Essay: HUBUNGAN MANUSIA DENGAN ALAM SEKITAR

Essay details:

  • Subject area(s): Malay Essays
  • Reading time: 8 minutes
  • Price: Free download
  • Published on: September 7, 2021
  • File format: Text
  • Number of pages: 2
  • HUBUNGAN MANUSIA DENGAN ALAM SEKITAR
    0.0 rating based on 12,345 ratings
    Overall rating: 0 out of 5 based on 0 reviews.

Text preview of this essay:

This page of the essay has 2157 words. Download the full version above.

HUBUNGAN MANUSIA DENGAN ALAM SEKITAR

PENGENALAN

​Foster (1979: p.70) menyatakan bahawa Aristotle telah membuat tanggapan manusia sebagai objek yang selalu bertindak mencari kebahagian dan ini menjelaskan bahawa manusia memerlukan alam sekitar untuk mencapai tujuannya. Manusia banyak melakukan perubahan kepada alam sekitar termasuk kerosakan atau kebaikan. Hubungan manusia dan alam sekitar menjadi topik yang hangat diantara sarjana dan menjadi pendebatan dimana persoalannya diantara manusia dan alam sekitar manakah saling memerlukan. Manusiakah yang memerlukan alam sekitar atau alam sekitar yang memerlukan manusia.

​Sudah menjadi fitrah kejadian alam dan kejadian ciptaan manusia oleh Tuhan bahawa alam memerlukan manusia dan manusia memerlukan alam untuk meneruskan kehidupan. Manusia menjadi bumi sebagai tempat untuk meneruskan kehidupan dan menjana ekonomi untuk mengaut keuntungan dan kekayaan. Dan ada manusia menjadikan alam sekitar sebagai tempat kembali kepada PenciptaNya dimana berfikir tentang kuasa kejadian alam dan mensyukuri nikmat Tuhan yang diberikan kepada manusia.

​Agen pngubah dunia adalah manusia itu sendiri dengan membina dan membuat perubahan tetapi manusia juga yang merosakkan dn membinasakan.

KEPENTINGAN HUBUNGAN MANUSIA DAN ALAM SEKITAR

FAKTOR GEOGRAFI MEMBANTU EKONOMI MANUSIA.

Boehm(1996) menyatakan alam sekitar merujuk pada ruang permukaan bumi yang mempunyai perkaitan dengan cuaca, tanah-tanih, bentuk muka bumi, geomorfologi , hidrologi dan tumbuh-tumbuhan. Ini memberi kesan kepada manusia dikawasan pendalaman menjalani kehidupan yang lebih berkualiti. Ekonomi merupakan faktor utama manusia mengubah kehidupan lebih selesa dan mencapai kekayaan. Dengan bercucuk tanam dan pertanian dapat menghasilkan keperluan makanan dan kehendak manusia. Sebagai contoh bercucuk tanam apabila mendapat hasil apa yang ditanam boleh dimakan oeleh keluarga petani dan ini dapat melangsungkan kehidupan dan pertanian seperti pokok getah dapat digunkan untuk kehendak manusia contohnya tayar kereta untuk kegunaan manusia bandar menggunakannya. Jika tiada pokok getah yang diusahakan oleh penduduk pendalaman atau luar bandar maka manusia dibandar menajdi susah untuk menggunakan kereta.

Geografi atau bentuk muka bumi menjadi faktor kepada manusia untuk mencari tempat tinggal manusia. Jarang manusia tinggal di tempat yang berisiko tinggi seperti ditepi curam, lereng gunung berapi, kawasan yang tinggi suhu kepanasan dan kesejukan tetapi manusia akan mencari lokasi geografi yang agak staregik yang boleh membantu kehidupan yang baik dan mendapat kemudahan asas seperti di kawasan mudah mendapatkan bekalan air yang menjadi asas utama kepada penempatan manusia, kawasan yang banyak binatang atau kawasan yang benda yang boleh dimakan, kawasan yang lembab, dan kawasan mempunyai tanah yang subur untuk pertanian.

Georgrafi juga menjadi salah faktor penting kepada ekonomi. Ekonomi seperti perindustrian pembuatan, perkilangan, pemprosesan dapat membantu meningkatkan eknomi sesebuah kawasan. Bayangkan kawasan perindustrian dikawasan atas bukit, kawasan yang sejuk, kawasan yang panas atau lain-lain kawasan yang tidak sesuai, ini akan menggangu proeses perindutrian itu sendiri dan produktiviti pengeluaran mungkin akan tidak berkualiti atas fakor-faktor tersebut. Oleh itu, faktor geografi menjadi hubungan penting kepada ekonomi manusia untuk mewujudkan kehidupan yang berkualiti.

Selain itu, geografi juga menjadi tempat tempat mengkaji sumber semulajadi. Diatas muka bumi terdapat pelbagai sumber semulajadi atau setiap objek diatas bumi ini diperbuat dari sumber semulajadi. Apa saja objek yang digunakan manusia pada hari ini, ianya adalah daripada sumber alam semulajadi yang diproses kemudian dijadikan satu objek bagi kegunaan manusia. Sebagai contoh biji timah diproses untuk dijadikan logam, minyak masak dari pokok kelapa sawit, getah dari pokok getah, petroleum untuk menggerakkan kenderaan. Oleh itu, geografi muka bumi menjadi faktor untuk manusia mencari hasil sumber alam semulajadi untuk kegunaan manusia dan mencapai ekonomi sebuah kawasan. Oleh yang demikian, aktiviti kehidupan manusia faktor geografi memainkan peranan ekonomi teramat mustahak dalam meningkatkan kejayaan hubungan manusia dengan alam sekitar melalui ekonomi.

 

Rajah 1 menujukkan kelangsungan hubungan manusia ekonomi dengan alam sekitar berlangsung dalam ruang kotak putus-putus iaitu manusia dan alam sekitar berada di atas permukaan bumi yang ditunjukkan oleh anak panah. Hubungan langsung ini sudah lama wujud tetapi hubungan interaksi hanya bekesan apabila manusia mempunyai ilmu dan penggunaan teknolgi yang cukup untuk menggarap keperluan di peringkat perimeter. Oleh itu, manusia memerlukan pengetahuan untuk mengaut keuntungan melalui sumber dan memberi faedah oleh manusia lain.

MEWUJUDKAN SUASANA HIDUP YANG SELESA.

​Hubungan manusia dan alam sekitar amatlah penting sekali demi memastikan kehidupan yang selesa dan mewujudkan keharmonian dalam hubungan manusia dan alam sekitar. Apa yang dimaksudkan disini adalah manusia perlulah menjaga alam sekitar dengan baik sekali dari segi pencemaran alam dan lain-lain. Pada masa kini, sering kali dilihat bumi sering membawa bencana alam kepada kehidupan manusia. Ini disebabkan kejahatan dan kerosakan tangan manusia itu sendiri. Sikap manusia yang tamak telah merakuskan alam sekitar dan menyebabkan manusia lain turut sama merasai kesan bencana alam. Sikap manusia yang telah menganggu fungsi semulajadi alam sekitar menyebabkan berlaku bencana alam. Sebagai contoh, pembalakan yang semakin menjadi-jadi akhir ini menyebabkan bukit-bukit ditarah dengan penuh ketamakan demi keuntungan menjadi faktor berlakunya tanah runtuh dan banjir lumpur. Apabila bukit-bukit ditarah, kekuatan tanah untuk menahan air hujan tidak berupaya lagi kerana fungsi pokok-pokok balak adalah mengelak dari tanah runtuh terjadi.

​Apabila bencana alam berlaku, bagaimana manusia mahu mewujudkan kehidpuan yang selesa? Banyak kerosakan yang berlaku, kemudahan asas juga mungkin akan terganggu, penyakit mula merebak, dan ekonomi mungkin akan jatuh akibat kesan dari bencan alam yang berlaku. Selain itu, kesan perindustrian kilang-kilang yang telah membebaskan atau melepaskan asap-asap yang beracun ke udara tanpa rasa bersalah. Kesan pencemaran udara akan menyebabkan manusia akan lebih ramai menghidap penyakit seperti barah paru-paru, batuk-batuk dan lain-lain penyakit yang kronik. Dengan pencemaran ini, kehidupan manusia akan menjadi tidak berkualiti.

​Hubungan manusia dan alam sekitar tidaklah hanya sementara ini saja tetapi hubungan ini harus dijaga selama-lamanya untuk generasi yang akan datang dan terus melestarikan kehidupan yang berkualiti. Jika sekarang alam sekitar sudah rosak akibat kerakusan manusia, bagaimana kehidpuan generasi yang akan datang ? Jika hasil bumi sudah hampir habis dikaut oleh manusia pada masa kini, adakah ada lagi sumber semulajadi untuk generasi akan datang? Generasi akan datang juga mempunyai hak untuk meneruskan kehidupan dengan selesa dan berkualiti dan menjana ekonomi dengan baik. Jika dilihat pada masa kini, kebanyakkan tanah sudah dicerobohi dan didirikan pembangunan yang pesat. Untuk generasi yang akan datang dimana mereka hendak mengusahakan tanah untuk pertanian kerana tanah pada ketika itu sudah pun hampir tiada, keadaan air simpanan pun akan berkurangan kerana kekurangan tanah untuk menyimpan air bekalan di empangan-empangan. Keadaan akan lebih teruk jika kita pada masa kini tidak menjaga hubungan dengan alam sekitar.

KADAR OKSIGEN YANG BAIK DAN BERKUALITI

Hubungan manusia dengan alam sekitar bukanlah hanya sekadar melalui udara sahaja tetapi tumbuhan menjadi hubungan yang rapat dengan manusia. Bayangkan jika dunia ini tiada pokok dan tumbuhan pasti dunia ini akan gersang dan kepanasan serta tiada teduhan dari panas bagi mengurangkan cahaya matahari yang memancar ke bumi. Selain itu, tumbuhan merupakan saluran oksigen kepada manusia kerana tumbuhan juga merupakan mahluk yang hidup dan saling memerlukan antara manusia dan tumbuhan didalam kehidupan. Tumbuhan menjadi tempat kepada mata manusia untuk melihat kecantikan, dan apabila satu hari tumbuhan itu sudah tiada maka panaslah gersang bumi ini. Manusia berkait rapat dengan tumbuhan untuk meneruskan kehidupan dengan cara memelihara dan melestarikannya. Perbuatan pembakaran hutan secara terbuka akan mengakibatkan kesan yang amat buruk kepada alam kerana hutan juga merupakan nyawa kepada dunia. Oleh itu, manusia perlu menjaga hubungan dengan alam terutamanya tumbuhan-tumbuhan yang memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan manusia.

KELESTARIAN KEPADA KEHIDUPAN BINATANG.

​Binatang atau haiwan merupakan makanan kepada manusia, jika habitat binatang itu terganggu spesis binatang akan pupus dan manusia akan sukar mendapatkan makanan. Selain kepada sumber makanan kepada manusia, binatang juga penting kepada manusia dalam membantu menjalankan pekerjaan seperti menunggang, membajak di sawah, dan membawa muatan. Setiap agama dalam dunia menyuruh manusia berbuat baik dengan binatang, tiada dalam agama mana sekaliipun menyuruh manusia melakukan zalim terhadap binatang. Tetapi sikap manusia yang tidak menjaga alam sekitar boleh digelarkan sebagai zalim kepada binatang walaupun tidak melakukan secara zahir. Manusia telah banyak melakukan pencerobohan habitat binatang dengan menebang pokok-pokok balak dihutan tebal, ini menyebabkan binatang buas akan keluar ke perkampungan atau penempatan untuk mencari makan. Selain itu, sikap pembuangan sampah sarap kedalam laut telah menyebabkan ekosistem dilautan terjejas. Kematian binatang yang semakin banyak pada masa kini akibat termakan plastik sampah yang dibuang kelaut. Binatang yang semakin diambang kepupusan seperti Penyu dan Ikan Paus telah menunjukkan statistik paling tinggi kematian akibat termakan plastik sampah.

​Sikap manusia inilah menunjukkan manusia itu zalim dan memerlukan kesedaran sivik dalam membentuk akhlak yang baik. Setiap manusia perlu bertanggungjawab dalam menjaga hubungan manusia dengan alam sekitar. Alam sekitar bukanlah sekadar udara, tanah, dan persekitaran sekeliling sahaja, mahkluk yang bernyawa juga menjadi salah satu alam sekitar kerana ianya bersangku paut dengan eko sistem didunia. Itulah yang dikatakan, manusia memerlukan alam sekitar, dan alam sekitar juga memerlukan manusia. Jika tidak kerana alam sekitar manusia tidak dapat kehidupan yang berkualiti dan tanpa manusia, alam sekitar juga akan terjejas.

LANGKAH MENGUATKAN HUBUNGAN MANUSIA DENGAN ALAM SEKITAR.

KUATKUASA UNDANG-UNDANG ALAM SEKITAR

​Kesan tidak menjaga hubungan manusia dan alam sekitar amatlah buruk jika tidak diambil langkah-langkah penjagaan yang sesuai. Negara kini berada dalam era pembangunan yang amat pesat tikka kira dikawasan bandar-bandar utama ataupun kawasan pendalaman. Banyak kawasan hutan belantara telah dicerobohi dan dijadikan kawasan projek pembangunan,perumahan dan lain-lain. Kesan dari projek-projek pembangunan yang tidak diselia dengan baik akan membawa bencana alam kepada manusia. Kejadian bencana hakisan tanah dan tanah runtuh kerap berlaku. Insiden paling diingati adalah kejadian tanah runtuh di Cameron highlands pada beberapa tahun yang lepas. Selain itu, banjir kilat yang sering berlaku dikawasan Kuala Lumpur, Pulau Pinang adalah berkemungkinan dari sikap manusia yang penting diri dengan membuang sampah dan menyebabkan longkang-longkang tersumbat dan berpunca juga dari kerancakan dari projek pembangunan.

​Hal ini, kita tidak perlu meuduh atau menunding jari pada sesiapa sahaja tetapi pelaksanaan undang-undang alam sekitar hendaklah dikuatkuasakan. Tetapi kuatkuasa undang-undang sahaja berbaloi, kita perlu memberi pemahaman dan pendidikan kepada masyarakat mengenai undang-undang mengenai alam sekitar dan manfaatnya kepada manusia. Di Malaysia, terdapat beberapa udang-undang yang boleh digunapakai contohnya Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) yang boleh digunakan dalam memberi perlindungan dan pengutkuasaka undang-undang. Melalui Kerajaan Persekutuan pula, Jabatan Alam Sekitar dibawah Kementerian Sumber Asli juga bertanggungjawab dalam mengutkuasakan peraturan dan undang-undang mengenai alam sekitar serta berkuasa dalam menggubal undang-undang yang sedia ada.

KEMPEN KESEDARAN.

​Selain penguatkuasa undang-undang dan peraturan alam sekitar, badan-badan kerajaan atau badan bukan kerajaan (NGO) perlu mengambil tempat dalam bersama-sama mencegah pencemaran alam sekitar. Kempen kesedaran mengenai kepentingan menjaga alam sekitar, kesan buruk akibat pencemaran alam perlu dibuat disetiap organisasi dan kepada masyakarat. Kempen ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada masyarakat tentang kebaikan dan keburukan. Dalam kempen ini dapat memberi pendidikan dan pendedahan kepada masyarakat tentang kepettingan dan pengetahuan mengenai undang-undang alam sekitar.

KITAR SEMULA

​Kitar Semula bermaksud proses mengolah semula bahan buangan dalam menghasilkan bahan barangan yang baru. Bahan-bahan seperti kaca, plastic, kertas, logam dan tekstil boleh dikitar semula. Dengan kitar semula kita dapat kurangkan kos tenaga kerja seperti pengangkutan, pengesktrakan dan proses bahan asli. Apabila berkurangan, pembakaran gas fosil, pelepasan gas karbon dioksida juga akan berkurangan. Dengan kitar semula, kita dapat kesan yang positif kepada bumi atau dunia yang kita duduki sekarang ini. Sampah yang banyak mungkin akan menjejaskan kesihatan dan membei kehidupan yang tidak selesa kepada manusia. Dengan mengitar semula kita dapat kurangkan sampah yang dibuang kemudian menghalang atau mengawal penularan penyakit dengan cepat. Longgokan sampah yang banyak dan merata tempat merupakan salah satu punca pencemaran utama. Selain itu, dengan kitar semula dapat mengurangkan kos dan sumber. Sebagai contohnya, kitar semula pengunaan semula kertas dapat mengurangkan pencerobohan dan penenbangan pokok kemudian secara langsung dapat pelihara hutan dengan baik.

GOTONG – ROYONG MEMBERSIHKAN ALAM SEKITAR

​Selain kitar semula, aktiviti gotong-royong juga dapat membantu mengurangkan kadar pencemaran dan meningkatkan lagi hubungan sillaturahim serta hubungan manusia dengan alam skitar. Setiap manusia perlu bertanggungjawab dalam membersihkan alam sekitar dan dalam diri perlu ditanam dengan sikap sivik yang tinggi terhadap kecintaan alam sekitar. Dengan aktiviti seperti ini, manusia akan berganding bahu dalam membersihkan kawasan yang telah tercemar bersama-sama dan memupuk sikap tanggungjawab dalam diri setiap manusia. Pembersihan sungai, longkang-longkang yang tersumbat dapat mengatasi masalah pemparitan yang tersumbat yang mengakibatkan berlakunya banjir lumpur. Selain itu, pembersihan sungai dapat menghalang air dari tercemar yang digunakan manusia untuk minum serta menjaga kehidupan ikan-ikan yang ada.

KESIMPULAN

​Hubungan manusia dan alam sekitar amatlah penting. Tuhan menjadikan manusia untuk berbuat kebaikan diatas muka bumi dan memanfatkan anugerah nikmat yang Tuhan berikan. Jangan kita sia-siakan nikmat yang Tuhan berikan kepada manusia. Alam sekitar juga memerlukan manusia untuk terus berbakti kepada kehidupan. Jika rosak alam sekitar maka rosaklah kehidupan manusia di bumi ini. Kerana manusia saling bergantungan kepada alam sekitar. Semua pihak perlulah mengambil tindakan dan menanam sikap bertanggungjawab dalam menjaga kelestarian alam sekitar.

​Hubungan manusia dan alam sekitar juga dapat meningkatkan ekonomi sesebuah masyarakat dengan memanfaatkan hasil sumber alam dengan baik. Penjagaan alam sekitar akan membuat kelangsungan tamadun itu tidak terus pupus contohnya kehidupan binatang dan dan hidupan dilaut. Manusia juga akan terus hidup jika binatang dan hidupan laut masih lagi hidup kerana ia merupakan makanan kepada manusia untuk terus hidup. Justeru itu, bersama lah kita menjaga alam sekitar supaya kita dapat faedah dari alam. Jika khazanah ini dirosakkan pada masa kini, malanglah generasi yang akan datang untuk menikmati faedah ala mini pada masa akan datang.

About Essay Marketplace

Essay Marketplace is a library of essays for your personal use as examples to help you write better work.

...(download the rest of the essay above)

About this essay:

This essay was submitted to us by a student in order to help you with your studies.

If you use part of this page in your own work, you need to provide a citation, as follows:

Essay Marketplace, HUBUNGAN MANUSIA DENGAN ALAM SEKITAR. Available from:<https://www.essaymarketplace.com/malay-essays/hubungan-manusia-dengan-alam-sekitar/> [Accessed 13-10-21].

Review this essay:

Please note that the above text is only a preview of this essay.

Name
Email
Review Title
Rating
Review Content

Latest reviews:

Leave a Comment

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.