Essay: Ia selalu disalah tafsir.... - Essay Marketplace

Essay: Ia selalu disalah tafsir….

Ia selalu disalah tafsir sebagai bukti golongan pintar cerdas adalah bebas dari masalah dan mencapai kejayaan / kesejahteraan dengan senang. Dengan kata lain, hanya mereka yang seiring dengan deskripsi Terman dianggap sebagai pintar cerdas. Pada hari ini, penyelidik psikologi pintar cerdas menganggap sampel Terman terlalu sempit dan mengecualikan banyak kanak-kanak pintar cerdas mengikut kriteria sekarang. Masalah berlaku apabila Terman memilih peserta / subjek kajian berdasarkan cadangan guru dan markat ujian IQ. Seperti apa yang kita faham, mengenalpasti pelajar pintar cerdas tidak selalunya senang. Kebanyakan buku yang membincangkan ciri-ciri kanak-kanak pintar cerdas seolah-olah menggambarkan mereka ini adalah golongan yang sempurna dan memiliki pelbagai kelebihan dan keistimewaan. Konsep ini tidak begitu tepat. Apa yang boleh kita katakan adalah kebanyakan individu pintar cerdas menunjukkan kebanyakan ciri-ciri ini secara keseluruhan. Perlu diingatkan:

Bukan semestinya semakin tinggi kecerdasan, semakin banyak tingkah laku pintar cerdas yang ditunjukkan.
Selalunya terdapat kekecualian dan perbezaan individu, keadaan ini lebih jelas kelihatan dalam pergaulan seharian kita dengan golongan ini.
Banyak individu yang sangat tinggi kecerdasan tidak menunjukkan banyak ciri-ciri yang disenaraikan. Contohnya dia belajar matematik tambahan semasa tingkatan satu dan menunjukkan aptitut akademik yang sangat tinggi dalam semua subjek. Pada masa yang sama, dia juga tidak memiliki mana-mana hobi, bukan seorang yang kreatif, dan bukan tinggi dalam perkembangan moral dan etika. Kematangan pemikirannya juga di bawah perkembangan akademiknya, dia tidak ada wawasan jangka panjang atau melakukan sesuatu demi menunjuk-nunjuk semata-mata. Perkembangan tidak sekata bukan luar biasa bagi golongan ini.
Kalau pelajar anda menunjukkan tanda-tanda berikut tetapi tidak menunjukkan pencapaian akademik yang setimpal, dia adalah pelajar pintar cerdas pencapai rendah. Keadaan ini menunjukkan masalah telah berlaku dan guru perlu memahami apakah punca keadaan ini. Dia mungkin tidak berminat dengan akademik di sekolah atau menghadapi masalah sosioemosi yang lain.
Menggolongkan semua individu pintar cerdas bersama tidak semestinya mewujudkan persahabatan yang berkekalan. Disebabkan perkembangan mereka yang melampau dan cenderung tidak seimbang, perbezaan antara satu sama lain mungkin membawa kepada konflik. Prinsipnya adalah menggolongkan mereka mengikut kecenderungan atau jenis mereka. Disebabkan perbezaan dan keunikan mereka, membantu mereka mendapat rakan yang mirip kepada mereka adalah satu cabaran yang sukar. Bagi mereka yang terlampau pintar cerdas, mereka adalah satu-satu bagi jenisnya.
Golongan pintar cerdas bukan kelompok manusia yang sempurna. Ada mungkin berasa tertekan sebagai guru pendidikan pintar cerdas bukan sebab cabaran dari segi akademik semata-mata, tetapi sikap dan tingkah laku mereka yang buruk. Kajian Terman mungkin menggalakkan romantisisme terhadap golongan ini.

Review this essay:

Name
Rating
Your review: (optional)

Latest reviews:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.