Essay: Gelagat Organisasi - Essay Marketplace

Essay: Gelagat Organisasi

Berdasarkan satu bidang kajian, Gelagat organisasi adalah gelagat yang menyelidik dalam organisasi iaitu kelompok, individu dan juga struktur. Gelagat Organisasi juga akan menggunakan segala pengetahuan mengenai kumpulan, individu, dan kesan struktur ke atas gelagat dengan tujuan supaya organisasi dapat beroperasi dengan lebih cepat dan berkesan. Gelagat Organisasi merupakan satu unit sosial yang di kendalikan oleh dua orang atau lebih di mana unit ini relatifnya berfungsi secara terus untuk mencapai matlamat tertentu. Menurut Wikipedia, Gelagat organisasi merupakan Satu Pendekatan Strategik yang disediakan khas kepada pelajar dalam bidang pengurusan untuk mendalami, memahami, dan mempraktikkan amalan pengurusan organisasi yang terbaik. Di samping itu, ia merupakan persediaan khusus untuk pemimpin, pentadbir, dan pengurus yang sedang mencari inisiatif terbaik dalam pengurusan organisasi. Kita perlu sedar, cara pengurusan organisasi pada hari ini jauh berbeza dengan pengurusan dahulu. Akan tetapi Gelagat Organisasi pada hari ini terdedah kepada persaingan, penuh dengan kepelbagaian, dan berhadapan dengan perubahan yang lebih cepat. Bagi memastikan pengurusan yang baik adalah perlu kita berperanan sebagai pemudah cara, pemangkin dan juga pendorong dalam mengurus aset utama organisasi iaitu manusia. , Personaliti, nilai, dan juga tanggapan yang perlu bagi memberi nilai tambah kepada setiap aktiviti pengurusan yang telah dipertanggungjawabkan. Manakala Menurut Dr Faizuniah pangil et. al. (2011). Modul BBGO4103 Gelagat organisasi merupakan kajian individu dan kumpulan dalam organisasi. Menurut Robbins (2008) pula Gelagat organisasi bermaksud bidang kajian berkenaan kesan-kesan individu sekumpulan individu dan struktur terhadap tingkah laku orang-orang di dalam organisasi dan penggunaan pemahaman ini ke arah meningkatkan kecekapan organisasi.

Dalam tugasan ini saya telah memilih dan akan membincangkan mengenai Bahagian Teknologi pendidikan Negeri Sarawak. Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sarawak (BTPNS) pada dasarnya diwujudkan untuk menyediakan garis panduan yang mudah untuk Pengajaran dan Pembelajaran bahasa kepada guru-guru tidak terlatih, menyediakan bahan yang sesuai bagi mata pelajaran bahasa dan menyediakan bahan untuk guru di sekolah-sekolah luar Bandar dan pendalaman yang menghadapi kekurangan alat bantuan mengajar. Bahan-bahan yang disiarkan adalah berasaskan kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia dan disiarkan setiap hari Isnin hingga Jumaat sepanjang musim persekolahan. Sekolah-sekolah digalakkan menyelaras masa dalam Jadual Waktu Siaran radio pendidikan dengan Jadual Waktu Persekolahan. Rangkaian BTPN terdiri daripada tujuh (7) buah Pusat Teknologi Pendidikan Bahagian (PTPB) dan 26 buah Pusat Kegiatan Guru (PKG). Tujuan utama penubuhan rangkaian BTPN adalah untuk memastikan setiap tanggungjawab yang diamanahkan dapat dilakasanakan dengan sempurna dan menepati.

1.1 Fungsi Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sarawak
1. Merancang, melaksana, memantau, menilai, mengurus dan melapor pelaksanaan
dasar teknologi pendidikan;
2. Merancang, memantau, menilai dan melapor pelaksanaan inisiatif ICT dalam
pengajaran dan pembelanjaan dan khidmat sokongan di negeri;
3. Merancang, memantau, menilai dan melapor keberkesanan pelaksanaan
pembestarian sekolah diperingkat negeri;
4. Membantu penyediaan dan penerbitan bahan pengajaran dan pembelajaraan
dalam pelbagai media mengikut piawaian yang ditetapkan;
5. Mengurus, menyelaras, memberi khidmat bantu, menilai dan melapor program
literasi maklumat dan teknologi pendidikan serta pembangunan Pusat Sumber
Sekolah;
6. Menyebarkan dan membudaya penggunaan bahan sokongan pengurusan
pendidikan serta pengajaran dan pembelajaraan yang diterbitkan melalui pelbagai
media;
7. Melaksana, memantau, menilai dan memberi khdimat bantu penggunaan
teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaraan dan pengurusan
sekolah;
8. Menyediakan khidmat kepakaran dan nasihat bagi mempertingkatkan inovasi dan
kreativiti teknologi pendidikan di sekolah..

1.2. Visi dan Misi Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sarawak ialah

Visi

Meneraju transformasi generasi bestari melalui teknologi pendidikan.

Misi

Pembangunan kapasiti dan peningkatan kualiti pengurusan instruksional menerusi pembudayaan inovasi teknologi pendidikan.

Carta Organisasi Bahagian Teknologi pendidikan Negeri Sarawak
Rajah 1.0 Staf BTPN Sarawak
2.0 Empat Kaedah di mana gelagat organisasi membantu Pengurus mencapai

matlamat organisasi dijelaskan.
Perancangan
Pengawalan Matlamat organisasi Pengorganisasian
Pengarahan

Bagi melaksanakan tugas untuk membantu pengurus-pengurus mencapai matlamat organisasi empat kaedah yang perlu digunakan iaitu Perancangan, Pengorganisasian, Pengarahan dan Pengawalan.

2.1 Perancangan
Organisasi haruslah menetapkan matlamat yang jelas untuk membimbing anggota-anggota yang lain dengan jalan yang terbaik supaya matlamat tercapai. Setiap perancangan memerlukan maklumat yang adil tepat, dan membuat keputusan perlu dilakukan oleh seorang pengurus agar aktiviti pekerja konsisten dengan matlamat organisasi. Menerusi perancangan yang baik pengurus dapat menilai dan berupaya melihat bagi mengurangkan risiko yang dihadapi seperti faktor-faktor teknologi, sosial, ekonomi dan sebagainya. pengurusan memulakan Sebelum sesebuah aktiviti organisasi dibuat pengurus haruslah merancang terlebih dahulu. Antara agenda penting yang harus di ambil perhatian adalah mengenal pasti perkarayang ingin dicapai oleh sesebuah organisasi berdasarkan matlamat penubuhan organisasi tersebut dan prestasi yang diinginkan seperti kadar pertumbuhan bagi meningkatkan organisasi. Apabila tujuan dan matlamat telah jelas, organisasi perlu mencari strategi untuk mencapai matlamat dan tujuan seperti yang dikendaki. Langkah seterusnya, pihak pengurusan harus mengatur program mengikut strategi yang berasaskan matlamat organisasi.
2.2 Penyusunan

Penyusunan merupakan kerja-kerja menstruktur organisasi untuk mencapai matlamat. Seorang pengurus perlu memastikan yang aktiviti-aktiviti bagi pelbagai kumpulan adalah bersepadu dan selaras supaya wujudnya kesefahaman. Penyusunan juga bermaksud menghasilkan satu struktur organisasi yang bersesuaian dengan kehendak matlamat. Struktur tersebut tidak semestinya tetap tetapi hendaklah sentiasa berubah mengikut kesesuaian kehendak organisasi. Melibatkan usaha menentukan apakah tugas yangpatut dilaksanakan, siapa yang patut dilaksanakannya,bagaimana ia perlu diperkumpulkan, siapa yangmelapor kepada siapa dan di mana keputusan patut dibuat. Penyusunan adalah melibatkan kerja menstruktur organisasi dan penstafan (proses pengambilan kakitangan). Struktur organisasi menunjukkan pembahagian kerja mengikut rancangan aktiviti pemprosesan, kewangan, hierarki, autoriti, penyelarasan melalui peraturan dan dasar serta prosedur yang dibuat. Penyusunan meliputi perancangan sumber manusia, pemilihankakitangan dan pengambilan orientasi dan latihan, penilaian prestasi, sistem pampasan (gaji, upah, dan faedah), program peningkatan kualiti dan produktiviti, program keselamatan dan kesihatan kakitangan, dan program kebajikan dan perkhidmatan kakitangan.

2.3. Pengarahan

Dalam sebuag organisasi seorang pengurus harus mewujudkan komunikasi dan kerjasama yang baik di mana semua orang akan komited terhadap objektif umum. Bimbingan keseluruhan pasukan untuk mencapai matlamat organisasi haruslah diutamakan. Usaha ini melibatkan program memotivasikan pekerja, melakukan aktiviti-aktiviti yang membina, memilih saluran komunikasi yang paling berkesan dan menyelesaikan konflik. Fungsi Pengarahan penting bagi menjamin aktiviti organisasi berjalan dengan teratur dan sempurna dalam suasana yang harmoni. Untuk mencapai matlamat ini faktor-faktor motivasi, kepimpinan, dan sistem komunikasi perlu diberi perhatian oleh pihak pengurusan.

2.4. Pengawalan

Langkah pengawalan mesti diambil untuk menetapkan mutu kerja dan mengenalpasti masalah-masalah dalam organisasi. Organisasi harus menwujudkan satu sistem bagi menilai prestasi pekerja menurut piawaian-piawaian kerja seperti yang telah ditetapkan oleh organisasi dan badan-badan piawaian seperti SIRIM dan ISO. Proses pemantauan prestasi haruslah dibuat bagi membandingkan prestasi dengan matlamat dan membetulkan sebarang penyimpangan yang berlaku.Pengawalan merupakan fungsi terakhir untuk menentukan bahawa prestasi organisasi telah dicapai mengikut perancangan, masalah dalam penyusunan dikenalpasti dan langkah tertentu diambil. Faktor-faktor didalam organisasi, keinginan dan sifat kakitangan yang ada hubungan dengan prestasi dan tingkah laku perlu diberi perhatian dan diawasi.
3.0 Analisis Cabaran-cabaran dihadapi pengurus-pengurus di dalam organisasi

3.1 Globalisasi

Organisasi hari ini telah menghadapi pelbagai cabaran dengan pesaing tempatan dan antarabangsa. Persaingan organisasi bukan sahaja di dalam negara, malah di luar Negara. Pelbagai aspek perlu dilihat bagi menjamin daya saing yang berterusan Oleh itu, bagi memastikan pengurusan yang berkesan organisasi haruslah mempunyai sekurang-kurangnya dua jenis orangyang berbeza.

Pertama, melibatkan seorang pengurus yang terdedah kepada tugasan di luar negara dimana memerlukan untuk berurusan dengan tenaga kerja yang berbeza daripada tenaga kerja di atas tanah rumah yang memerlukan beliau dalam aspek-aspek seperti keperluan,
sikap dan aspirasi.

Kedua, melibatkan seorang pengurus, yang ditempatkan dalam negara, yang telah diberikan tugas berurusan dengan pegawai atasan, rakan-rakan dan ahli-ahli kakitangan. Oleh yang demikian kaedah komunikasi yang digunakan berlainan antara penduduk tempatan dan warga asing. Ini telah menggalakkan pekerja menjadi lebih terbuka berbanding pekerja tempatan. Masalah ini kadang-kadang boleh menyebabkan pengurus berada dalam situasi yang sukar. Oleh itu, pengurus yang berkesan akan memastikan persekitaran kerja yang kondusif dan produktif dicapai dengan keupayaan beliau untuk memahami pelbagai budaya pekerja dalam sesebuah organisasi dan menyesuaikan perbezaan ini dengan gaya pengurusan serba boleh. Adalah penting bagi sesebuah organisasi untuk menggunakan pendekatan globalisasi untuk menjadi berdaya saing di pasaran. Dalam sistem maklumat globalisasi organisasi terdapat 4 jenis model yang diterapkan iaitu model Global, model Multinasional, , model Antarabangsa dan model Transnasional. Model Transnasional merupakan model yang terbaru gabungan daripada model model Global, Multinasional, dan model Antarabangsa yang merupakan model yang paling banyak diamalkan kebanyakan organisasi. Model ini boleh meningkatkan kecekapan melalui rangkaian dalam sesuatu proses dan juga memberikan fleksibiliti melalui peranan yang khusus serta mewujudkan sebuah organisasi pembelajaran yang dinamik dan memudahkan proses inovasi. Organisasi dipengaruhi oleh 3 komponen model yang terbaik adalah:

1. (Global Efficiency) Kecekapan global
2. ( Local fleksibility) Kesesuaian terhadap keperluan tempatan
3. (Innovation and sharing information) Inovatif dan perkongsian maklumat

3.2 Mengurus Pelbagai Tenaga Kerja

Organisasi hari ini juga menghadapi cabaran untuk menyesuaikan diri dengan kepelbagaian dalam tenaga kerja, iaitu dari segi jantina, umur, bangsa dan keturunan.
Jika suatu ketika dahulu kita jarang menemui kaum wanita memegang jawatan tinggi dalam organisasi tetapi kini ia bukan sesuatu yang menghairankan. Di samping itu mereka yang kurang upaya turut diberi peluang dalam dunia pekerjaan. Budaya dan latar belakang yang berbeza bukan menjadi penghalang bagi para pekerja untuk berada di sesebuah organisasi. Malah tenaga kerja yang pelbagai ini meningkatkan kreativiti dan inovasi dalam organisasi. Mereka sebenarnya adalah aset kepada organisasi jika diiktiraf dan diberi layanan yang adil. Pengurus tidak boleh lagi beranggapan bahawa semua pekerja adalah sama tetapi perlu menghargai perbezaan yang terdapat pada setiap individu. Istilah ‘melting-pot’ tidak lagi sesuai digunakan dalam berhadapan dengan tenaga kerja yang pelbagai ini.

Pengurus perlu memahami diversiti tenaga kerja dan kelainan yang ada pada pekerja. Setiap tenaga kerja yang berlainan ini mempunyai kelebihan kompetitif yang berpotensi untuk perkembangan syarikat. Pengurus tidak perlu risau akan peningkatan heterogen tenaga kerja sebaliknya menjadikan ia sebagai satu kelebihan yang ada pada syarikat untuk berkembang lebih maju. Konsep pengurusan kelainan tenaga kerja perlu difahami secara teliti bagi memahami setiap karenah subordinatnya. Seorang pengurus global yang berjaya memerlukan pandangan jauh dan pemikiran yang berhati-hati seperti melibatkan diri dalam budaya baru Menurut Solomon (1995). Situasi ini membantu pengurus membangunkan rangkaian sosial dan membekalkan banyak maklumat tentang sesuatu budaya. Ini merupakan salah satu kemahiran silang budaya dalam pengurusan kelainan tenaga kerja yang digariskan oleh Solomon dalam tujuh kemahiran yang diketengahkan. Menjadi tugas berat kepada pengurus untuk mencabar dirinya dalam memahami diversiti yang ada dalam organisasinya. Contohnya syarikat, Petronas merupakan sebuah syarikat tempatan yang berstatus multinasional mempunyai bilangan pekerja yang mempunyai pelbagai latar belakang yang berbeza namun syarikat ini mampu bertahan sehingga ke hari ini kerana setiap daripada pekerjanya saling memahami dan menghormati antara satu sama lain dan juga mereka memegang kuat prinsip dan nilai yang ditekankan oleh Petronas sendiri antaranya ialah profesionalisme, proaktif, amanah, setiakawan dan kesetiaan perbadanan. Kesefahaman ini jelas menunjukkan bahawa setiap daripada individu yang berbeza ini mampu mencapai kesepakatan dalam kerja. Seorang pengurus perlu bijak menghadapi segala cabaran mengurus heterogen tenaga kerja yang wujud dalam organisasinya. Cabaran kos yang tinggi dalam mengurus beberapa aspek seperti visa pekerja, kesihatan dan lain-lain adalah merupakan satu tanggugjawab yang perlu dilakukan oleh setiap majikan. Contoh pekerja asing di Malaysia dikatakan sangat ramai ketika ini berikutan peluang yang diberikan oleh majikan yang mencari peluang menghadkan kos pekerja. Namun begitu, majikan atau pengurus tidak seharusnya bertindak demikian kerana ianya melanggar peraturan dan syarat. Oleh itu, seorang pengurus harus bijak memahami dan mengurus kepelbagaian tenaga kerja dan kesesuaian budaya dalam pengurusannya.

3.3 Etika

Mengalami cabaran dan masalah etika merupakan faktor yang tidak dapat dielakkan oleh seorang pengurus. Organisasi yang mempunyai dasar yang jelas dan amalan kerja yang biasanya sangat berjaya dalam menguruskan cabaran dan dilema yang melibatkan etika. Walau bagaimanapun, beberapa organisasi menghadapi kesukaran dalam menguruskan masalah etika yang berkaitan dengan mereka. Ini kerana tidak semua individu atau pekerja mempunyai pendapat yang sama. Mujurlah, masyarakat hari ini secara amnya adalah lebih berpengetahuan tentang keperluan mereka untuk bertindak dalam batas-batas undang-undang dan peraturan-peraturan, menyedari sepenuhnya bahawa mengambil rasuah, pecah amanah dan mengejar kepentingan peribadi seseorang dengan mengorbankan organisasi masing-masing akan mengakibatkan kesan yang tidak diingini kepada mereka dan organisasi. Secara keseluruhannya, pengurusan etika kerja yang merujuk kepada keupayaan seseorang individu untuk membuat keputusan dan memilih tingkah laku yang betul, yang tidak bercanggah dengan nilai-nilai dan prinsip-prinsip umum organisasi. Nilai-nilai ini perlu diterapkan dalam semua individu dari awal.
4.0 Cadangan Bagaimana Menangani Cabaran Dengan Baik.

Berikut adalah merupakan antara cadangan ‘ cadangan yang dibuat oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sarawak untuk tujuan penambahbaikan organisasinya.
4.1 GLOBALISASI DAN CADANGAN

Pengurus Bahagian Teknologi perlu melakukan rombakan beberapa strategi contohnya mewujudkan perkongsian idea dengan pengurus. Ini bertujuan mewujudkan hubungan yang baik, melibatkan pengurus dalam membuat strategi jabatan. Cadangan ‘ cadangan yang perlu diambil perhatian ialah:-

4.1.1 Peningkatan Mobiliti perlu ditingkatkan di kalangan pekerja
Bagi meningkatkan penawaran modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi usaha yang strategik perlu diambil untuk menarik dan mengekalkan pekerja berpengetahuan serta mempunyai mobiliti yang tinggi Antara langkah yang diambil bagi mendapatkan mereka yang berkepakaran di peringkat global termasuk menggalakkan warganegara kembali ke Malaysia. Usaha akan dipergiat bagi membolehkan orang kurang upaya berdikari dan menyertai aktiviti ekonomi yang produktif. Langkah itu termasuk menyediakan lebih banyak program latihan vokasional terutamanya kemahiran yang diperlukan oleh industri

4.1.2 Sentiasa bersedia Menghadapi Persaingan Global.

Hakikatnya kita tidak mempunyai banyak pilihan sekarang ini. Kita perlu hasilkan sumber manusia dan bakat yang dapat menerokai pelbagai peluang di negara luar yang
maju, bukan saja di Barat. Anak muda perlu didedahkan seawall mungkin dengan peluang dan keindahan dunia untuk diterokai. Mereka perlu dibimbing dan diberikan pendedahan melalui proses pembelajaran dan informal terhadap dunia yang luas terbentang. Kita juga perlu yakin beta pentingnya penguasaan pelbagai bahasa, tetapi juga bersedia berhadapan dengan pelbagai budaya berbeza, kepelbagaian yang wujud di mana saja, berfikiran global dan universal serta bersedia menghadapi persaingan terbukadalam pelbagai bidang.Menjadi satu keperlan untuk menguasai kemahiran bagi berhadapan dengan kelainan dalam pelbagai kumpulan masyarakat, mempunyai toleransi budaya dan agama yang tinggi sebagai orang berilmu, bersikap profesional dalam setiap tindakan dan pengurusan masa yang cekap.

4.1.3 Mengambil Bahagian Dalam Membuat Perancangan Strategik.

Menurut (Mumtaz Began, Norasiken, Norhayati, 2002). Perancangan strategik merupakan aset utama dan ianya memainkan peranan yang sangat penting dalam pengurusan strategik.Ia merupakan gambaran atau rangka kerja bagi seseorang pengurus untuk menjalankan aktiviti pengurusan dalam sesebuah organisasi Perancangan ini juga membantu seseorang pengurus untuk membuat penilaian sertakeputusan yang berkaitan dengan halatuju sesebuah organisasi. Terdapat beberapa kepentingan perancangan strategik di dalam organisasi yang dapat dikemukakan disini antaranya ialah:

2.1 Pengurusan Yang Lebih Baik

2.2 Bertindak Balas Kepada Perubahan Persekitaran
4.1.4 Teknologi Maklumat Dengan Budaya Koporat.diutamakan

Dalam era yang maju kini penggunaan secara menular peralatan komunikasi seperti teknologi maklumat dapat menambahkan ilmu serta maklumat berkaitan dengan teknologi, disamping dapat mengurangkan kos kepada pelajar dan tenaga pengajar.

4.1.5 Faedah Pekerja yang Berpengetahuan tinggi

Sektor awam dan swasta di Malaysia harus bekerjasama untuk memajukan dan meningkatkan lagi pekerja mahirdan memunyai pengetahuan dalam bidang teknologi ada generasi akan datang Menjadi keutamaan seorang pengurus berperanan membantu mewujudkan budaya yang mementingkan pembangunan ilmu seperti memberi ganjaran biasiswa kepada pekerja untuk melanjutkan pelajaran, member latihan yang berkaitan dengue kerja dan cuti belajar untuk meningkatkan kemahiran pekerja. Dengan penghargaan ini pekerja akan merasa mereka dihargai, dihormati dan mempunyai setia terhadap organisasi.
4.2 CADANGAN TERHADAP TENAGA KERJA PELBAGAI DAN JUSTIFIKASI.

Kepelbagaian tenaga kerja merangkumi pelbagai perbezaan termasuklah latar belakang pendidikan, lokasi geografi, status ibu bapa, pengalaman kerja, dan banyak lagi. Untuk menguruskan kepelbagaian ini kita perlu memberi lebih tumpuan kepada dasar dan keperluan undang-undang Kepelbagaian tempat kerja juga boleh memberikan manfaat, di luar kotak pemikiran, kerja berpasukan yang lebih besar, dari segi moral yang lebih baik dan suasana persefahaman dan hormat.

Adalah menjadi tanggungjawab kita dalam mengubah budaya organisasi supaya ia lebih rapat mencerminkan nilai-nilai tenaga kerja pelbagai. Antara kemahiran yang diperlukan adalah: konsep mengurus kepelbagaian pengiktirafan kefahaman dan penerimaan bahawa kepelbagaian adalah melalui setiap aspek pengurusan kesedaran diri, dari segi pemahaman anda sendiri budaya, identiti, berat sebelah, prejudis dan stereotaip kesediaan untuk mencabar dan mengubah amalan institusi yang membentangkan halangan kepada kumpulan-kumpulan yang berbeza. Untuk mencapai kemahiran bekerja secara berkesan dalam persekitaran pelbagai pekerjaan, contohnya: kita haruslah Menunjukkan keupayaan untuk bekerja secara berkesan dalam persekitaran kerja yang pelbagai”

4.4 CADANGAN CABARAN ETIKA DAN JUSTIFIKASI.
4.4.1 Amanah Dalam Kerja

Sifat amanah adalah teras keharmonian dan kejayaan sesebuah institusi masyarakat atau pekerjaan; sebuah syarikat misalnya. Bayangkan jika seseorang pekerja atau pegawai tidak mempunyai sifat amanah; segala urusan tidak akan berjalan sempurna dan membawa kepada kehancuran institusi atau syarikat tersebut. Sifat amanah dalam kerja yang telah diamanahkan tentunya akan menghasilkan nilai-nilai keperibadian seorang pekerja yang baik. Peranan ketua-ketua bahagian atau majikan amat penting dalam membanteras gejala tidak amanah dalam kerja. Pekerja-pekerja seharusnya patuh kepada arahan yang diberi dan melaksanakan tugas itu dengan baik. Sifat ini bukan hanya melanda pekerja biasa sahaja, malah tidak kurang juga majikan atau ketua sendiri yang mengamalkan sifat tidak amanah ini.

4.4.2 Komited Terhadap Kerjaya.

Kunci kejayaan seseorang individu ialah komited terhadap kerjaya yang diceburinya. Komited yang dimaksudkan di sini ialah menumpukan perhatian dan bersungguh-sungguh terhadap apa yang dilakukan. Sifat komited ini dapat menyumbang ke arah terhasilnya mutu kerja atau khidmat yang cemerlang. Kerja yang dilakukan mestilah sentiasa mencari peluang-peluang untuk meraih kecemerlangan dalam kerja. Pekerja akan sentiassa melihat da merebut peluang yang tercipta atau dicipta sendiri. Kata-kata hikmat dalam perniagaan yang sering dijadikan pegangan usahawan ternama iaitu, “Peluang mesti dicari, ianya tidak diberi”. Ini merupakan faktor penting dalam mencapai kejayaan. Akhlak merupakan teras pembentukan etika kerja professional. Akhlak mulia yang dimiliki oleh seseorang pekerja mahupun ketua menjadi lambang ketinggian peribadi dan kualiti individu terbabit. Apalah gunanya seorang yang berpendidikan tinggi dan kemudiannya menjawat pekerjaan yang bagus jika berakhlak buruk. Akhlak buruk di sini contohnya mengamalkan rasuah, dasar pilih kasih dalam kerja, dan tidak komited dalam kerja. Banyak contoh yang dapat kita lihat dalam pentadbiran negara kita sendiri di mana ahli-ahli politik yang mengamalkan rasuah dan tidak kurangnya juga yang menerima rasuah untuk meluluskan sesuatu projek. Malahan suatu gejala Poltik Wang pernah mengemparkan sebuah gergasi politik di negara kita.

4.4.3 Jujur

Di dalam pekerjaan, sifat jujur atau benar dapat membentuk hubungan yang sihat di antara sesama pekerja, pekerja dan majikan dan sesama pelanggan atau pun orang yang berurusan di dalam pekerjaan tersebut. Sifat jujur dan benar dapat membendung segala perasaan syak wasangka dan tipu daya atau pun dusta. Contoh tipu daya dalam pekerjaan ialah seorang peniaga yang suka menipu pelanggannya dengan tujuan melipatgandakan keuntungan.

4.4.5 Pengurusan Masa

Dalam menjalani pekerjaan, amat perlu dititikberatkan soal pengurusan masa kerana salah satu faktor kejayaan dalam pekerjaan adalah pengurusan masa yang berkesan. Pengurusan masa yang cekap dapat membantu meringankan beban tugas di samping memudahkan segala urusan kerja.

5.0 RUMUSAN.

Pengurus Gelagat organisasi merupakan satu bidang kajian yang cuba menyelidiki kesan yang dihasilkan oleh individu, kumpulan, dan seterusnya struktur ke atas gelagat dalam organisasi, dan kemudian menggunakan pengetahuan ini untuk menjadikan organisasi lebih efektif. Kita selalu membuat tanggapan umum terhadap gelagat manusia Sebagai seorang pemimpin dan pengurus yang cemerlang perlu memainkan peranan dalam membangunkan kemahiran interpersonal, dan kemanusiaan jika mereka ingin melaksanakan tugas mereka secara efektif. Mereka harus bijak menyelesaikan masalah pekerja dan menjadi contoh yang baik dan boleh berkomunikasi dengan orang bawahanya. Gelagat organisasi harus memberi fokus bagaimana meningkatkan produktiviti, meningkatkan kepuasan kerja dan mengurangkan ketidak-hadiran di kalangan pekerja. Pengurus haruslah peka terhadap perkembangan sekeliling terutama terhadap gelagat pekerja dalam sesebuah organisasi. Disampng itu juga pengurus perlu bersedia berhadapan dengan pelbagai cabaran etika tenaga kerja yang pelbagai, globalisasi dan perubahan teknologi semasa. Dengan adanya semangat yang komiterd terhadap organisasi maka tiada masalah untu bersaing dengan pihak yang berdada dalam negara maupun luar negara. Ia juga memberi peluang kepada pengurus memperbaiki kemahiran kemanusiaan, menangani keadaan persekitaran yang sentiasa berubah seperti downsizing.

Review this essay:

Name
Rating
Your review: (optional)

Latest reviews:

★★★★★
5 5 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.