Essay: Guru dalam profesion - Essay Marketplace

Essay: Guru dalam profesion

Guru dalam profesion keguruan ini perlulah menjadi seorang tokoh yang berpengetahuan luas dan sentiasa peka terutamanya dalam setiap aspek dan bidang yang berkaitan dengan sistem pendidikan di Malaysia. Hal ini kerana guru merupakan pemangkin wadah perjuangan untuk para pelajar untuk membina daya pemikiran yang kreatif, kritis dan analitikal.
Justeru itu, kerajaan hari ini telah mengorak langkah dengan melakukan transformasi pendidikan dengan meletakkan transformasi keguruan sebagai profesion pilihan agar setiap pelajar mampu memiliki enam ciri utama untuk berupaya bersaing pada peringkat global iaitu berpengetahuan, mempunyai kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta mempunyai identiti nasional sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Walaupun enam teras dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 belum dibuktikan keberkesanannya, tetapi Menteri Pendidikan Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini telah melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 bagi menggantikan PIPP untuk tempoh 12 tahun yang akan datang. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata bahawa Pembangunan Profesional Berterusan bersesuaian dengan persaingan pendidikan abad ke-21 dan transformasi pendidikan untuk melahirkan modal insan bertaraf dunia yang mampu bersaing dan mengharungi cabaran peringkat antarabangsa. (http://www.nutp.org/new/ms/node/1144)
Dalam merangka PPPM ini, 9 bidang keutamaan untuk mencapai visi negara yang dikenal pasti hasil daripada Laporan Penilaian Pendidikan Negara telah diperhalusi. Sembilan bidang tersebut ialah memartabatkan profesion keguruan, meningkatkan kualiti kepimpinan sekolah dan yang ketiga, meningkatkan kualiti sekolah. Selain itu, bidang keempat pula adalah untuk memantapkan kualiti kurikulum dan pentaksiran, meningkatkan penguasaan dalam pelbagai bahasa, dan yang keenam, mengukuhkan penglibatan ibu bapa, sector swasta dan masyarakat sebagai rakan kongsi dan pasaran kerja. Yang kelapan pula adalah dengan memperbaiki kecekapan dan keberkesanan pengurusan sumber dan bidang yang kesembilan pula, adalah untuk membina kemampuan serta keupayaan sistem penyampaian pendidikan.
Daripada keseluruhan sembilan bidang keutamaan ini, Kementerian telah mengenal pasti 11 anjakan yang perlu dilakukan bagi menghasilkan perubahan yang dingini oleh seluruh rakyat Malaysia. Antara anjakan tersebut ialah anjakan yang keempat,iaitu, meningkatkan kualiti guru dan menjadikan profesion keguruan sebagai profesion pilihan. Untuk itu, pihak kementerian akan mengetatkan syarat kemasukan ke pusat latihan perguruan dengan menyasarkan hanya 30% teratas daripada kelompok pelajar cemerlang untuk menyertai profesion keguruan. Jika mereka yang kurang berkebolehan dan kurang mahir diberi tawaran kemasukan ke institusi perguruan, maka hasilnya mereka tidak akan mampu untuk membina dan membentuk para pelajar yang produktif.
Untuk guru-guru yang sudah berada dalam sistem pendidikan, pihak kementerian akan mengukuhkan pembangunan kerjaya berterusan para guru dengan melaksanakan program pembangunan kerjaya secara in-situ di sekolah. Bagi menyokong peningkatan prestasi guru, pihak kementerian akan menyediakan laluan kerjaya guru berasaskan prestasi dan kompetensi. Dalam konteks ini, guru yang berprestasi tinggi akan berpeluang untuk menikmati kenaikan pangkat yang bermula daripada gred DG41 sehinnga DG54 dalam tempoh masa yang lebih singkat, iaitu kurang daripada 25 tahun. Tempoh masa untuk menikmati kenaikan pangkat ke DG54 merupakan purata tempoh kenaikan pangkat secara time-based yang baharu.

Review this essay:

Name
Rating
Your review: (optional)

Latest reviews:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.