tempat lain atau dinding karyanya sudah reput. Malah jika tiada apa yang lurus menyelusuri longkang buatan manusia misalnya menunjukkan bahawa tangan manusia terbabit. Dengan berkembangnya arkeologi baru dapat menggunakan teknologi seperti fotografi aerial, peralatan bunyi gema, kajian geofizik dan fotografi satelit bagi mengetahui lebih banyak tentang yang tertanam di bawah permukaan bumi.
Sumbangan paling besar dalam arkeologi baru adalah pemantapan kaedah pentarikhan mutlak, dalam bidang arkeologi boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu pentarikhan mutlak dan pentarikhan relatif. Pentarikhan radiokarbon atau karbon 14 adalah salah satu pentarikhan fizikal kimia adalah kaedah yang digunakan untuk menentukan kesahihan dan ketulenan sesuatu artifak. Karbon 14 yang dicipta untuk mengukur jumlah radioaktif karbon pada paras rendah yang masih wujud dalam bahan mati dan purba adalah berasal daripada bahan organik radio karbon boleh ditentukan ke atas kayu, arang batu, cengkerang, tulang, tanduk rusa, tumbuhan berkalka yang dibentuk oleh alga, lumpur tasik, dan gambut yang semuanya adalah berasal dari organik. Pentarikhan radiokarbon boleh diukur dengan menggunakan peralatan seperti screen wall, pembilang Geiger-Muller, speketromer cecair scinttilation dan sebagainya. Pentarikhan keranda kayu balak di Kinabatangan, sampel-sampel kayu dari keranda telah diambil semasa kerja lapangan di Lembah Kinabatangan di Agop Batu Tulung dan Kompleks batu Kapur di Lembah Kinabatangan. Tujuan pengambilan sampel kayu adalah untuk menjalankan analisis pentarikhan radiokarbon untuk menentukan usia sebenar keranda-keranda tersebut. Jelaslah menunjukkan arkeologi baru telah memberi sumbangan yang amat besar kepada ilmu ini. Pentarikhan seramik seperti tembikar akan menggunakan Termoluminesen(TL) merupakan kaedah pentarikhan yang digunakan dalam bentuk cahaya daripada tenaga yang tersimpan daripada sesuatu bahan apabila dipanaskan. Pentarikhan ini lebih berdasarkan kepada kandungan lapisan seramik yang terdiri daripada beribu-ribu uranium, thorium dan sedikit potassium yang merupakan unsur radioaktif yang terdapat dalam tanah liat. Perkara ini, ahli arkeologi dapat mengira usia radiasi secara terus dengan menggunakan formula tertentu. Namun begitu terdapat pelbagai lagi kaedah yang digunakan dalam arkeologi baru seperti teknik apungan dalam penyaringan debunga, penggunaan komputer dalam menganalisis data-data statistik dan matrik stratigrafi dan analogi-analogi etnografi dari maklumat disiplin antropologi.
Sumbangan terbesar Arkeologi baru dalam teknik ekskavasi ialah pemantapan teknik ekskavasi bawah air daripada penggunaan teknik penyelaman scuba, kenderaan kawalan jauh (ROV) di era perang dingin menjelang tahun 1990. Di beberapa tempat dasar lautan sedalam 11 kilometer (6.8 batu), iaitu lebih dalam daripada ketinggian Gunung Everest. Habitat, tinggalan kapal karam, atau tinggalan terdahulu ini sukar diteroka kerana biasanya penyelam tidak dapat menyelam melebihi 100 meter (328 kaki) di bawah laut. Air di kawasan ini sangat sejuk dan gelap, kerana cahaya matahari tidak sampai dan berat air yang tinggi juga menghasilkan tekanan air yang sangat kuat. Dengan kelahiran teknologi ini membolehkan kerja mengkaji dan menyelidik di dasar laut boleh dijalankan contohnya kenderaan kawalan jauh atau ROV dalam operasi arkeologi bawah adalah lebih menjurus kepada pemastian tapak selain daripada proses pemastian visual menyelam. Ahli arkeologi tidak perlu bertarung nyawa untuk turun ke dalam laut yang mempunyai pelbagai risiko, peralatan kamera digital bercahaya rendah yang dibawa oleh ROV akan memberi gambaran yang lebih tepat. Sumbangan seterusnya, analisis data yang merupakan tahap terpenting dan memakan jangka masa panjang untuk diselesaikan kerana menggunakan kaedah sains tulen namun lebih tertumpu pada kaedah pentarikhan dan analisis debunga. Rekod arkeologi yang dijumpai dapat disimpan dengan sistematik berdasarkan rentas disiplin arkeologi baru dan bersandarkan bukti yang kukuh tersusun di dalam komputer supaya pencarian kembali data-data dipermudahkan.
Perkembangan arkeologi baru telah menghasilkan projek-projek tinjauan dan ekskavasi yang mencerminkan keteguhan disiplin arkeologi seperti kapal Mary Rose, Kapal Vasa di Sweden, tapak bawah air Yassi di Turki dan sebagainya. Bangkai Kapal Vasa ditemui pada tahun 1950-an dan diangkut naik ke permukaan pada tahun 1961. Kapal tersebut kini dipamerkan di Stockholm sebagai satu-satunya kapal kurun ke-17 yang berjaya diselamatkan dalam keadaan hampir tidak terjejas dengan menggunakan teknologi-teknologi tertentu. Terdapat lagi penemuan iaitu kapal Mary Rose, bangkai kapal Mary Rose terbiar selama lebih 400 tahun sehinggalah ditemui semula pada tahun 1971. Pada tahun 1982 ianya berjaya diangkat semula ke permukaan dan diletakkan di dalam muzium khas. Antara yang ditemui masih terpelihara ialah sikat, alat permainan, alat muzik, kasut, baju kulit, alat bercukur, senjata kecil dan pelbagai lagi. Selain itu lebih 175 rangka manusia ditemui di dalam bangkai kapal. Kapal perang Mary Rose adalah kapal perang kebanggaan tentera laut diraja England pada kurun ke-16. Pada waktu ini Raja England ialah King Henry Ke-8 dan England masih berperang dengan Perancis. Mary Rose ialah antara kapal perang paling canggih pada waktu itu dan mempunyai 91 meriam dan lebih 500 anak kapal. Ianya dibina pada tahun 1511 dan mempunyai reputasi sebagai kapal perang yang berbahaya kepada musuh. Pada tahun 1545 berlaku pertempuran di antara tentera laut England dan Perancis di Solent, berhampiran Isle of Wight England. Tentera Perancis cuba mendarat dan menakluk Portsmouth. Malang bagi Mary Rose ketika pertempuran berlaku ianya karam. Yang memalukan King Henry Ke-8 ialah Mary Rose karam bukan kerana ditembak musuh tetapi kerana kesilapan anak kapalnya. Menurut rekod sejarah Mary Rose tenggelam kerana air memasuki lubang meriam pada bahagian bawah kapal yang tidak ditutup ketika ia cuba membelok. Penemuan ini adalah sumbangan besar dalam arkeologi baru dapat merekonstraksi masa lalu manusia dan memahami keadaan tersebut serta dijadikan iktibar. Namun begitu arkeologi bawah air bukan hanya bermaksud kepada lautan dalaman tetapi juga di tapak-tapak akuatik di dasar laut cetek, sungai, tasik, paya, takungan buatan manusia dan sebagainya yang mempunyai tinggalan masa lampau manusia.

4.0 KESIMPULAN
Dengan ini dapat disimpulkan bahawa memang tidak dapat dinafikan bahawa penyelidikan arkeologi bertujuan untuk mendapatkan tinggalan-tinggalan purba, namun ia tidak bermakna bidang ini hanya melibatkan aktiviti-aktiviti-aktiviti eksplorasi dan pengumpulan artifak. Sebenarnya ahli arkeologi mempunyai tugas yang berat, mereka harus memberi penjelasan dan interpretasi terhadap data-data yang diperolehi daripada setiap penemuan yang dibuat dan bukan mudah untuk berkomunikasi dengan masyarakat silam melalui bahan tidak bertulis. Sebenarnya sub-sub disiplin arkeologi tidak dapat berdiri sendiri tanpa serapan ilmu lain seperti sains tulen dan sains sosial yang lain dalam membantu mencari artifak yang tidak bertulis ini. Matlamat utama arkeologi ialah mencari dan menambah dokumentasi sejarah tentang manusia dengan bersumberkan bahan budaya dan persekitaran fizikal. Bagi mencapai matlamat ini kaedah dan teknik kajian akan sentiasa dikemas kini. Seterusnya akan mempelbagaikan matlamat arkeologi dengan berlandaskan etika penyelidikan ilmiah yang membezakan dengan industri perdagangan antik dan aktiviti pemburuan harta karun. Perkembangan ini membolehkan arkeologi dianggap sebagai satu disiplin yang mempunyai tatacara penyelidikan yang teratur. Perkembangan penyelidikan ini akan dapat membantu para ahli arkeologi, antropologi dan sarjana sejarah berhadapan dengan persoalan-persoalan mengenai masyarakat terdahulu. Akhirnya arkeologi dapat mendedahkan sejarah manusia dan kemanusiaan serta dapat memberi sumbangan ke arah pemahaman masa kini, mungkin pada suatu hari nanti arkeologi dapat digunakan untuk menguji hipotesis saintifik berhubung dengan perilaku manusia umum.
dikumpulkan akan dianalisis menggunakan analisis statistik.

Review this essay:

Name
Rating
Your review: (optional)

Latest reviews:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.