Essay: Essay: TEORI KONFLIK – PERJUANGAN KELAS

Essay details:

  • Subject area(s): Malay Essays
  • Reading time: 5 minutes
  • Price: Free download
  • Published on: September 24, 2015
  • File format: Text
  • Number of pages: 2
  • Essay: TEORI KONFLIK - PERJUANGAN KELAS
    0.0 rating based on 12,345 ratings
    Overall rating: 0 out of 5 based on 0 reviews.

Text preview of this essay:

This page of the essay has 1337 words. Download the full version above.

Teori konflik diasaskan oleh Karl Marx yang berasal dari Jerman. Pemikiran Karl Marx banyak dipengaruhi oleh Hegel. Karl Marx menekankan bahawa masyarakat berada di dalam konflik antara satu sama lain.Menurut Karl Marx, kumpulan dan masyarakat sentiasa di dalam keadaan konflik kerana masyarakat berlumba-lumba untuk mendapatkan sumber yang terhad seperti wang, pasangan dan sebagainya (Cornflict Perspective,2014).
Oleh hal yang demikian, berlaku ketidaksamarataan di dalam pembahagian sumber tersebut. Hal ini telah menyebabkan wujudnya kumpulan pertengahan (borjuasi) dan kumpulan yang pekerja (proletariat). Marx percaya kapitalisme menyebabkan berlakunya ketidakadilan dalam pembahagian sumber di kalangan masyarakat. Hal ini kerana golongan proletariat memerlukan pekerjaan untuk meneruskan kehidupan dan golongan borjuasi akan mengambil kesempatan di atas kesusahan mereka dengan memberikan gaji yang sedikit untuk memastikan mereka mendapat keuntungan yang besar. Golongan borjuasi akan memastikan mereka sentiasa berkuasa dan gologan proletariat sentiasa di bawah kekuasaan mereka dan ditindas.
Konflik inilah yang menyebabkan berlakunya perubahan sosial di dalam kalangan masyarakat. Marx percaya, golongan proletariat akan sedar bahawa mereka boleh merubah keadaan mereka dengan pendidikkan dan kesedaran diri. Mereka akan memahami sistem kapitalis dan akan merangka inisiatif untuk mengubahnya. Selaku seorang yang hidup di zaman perindustrian yang berkembang pesat, Marx ingin melihat berlakunya kesamarataan dalam kalangan masyarakat dan Marx menggelarnya komunisme.
Menurut Marx, perubahan hanya boleh dicapai sekiranya golongan proletariat melakukan revolusi radikal untuk menyingkirkan golongan kapitalis. Revolusi ini akan menyebabkan golongan borjuasi melakukan perubahan untuk memastikan mereka sentiasa mendapat keuntungan. Seterusnya sistem yang baru akan muncul di mana kekayaan dibahagikan sama rata dan kilang serta perniagaan adalah milik semua orang. Melalui kebangkitan ini juga akan mewujudkan era kapitalis moden yang seterusnya membawa kepada sosialis (Conflict Theory,2000). Teori Marx adalah lebih bersandarkan kepada material dan terdapat juga kritikan terhadap teori Marx yang dilihat sebagai naif kerana menanggap perbezaan kelas dapat diubah dan masyarakat mempunyai hak yang sama rata ke atas sumber yang terhad (Wolters, 2013)
ISU : GEJALA MEMBUNUH DIRI DALAM KALANGAN PEKERJA FOXCONN TECHNOLOGIES ,SHENZHEN, CHINA.
Gejala membunuh diri adalah suatu masalah sosial dalam masyarakat. Membunuh diri dengan sengaja dan berniat untuk mendapatkan sesuatu adalah perkara biasa pada zaman manusia hidup tertekan dengan idea kapitalisme yang mencengkam kini. Fenomena membunuh diri di negara China di kalangan pekerja bawahan berlaku setiap tahun. Menurut data Kementerian Kesihatan China pada tahun 2003, sebanyak 250,000 kes bunuh diri telah berlaku dan 2 juta kes adalah cubaan untuk membunuh diri. Foxconn adalah kilang yang menjadi pembekal kepada produk Apple dan HP. Meskipun aktiviti membunuh diri sudah menjadi kebiasaan kepada masyarakat di sana, kes di kilang Foxconn ini menarik perhatian dunia kerana sebanyak 15 orang telah membunuh diri dalam tempoh setahun sahaja iaitu pada 2010. Antara bulan yang mencatatkan kes tertinggi adalah pada Mei 2010 seramai 7 orang telah membunuh diri.
Setelah banyak kes membunuh diri telah berlaku di kilang yang sama, ahli keluarga mangsa dan badan hak asasi manusia di China telah bertindak balas terhadap isu tersebut dengan mengadakan rusuhan di hadapan bangunan kilang berkenaan. Antara siri rusuhan yang berlaku adalah pada 25 Mei 2014, ‘Students & Scholars Against Corporate Misbehaviour’ (SACOM) satu persatuan pelajar telah membuat protes di hadapan ibu pejabat Foxconn di Hong Kong. Seramai 25 orang telah terlibat dalam protes ini. Mereka telah melakukan acara pengebumian sebagai simbolik kepada ketidakadilan terhadap mangsa bunuh diri ini. Keluarga mangsa bunuh diri ini juga telah bertindak balas dengan meletakan bunga di hadapan kilang Foxconn di Taipei kerana ahli keluarga mereka telah meninggal di tapak kilang Foxconn tersebut.
Menurut laporan media, terdapat beberapa sebab kenapa gejala membunuh diri ini berlaku adalah para pekerja tidak diberikan hak mereka sebagai pekerja dan diterangkan kepada mereka apa yang sepatutnya mereka dapat. Suasana pekerjaan yang tidak sesuai dan pemberian gaji yang tidak setimpal dengan tuntutan kerja merupakan faktor utama gejala membunuh diri ini. Dalam kes yang berasingan, Seperti di kilang Foxconn cawangan Chengdu, pekerja terpaksa bekerja dalam bangunan yang tidak siap sepenuhnya dan berisiko terhadap apa-apa kecelakaan. Asrama bagi pekerja-pekerja ini juga sempit dan tinggal dalam bangunan yang tidak siap. Selain daripada sebab di atas, para pekerja juga tidak diberikan pakaian keselamatan ketika bekerja dan terdedah dengan pelbagai radiasi dari bahan-bahan kimia yang ada. Perkhidmatan awam seperti bas telah menjadi alat pengangkutan ke tempat kerja secara lansung kerana majikan tidak menyediakan kemudahan bagi pekerja mereka. Jam bekerja juga mesti 12 jam dan di peruntukan 13 hari bekerja secara berturut-turut dan hanya 1 hari untuk berehat bagi seorang pekerja. Dengan menggunakan kaedah budaya kerja yang seakan latihan ketenteraan , pekerja-pekerja ini akan dipaksa bekerja sepantas yang mereka boleh. Tiada siapa pun di dunia ini akan menghendaki suasana pekerjaan yang teruk seperti ini. Maka tidak hairanlah mengapa kes bunuh diri seringkali berlaku di China.
Setelah beberapa siri bunuh diri dan hentaman daripada media luar, akhirnya pihak pengurusan Foxconn telah mengubah polisi dalam syarikatnya dengan tujuan untuk mengelakan tragedi ini berulang. Antara langkah yang diambil oleh Foxconn adalah meningkatkan gaji pekerja mereka, pemasangan jaring anti-bunuh diri di asrama pekerja, memperkenalkan aktiviti kerohanian, memaksa pekerja berikrar agar tidak bunuh diri dan memaksa pekerja mereka menandatangani dokumen yang menghalang pekerja daripada menyaman majikan sekiranya kecelakaan berlaku. Dengan meneliti polisi baru yang dilakukan oleh pihak pengurusan, ia dilihat sebagai langkah pencegahan bunuh diri tetapi ianya condong ke arah untuk menyelamatkan pihak pengurusan Foxconn sahaja dan bukan untuk melindungi hak pekerja secara sebetulnya. Langkah yang diambil oleh pihak pengurusan kilang ini seperti hanya memuaskan hati ahli keluarga mangsa sahaja dan menutup mata dunia tentang berlakunya gejala membunuh diri di kilang pembuat IPhone dunia ini.
PERKAITAN ISU DENGAN TEORI KONFLIK
Teori konflik digunakan bagi menjelaskan kenapa gejala membunuh diri di kilang Foxconn, China ini berlaku. Teori konflik ini diasaskan oleh Karl Marx. Berdasarkan teori ini, kumpulan masyarakat cenderung untuk berada di dalam keadaan konflik kerana terdapat ketidaksamarataan hak yang berlaku di dalam kumpulan masyarakat tersebut.
Contohnya , pihak kilang Foxconn lebih mementingkan keuntungan berbanding dengan nasib para pekerja mereka. Mereka inginkan keuntungan yang lebih tinggi dari kos yang digunakan bagi menghasilkan produk mereka. (Macionis, 2005) Bagi mendapatkan keuntungan tersebut, mereka telah membayar gaji yang tidak setimpal dengan tuntutan kerja kepada para pekerja. Para pekerja kebiasaannya menginginkan gaji yang tinggi dan berpatutan dengan kerja mereka Malah, apabila mereka membuat kerja lebih masa, gaji yang dibayar untuk kerja lebih masa tersebut juga tidak mencukupi. Mereka dikehendaki untuk bekerja selama 12 jam dan selama 13 hari bekerja secara berturut-turut dan hanya 1 hari untuk berehat bagi seorang pekerja. Ini menyebabkan mereka kepenatan kerana dipaksa bekerja dan gaji yang dibayar tidak setimpal dengan bidang pekerjaan.
Pembayaran gaji yang rendah kepada para pekerja ini memberi kesan negatif kepada hidup mereka. Hal ini kerana, kos sara hidup kian meningkat dan setiap manusia memerlukan sumber kewangan yang kuat bagi meneruskan kehidupan yang lebih sempurna. Meskipun China gah dengan kuasa ekonomi dunia terbesar selepas Amerika Syarikat, tetapi terdapat kesan banyak buruk yang menimpa rakyatnya. Tekanan hidup akan berlaku sekiranya pendapatan mereka tidak dapat menampung keperluan asas hidup sebagai seorang individu mahupun sudah berkeluarga.
Selain itu, para pekerja akan dipertanggungjawabkan sepenuhnya ke atas produk yang mereka hasilkan. Sekiranya, ia rosak ketika di dalam proses penghasilan produk tersebut, gaji mereka akan dipotong. keadaan ini akan menyebabkan pekerja berhati-hati kerana sebarang kecuaian akan dihukum dengan kaedah pemotongan gaji. Akibat dari tekanan daripada setiap sudut, mereka lebih suka untuk menamatkan riwayat mereka dan tambahan pula kebanyakan rakyat China tidak mempunyai pegangan agama.
Selain itu, pihak kilang juga tidak menyediakan fasiliti yang sempurna bagi kegunaan para pekerja bagi menjimatkan kos yang dikeluarkan oleh pihak kilang. Persekitaran tempat kerja yang tidak selamat ini boleh mendatangkan bahaya dan ketidakselesaan kepada para pekerja. Pihak pengurusan kilang hanya mementingkan keuntungan semata-mata dan tidak pun memikirkan kebajikan pekerja-pekerja di bawahnya. Tahap eksploitasi pihak pengurusan terhadap pekerja adalah sangat teruk. Perhambaan pada zaman moden boleh dilihat pada kes di kilang Foxconn ini.
Konflik antara pekerja dan majikan jelas dilihat dalam kes ini kerana pihak pengurusan Foxconn iaitu golongan borjuasi yang mempunyai sumber ( capital ), telah mengeksploitasi pekerja-pekerja iaitu golongan plotariat. Karl Marx, meramalkan bahawa setiap anggota golongan plotariat ini akan memberontak dan akan menurut perintah semula selepas permintaan mereka ditunaikan. Isu ini telah menunjukan bahawa teori konflik dari Karl Marx ini berkesan dan benar.

About Essay Marketplace

Essay Marketplace is a library of essays for your personal use as examples to help you write better work.

...(download the rest of the essay above)

About this essay:

This essay was submitted to us by a student in order to help you with your studies.

If you use part of this page in your own work, you need to provide a citation, as follows:

Essay Marketplace, Essay: TEORI KONFLIK – PERJUANGAN KELAS. Available from:<https://www.essaymarketplace.com/malay-essays/essay-teori-konflik-perjuangan-kelas/> [Accessed 11-07-20].

Review this essay:

Please note that the above text is only a preview of this essay.

Name
Email
Review Title
Rating
Review Content

Latest reviews:

Leave a Comment

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.