Essay: Peranan Kerajaan Dalam Mengatasi Masalah Ekonomi - Essay Marketplace

Essay: Peranan Kerajaan Dalam Mengatasi Masalah Ekonomi

4.3.1 Langkah Kawalan Tukaran Asing Berpilih-Pilih
Sejak berlakunya krisi mata wang di asian tenggara ini ia telah menyebabkan Negara-negara yang terkesan daripada krisis ini telah mengambil pelbagai langkah dan jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah ini. Langkah-langkah penyelesaian ini terpaksa di ambil berikutan pelgabai masalah yang di hadapi oleh Negara-negara yang mengalami krisis tersebut termasuklah masalah inflasi dan pengganguran yang tinggi.

Namun di Malaysia, kerajaan di bawah pimpinan dr Mahathir telah mengambil langkah yang berbeza di mana pada 2 september, kerajaan telah mengistiharkan langkah kawalan tukaran asing berpilih-pilih dan kawalan itu mula berkuat kuasa. Walaupun Malaysia merupakan salah satu pasaran sahan yang mempunyai modal yang terbesar dan pasaran yang amat terbuka, namun kerajaan telah mengambil langkah yang drastic dengan mengawal segala jual beli ringgit Malaysia yang ada kalitan dengan perdagangan keewangan antarabangsa.

Langkah kawalan tukaran asing berpilih-pilih ini adalah merupakan langkah kawalan yang di buat secara minimum dan ia mengandungi tiga langkah iaitu pertamanya pasaran ringgit luar persisir di hapuskan dan ini akan menyebabkan spekulator tidak lagi mempunyai peluang untuk mendapatkan lagi modal dalam matawang tersebut. Ia dibuat dengan membekukan semua akaun ringgit luaran bagi bukan pemastautin di Malaysia. Mereka tidak di benarkan meminjam atau menjual ringgit kepada bukan pemastautin yang lain tetapi boleh melabur dana mereka secara bebas di Malaysia. Dengan demikian, peniaga matawang tidak lagi boleh membuat jualan singkat ringgit atau menukar nilai tukaranya.

Kedua kerajaan telah menetapkan kadar tukaran bagi ringgit ialah RM 3.80 bagi setiap dolar amerika dan yang ketiga iaitu yang terahir iaitu satu ‘peraturan 12 bulan’ telah di kenakan bagi menyekat penyaluran keluar dana portfolio bagi tempoh setahun. Peraturan 12 bulan ini perlu kerana keadaan pasaran keewangan yang amat tidak stabil pada ketika itu. Kemungkinan berlakunya kempen publisiti buruk terhadap langkah unorthodox Malaysia itu akan mencetuskan pengaliran keluar modal jangka masa pendek secara besar-besaran. Oleh itu, sekatan 12 bulan diperlukan.

Dr Mahathir menyatakan rasionalnya kawalan tersebut adalah untuk mempertahankan ekonomi dan rakyat daripada serangan spekulator matawang. Kesan yang lagi buruk akan terjadi apabila membiarkan spekulator matawang bebas untuk menyerang dan menghancurkan ekonomi dan kekayaaan Malaysia. Walaupun kenyataan dr Mahathir ini di anggap ketinggalan zaman dan bersifat radikal oleh sebahangian pakar ekonomi terkemuka namun terdapat juga pakar ekonomi yang menyokong kenyataan yang di keluarkan oleh dr Mahathir ini. Contohnya. Profesor paul krungman, seorang ahli ekonomi terkanal di amerika syarikat yang menyatakan bahawa ‘sesuatu keadaan kecemasan memerlukan pedekatan keemasan’.

Jika di lihat matlamat utaman kawalan ini adalah bertujuan bagi membolehkan Malaysia kembali menguasai ekonominya, yang sebelum ini di tentukan oleh spekulator dan pemanipulasi, bagi menjamin rakyat Malaysia sendiri yang menentukan masa depan mereka. Langkah yang diambil di rumus dengan cukup teliti bagi mengoptimumkan kesan positif daripada globalisasi dan mengenetepikan akibat buruk daripadanya. Secara khususnya hanya pekara-pekara berikut yang di kawal iaitu urusniaga dalam ringgit di kalangan buka permastautin melalui akaun luar mereka, aliran keluar modal jangka masa pendek dengan memerlukan modal tersebut berada dalam Negara selama tempoh minimum setahun, import dan eksport oleh pengembara bagi kedua-dua pemastautin dan bukan pemastautin dan ahir sekali pelabur Malaysia di luar Negara yang kini memerlukan kelulusan memandangkan kekurangan dana untuk di bawa keluar. Walau bagaimanapun modal boleh diperolehi daripada luar Negara dengan mengunakan cagaran asset asing. Langkah tersebut dibuat adalah bertujuan untuk menghalang spekulaor matawang daripada mendeaptkan ringgit dengan mengurangkan bekalan ringgit dalam pasaran luar persisir. Malah ia juag bertujuan untuk menstabilkan aliran masuk modal jangka masa pendek dengan memastikan modal yang di bawa masuk berada dalam negeri bagi tempoh minimum setahun.

Dr Mahathir juga memberi amaran bahawa krisi ekonomi asia akan menjadi teruk dan mencadangkan kepada Negara-negara yang mengalami krisis tersebut agar menggunakan kaedah kawalan modal untuk mengembangkan kembali ekonomi mereka yang telah mengucup. Ramai para ahli ekonomi yang berpegang kepada pandangan konvensional dan telah mengkritik kawalan mata wang. Pendapat biasa ekonomi ialah pasaran lebih mengetahui daripada kerajaan dalam menagihkan sumber ekonomi. Malangnya, mereka tidak mengambil kira perbezaan yang terdapat dalam pasaran keewangan antarabangsa. Perjanjian Dexter Whiter dan John Maynard Keynes, menggalakan liberasi ekonomi dan pada masa yang sama akan menghadkan urus niaga keewangan antarabangsa. Bagaimanapun atas cadangan Tabung Keewangan Antarabangsa ( IMF ),seluruh Negara di dunia ini telah menghapuskan kawalan mata wang. Krisis keewangan yang berlaku di asia tenggara ini telah membuktikan bahawa pandangan tersebut ternyata salah.

Oleh yang demikian kaedah yang di ambil oleh Malaysia telah membuahkan hasil dan kejayaan. Tindakan yang dilakukan oleh Malaysia dalam kawalan matawang terpilih ini telah mendapat perhatian dan pelbagai andaian telah dilakukan terhadap dasar yang telah dilaksanakan oleh Malaysia ini. Secara amnya, kawalan mata wang ini akan memberikan dua impilikasi yag berbeza kepada sesebuah Negara yag mengunakannya. Pertamanya, sekiranya polisi ini Berjaya maka langkah ini akan menyelamatkan Malaysia daripada krisis ekonomi dan keduanya pula adalah sekiranya kawalan ini tidak Berjaya, maka Malaysia akan menjadi Negara yang paling lambat pulih daripada krisis ekonomi tersebut. Namun, keberanian yang ada pada dr Mahathir telah Berjaya menyelamatkan Malaysia daripada terus terperangkap dalam krisis ekonomi tersebut.

4.3.2 Tidak Meminjam Daripada IMF
Tabung keewangan antarabangsa (The International Monetary Fund ) ataupun IMF adalah merupakan hasil daripada persidangan Bretton Woods pada julai 1944. IMF ini merupakan sebuah organisasi yang bersifat multilateral yang memberi fokus kepada sistem keewangan antarabangsa. Semasa awal penubuhannya pada tahun 1946 terdapat 46 ahli yang menyertainya dan ia telah berkembang kepada 188 negara selepas itu. IMF adalah merupakan sebuah badan daripada sistem keewangan antarabangsa, ia ditubuhkan bertujuan untuk mempromosikan kewangan antarabangsa, mengembangkan pertumbuhan perdagangan antarabangsa, memudahkan kadar pertukaran, dan menghapuskan sekatan ke atas aliran modal antarabangsa.

Ketika berlakunya krisis ekonomi pada tahun 1997 tersebut IMF di lihat sebagai institusi yang penting dalam membantu Negara-negara yang mengalami krisis ekonomi tersebut disebabkan oleh IMF merupakan institusi yang bertanggungjawab untuk melindungi kestabilan sistem keewangan antarabangsa. Tidak seperti kebanyakkan krisis lain yang memerlukan campur tangan IMF, perbelanjaan kerajaan yang membazir tidak menyebabkan krisis asia. Oleh itu, ketidakseimbangan fiscal bukan lah kebimbangan utama dalam rancangan IMF pada peringkat awal.
.

Review this essay:

Name
Rating
Your review: (optional)

Latest reviews:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.