Essay: Essay: ‘Unsur-unsur Universal dalam Etika Keagamaan di Malaysia’

Essay details:

  • Subject area(s): Malay Essays
  • Reading time: 3 minutes
  • Price: Free download
  • Published on: October 13, 2015
  • File format: Text
  • Number of pages: 2
  • Essay: 'Unsur-unsur Universal dalam Etika Keagamaan di Malaysia'
    0.0 rating based on 12,345 ratings
    Overall rating: 0 out of 5 based on 0 reviews.

Text preview of this essay:

This page of the essay has 885 words. Download the full version above.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), perkataan ‘universal’ meliputi seluruhnya atau semuanya (di dunia ini), sejagat. Etika pula bermaksud ilmu buku prinsip-prinsip akhlak atau moral atau prinsip moral (atau akhlak) atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan (Kamus Dewan Edisi Keempat, 401:2005).

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai suku kaum yang berbilang terutama di Sabah dan Sarawak. Secara tidak langsung, Malaysia dianuti beberapa pegangan agama dan kepercayaan. Namun, uniknya Malaysia ialah masyarakat yang berbilang kaum dan agama mampu hidup bersatu-padu dan saling menghormati antara satu sama lain.

Dalam setiap agama akan terdapat etika keagamaan masing-masing contohnya dalam agama Islam, etika keagmaannya berkait rapat dengan akhlak ( merujuk kepada budi
pekerti seseorang individu; iaitu kelakuan atau gerak geri seseorang ). Asas utama akhlak dalam Islam adalah al-Quran dan al-Hadith. Dalam agama Islam, ada etika yang perlu dititikberatkan iaitu etika dalam hubungan sesama manusia, etika dalam kerja dan etika dalam perniagaan. Dalam erti kata lain, etika dalam agama Islam menitiikberatkan ketatasusilaan dan tertib serta kesopanan terutama kepada orang yang lebih tua atau yang lebih dihormati. Etika keagamaan ini lantas menjadi satu budaya yang berpanjangan dan menjadi tradisi dalam masyarakat Melayu khasnya.

Dalam agama Kristian pula, terdapat juga etika keagamaannya tersendiri. Penganut agama kristian berteraskan kehidupan, kematian dan kebangkitan semula Yesus Kristus. Dikenali sebagai ‘monotheisme beretika’ yang bermaksud kepercayaan kepada Tuhan yang satu yang mendorong supaya mematuhi kefahaman beretika tertentu. Ajaran Yesus Kristus ini dijadikan panduan dan etika kepada agama Kristian yang mana ajarannya diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Mereka mempercayai bahawa apa juga kesalahan yang dilakukan di dunia bakal dihakimi oleh Tuhan setelah menemui kematian kelak. Dalam ajaran Yesus Kristus, terdapat etika keagamaan yang wajib dipatuhi yang mana serupa juga dengan agama Islam iaitu sentiasa memulikan ibu bapa dan orang yang lebih tua, menjauhi perkara-perkara yang terlarang seperti penzinaan, mencuri, membunuh dan perkara yang bertentangan dengan konsep agama. Penganut agama Kristian juga memegang etika dalam perhubungan sesama manusia iaitu memupuk perhubungan yang baik tanpa mengira jantina, agama, status dan sebagainya.

Bagi masyarakat Cina yang berpegang dengan kepercayaan Confucianisme, mereka amat berpegang dan mengutamakan moraliti dan perbuatan yang baik serta berbudi. Kepercayaan Confucianisme juga menitikberatkan etika perhubungan sesama masyarakat dan keluarga. Menghormati orang yang lebih tua, menghormati masyarakat sekeliling, dilarang berbuat kejahatan dan mesti mematuhi ajaran dalam kepercayaan Confuciansime yang telah ditetapkan dan diterapkan semenjak kecil. Pemupukan sikap berperikemanusiaan diterapkan dalam diri terutama dalam bidang perniagaan yang mana dalam perniagaan tidak hanya memfokuskan kepada mengaut keuntungan semata-mata dan dilarang sama seklai meminggirkan sifat-sifat kemanusiaan dalam menjalankan perniagaan. Perniagaan harus dilkukan dengan adil dan saksama tanpa ada sikap yang dilarang dalam penganut kepercayaan Confucianisme.

Etika keagamaan dalam ajaran Hindu berteraskan kepada Kitab-Kitab suci mereka iaitu Kitab Upanishads, Vedas, Bhagavad Gita dan beberapa kita lain lagi. Pada mereka etika adalah tentang kebaikan dan buruknya manusia mengenai apa yang harus dikerjakan dan apa yang harus dielakkan sehingga terciptanya kehidupan yang benar-benar bermoral. Dasar pada etika agama Hindu ialah mengajar agar bertingkah laku yag baik dan mulia. Penganut agama ini diminta agar sentiasa berkelakuan baik dan mejaga hubungan baik sesama manusia sama ada tua mahupun muda. Sama seperti etika dalam agama Islam, Kristian dan kepercayaan Confuciansime, penganut agama Hindu juga dilarang berbuat kejahatan sepeti membunuh, mencuri, melakukan hubungan yang dilarang dan sebagainya. Mereka turut disarakan agar melaksanakan tanggungjawab dengan amanah sama ada dalam bidang kerja ataupun dalam institusi kekeluargaan. Sama seperti etika agama Islam, Kristian dan kepercayaan Confucianisme, penganut agama Hindu mempunyai etika dalam perhubungan semasa masyarakat lain dan juga dalam perniagaan dan sebagainya. Mereka digalakkan agar sentiasa bertanggungjawab dan amanah dalam tugas serta menghormati masyarakat lain tanpa ada sikap prejudis terhadap pegangan agama dan kepercayaan.

Tidak jauh berbeza dengan agama-agama dan kepercayaan yang disebutkan sebelum ini, agama Budha juga mempunyai etika keagamaan tersendiri. Agama Budha menitikberatkan kepada perhubungan semasa keluarga di mana harus mentaati orang yang lebih tua, menyayangi dan menjaga mereka. Dalam anutan agama Budha, larang-larangan seperti melakukan perlakuan yang tidak baik contohnya membunuh, mencuri, melakukan zina, berbohong amat dilarang. Anutan agama ini amat menitikberatkan konsep menghormati oarng yang lebih tua sama seperti kepercayaan Confucianisme. Etika agama Budha sangat berpegang kepada teras hormat dan etika inilah yang diterapkan kepada anak-anak seusia muda lagi agar ianya dapat diteruskan dan dijadikan landasan hidup sehingga mereka dewasa dan menemui kematian. Mereka percaya bahawa berbuat kebaikan semasa hidup di dunia akan mendapat balasan yang baik juga setelah ‘kehidupan semula’ sepertimana yang mereka percayai. Etika agama Budha juga menerapkan sifat jujur dan amanah terutama apabila berkecimpung dalam perniagaan. Menghormati institusi perniagaan lain juga menjadi amalan.

Keseimpulannya, etika keagamaan yang ada di Malaysia berunsur universal yang mana hampir kesemuanya mengharuskan agar masyarakat dalam pegangan agama masing-maisng berpegang kepada asas utama iaitu saling menghormati antara satu sama lain. Selain itu, larangan-larangan daripada melakukan perkara kejahatan turut dilarang dan mohon agar dijauhi dalam kehidupan seharian demi menjaga keharmonian kehidupan seterusnya.

Unsur-unsur universal inilah yang menjadikan masyarakat yang berbilang kaum dan agama serta berbeza kepercayaan dapat hidup bersatu padu dan aman damai kerana konsep atau etika keagmaan sebenarnya adalah sama walaupun berlainan teras pegangan. Menghormati antara satu sama lain, menghrmati ibu bapa atau orang yang lebih tua, menjauhi perbuatan mencuri, membunuh dan sebagainya menjadi satu sempadan pada para penganut agama masing-masing. Keadaan inilah yang menyebabkan keharmonian dan keamanan negara.

About Essay Marketplace

Essay Marketplace is a library of essays for your personal use as examples to help you write better work.

...(download the rest of the essay above)

About this essay:

This essay was submitted to us by a student in order to help you with your studies.

If you use part of this page in your own work, you need to provide a citation, as follows:

Essay Marketplace, Essay: ‘Unsur-unsur Universal dalam Etika Keagamaan di Malaysia’. Available from:<https://www.essaymarketplace.com/malay-essays/essay-unsur-unsur-universal-dalam-etika-keagamaan-di-malaysia/> [Accessed 11-07-20].

Review this essay:

Please note that the above text is only a preview of this essay.

Name
Email
Review Title
Rating
Review Content

Latest reviews:

Leave a Comment

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.