Essay: Perluasan kuasa asing telah mengakibatkan berlaku transformasi masyarakat di Tanah Melayu.

Essay details:

  • Subject area(s): Malay Essays
  • Reading time: 5 minutes
  • Price: Free download
  • Published on: November 24, 2020
  • File format: Text
  • Number of pages: 2
  • Perluasan kuasa asing telah mengakibatkan berlaku transformasi masyarakat di Tanah Melayu.
    0.0 rating based on 12,345 ratings
    Overall rating: 0 out of 5 based on 0 reviews.

Text preview of this essay:

This page of the essay has 1477 words. Download the full version above.

Perluasan kuasa asing telah mengakibatkan berlaku transformasi masyarakat di Tanah Melayu. Istilah peluasan kuasa asing sebenarnya hanya akan muncul apabila sekurang-kurangnya terdapat dua kuasa pentadbiran atau kerajaan dengan salah satu kuasa itu memasuki hal-hal pentadbiran atau mencampuri, menguasai hak pemerintahan satu kuasa lagi. Selalunya juga, peluasan kuasa ini merujuk kepada aspek politik pentadbiran dan bukan merujuk khusus kepada aspek-aspek perdagangan kerana ia melibatkan kedaulatan pemerintahan sesebuah negara atau kerajaan.

British merupakan satu lagi kuasa barat yang berminat dengan kekayaan Tanah Melayu. British amat berminat untuk menguasai kekayaan ekonomi tanah ini. British bermotifkan dorongan sumber-sumber asli dan faktor ekonomi. Namun lama-kelamaan keinginan terus menguasai ekonomi telah membawa kepada campur tangan politik mereka di Tanah Melayu.Menjelang tahun 1874, dasar British terhadap negeri-negeri Melayu berubah. Kerajaan British telah menukar dasar tidak campur tangan kepada dasar campur tangan. British juga terlibat secara tidak langsung dalam politik tempatan terutama apabila mereka berasa terancam dari kepentingan perdagangan sebelum 1874. Pada tahun 1874, British mulai campur tangan ke atas negeri-negeri Melayu Bersekutu iaitu Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang dengan menggunakan alasan-alasan tertentu.
Huraian isi-isi perbincangan
Perluasan kuasa British ini juga bermula daripada beberapa faktor. Faktor-faktor ini juga telah membawa kepada kesan perluasan kuasa British ke atas negeri-negeri Melayu Bersekutu mulai tahun 1874 hingga 1921 dari segi politik. Antara faktor-faktor tersebut ialah disebabkan revolusi perindustrian yang tercetus di Eropah menyebabkan harga bijih timah melambung naik. Bagi mendapatkan bekalan bijih timah yang berterusan, British memerlukan tanah jajahan baru yang kaya dengan sumber-sumber tersebut. Contohnya seperti Perak, Selangor,Pahang dan Negeri Sembilan yang kaya dengan bijih timah. Selain itu, British juga bimbang dengan campur tangan kuasa Eropah yang lain seperti Jerman, Perancis, Itali dan Belana. Faktor yang lain juga adalah disebabkan pembukaan terusan Suez pada 1869 yang menghubungkan laut Merah dan laut Mediterranean telah memendekkan perjalanan dari Britain ke Tanah Melayu menjadi 14400 km berbanding mengelilingi Tanjung Harapan di Selatan Afrika sejauh 22320 km. Campur tangan British juga dapat dilihat disebabkan perubahan politik dan dasar kerajaan Britain. Faktor yang turut membawa kepada perluasan kuasa British ini adalah disebabkan desakan golongan pedagang di Negeri-negeri Selat supaya British campur tangan untuk mengatasi perbalahan dalam kalangan pembesar Melayu, pergaduhan kongsi gelap Cina dan kegiatan lanun di Selat Melaka.
Seterusnya, kita dapat lihat bagaimana kesemua faktor tersebut memberi kesan perluasan kuasa British ke atas Negeri-negeri Melayu Bersekutu mulai tahun 1874 hingga 1921 dari segi politik. Kesan perluasan kuasa dari segi politik tersebut dapat dilihat dari bermulanya campur tangan British yang membawa kepada pengenalan sistem Residen. Sistem Residen mula diperkenalkan di Tanah Melayu semasa Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874. Perjanjian Pangkor merupakan permulaan campur tangan British dalam urusan pentadbiran di negeri-negeri Melayu. Sistem Residen merupakan satu bentuk sistem pemerintahan British secara tidak langsung. Mengikut sistem Residen, sultan dikehendaki menerima seorang pegawai British yang akan menjadi penasihat dalam urusan pentadbiran kecuali yang berkaitan dengan adat resam dan agama Islam. Sultan dan pembesar tidak lagi berkuasa penuh di dalam pentadbiran negeri kerana terpaksa menerima nasihat Residen. Jawatan Residen adalah satu strategi British untuk menjaga kepentingan mereka dari sudut ekonomi di Tanah Melayu. Usaha ini adalah untuk memastikan usaha memonopoli hasil dagangan utama di negeri-negeri Melayu seperti bijih timah dapat berjalan lancar. Perlantikan Residen juga merupakan strategi British untuk mengukuhkan lagi kedudukan Inggeris dan mengawal pentadbiran negeri-negeri di Tanah Melayu.
Pengenalan sistem Residen telah mengubah sistem politik tradisional negeri-negeri Melayu kepada sistem politik moden. Pada dasarnya, sistem politik tradisional masih dikekalkan tetapi fungsinya diubah mengikut keperluan semasa. Kedudukan raja-raja dan pembesar Melayu dikekalkan tetapi bidang kuasa mereka dikurangkan.
Selain itu, Majlis Mesyuarat Negeri (MMN) ditubuhkan untuk membolehkan pegawai-pegawai British berunding dengan sultan dan pembesar-pembesar tempatan tentang urusan pentadbiran negeri, penggubalan undang-undang, dan perkara-perkara yang berkaitan dengan kepentingan orang Melayu. Semua rang undang-undang perlu tanda tangan sultan. Undang-undang tanah juga diperkenalkan dan pembahagian negeri kepada daerah diwujudkan. Pentadbiran daerah diletakkan di bawah jagaan pegawai daerah. Dalam Masjlis Mesyuarat Negeri, residen yang menjadi pemerintah sebenar. Residen akan menyiapkan agenda dan setelah berbincang dengan gabenor.Mereka akan mengusulkan sesuatu undang-undang untuk dibincangkan. Majlis Mesyuarat Negeri tidak mempunyai kuasa penuh kerana majlis ini meluluskan undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan British. Majlish Mesyuarat Negeri juga telah menyebabkan sultan kehilangan kuasa dan hak mereka. Walaupun sultan menjadi pengerusi Majlis Mesyuarat Negeri, baginda tidak mempunyai kuasa penuh kerana terpaksa mengikut kehendak residen. Penubuhan Majlis Mesyuarat Negeri menjadikan residen individu yang berkuasa di peringkat negeri kerana secara realitinya, residenlah yang memerintah.
Dapat dilihat juga kesan pelaksanaan sistem residen ini menyebabkan berlakunya beberapa perubahan. Antaranya ialah sultan tidak mempunyai kuasa mutlak dan pembesar kehilangan peranan mereka. Sistem pengadilan British juga diperkenalkan dengan menubuhkan mahkamah bagi membicarakan kesalahan yang dilakukan oleh Penduduk Tanah Melayu. Malah, pungutan cukai dan hasil negeri yang dikuasai oleh Sultan atau Raja dan pembesar tempatan diambil alih oleh British. Bukan itu sahaja, sistem penghambaan juga telah dihapuskan dan British telah membawa masuk imigran dari China dan India ke Tanah Melayu.
Sistem residen juga menunjukkan bahawa setiap residen mentadbir negeri dengan cara yang berbeza. Hal ini disebabkan kerajaan British tidak menyediakan garis panduan tentang bidang kuasa residen. Akibatnya, dapat dilihat disini dimana perluasan kuasa tersebut memberi kesan kepada ketidakseimbangan dalam pentadbiran. Ini menyebabkan ada negeri-negeri yang kaya dan negeri yang miskin. Kemajuan atau kemunduran sesebuah negeri tersebut juga bergantung kepeda inisiatif dan sikap residen.
Di samping itu, dapat dilihat juga kesan perluasan kuasa British terhadap negeri-negeri Melayu dari segi politik iaitu melalui pembentukan Persekutuan 1896 yang dicadangkan oleh Frank Swettenham. Mulai 1 Julai 1895,Negeri Perak, Selangor , Negeri Sembilan dan Pahang telah digabungkan menjadi sebuah Persekutuan. Persekutuan ditakrifkan sebagai satu sistem pemerintahan yang menggabungkan beberapa buah negeri bebas menjadi satu unit politik di bawah pentadbiran Kerajaan Pusat. Kerajaan Pusat terletak di kuala Lumpur dan diketuai oleh seorang Residen Jeneral yang bertanggungjawab kepada Suruhanjaya Tinggi yang juga memegang jawatan jawatan Gabenor Negeri-negeri Selat. Di bawah residen jeneral, terdapat 4 orang Residen yang ditempatkan di setiap negeri-negeri Melayu Bersekutu yang menjalankan tugas seperti di bawah Sistem Residen dahulu. Malah, sultan juga bersetuju untuk menerima nasihat dalam semua hal pentadbiran kecuali yang menyentuh agama Islam dan adat istiadat orang melayu.
Tidak dinafikan sistem residen telah membawa kemajuan politik, ekonomi, dan sosial di negeri-negeri Melayu. Namun, kemajuan yang dicapai tidak menyeluruh kerana corak pentadbiran yang berbeza. Dengan penubuhan Persekutuan, diharapkan masalah ini dapat diatasi. Hakikatnya , penubuhan Persekutuan 1895 merupakan helah British untuk mengurangkan kuasa raja-raja Melayu dan mengukuhkan kedudukannya ke atas negeri-negeri Melayu. Terdapat beberapa faktor utama yang mendorong British untuk menubuhkan Persekutuan 1896. Antaranya ialah disebabkan masalah kewangan Pahang, kelemahan sistem, penyelarasan dan penyeragaman pentadbiran , pertahanan dan keselamatan.
Perluasan kuasa British ini juga memberi kesan kepada Negeri-negeri Melayu Bersekutu dari segi politik melalui pembentukan Persekutuan 1896. Antara kesannya ialah Residen Jeneral berkuasa dalam pentadbiran, kewangan dan cukai eksport. Kerajaan pusat pula menubuhkan jabatan-jabatan yang diketuai pegawai-pegawai British seperti Jabatan Kehakiman, Jabatan Kewangan, Jabatan Perhubungan dan Perkhidmatan Awam. Kesan perluasan kuasa ini juga menyebabkan penglibatan orang-orang Melayu adalah terhad. Contohnya, sultan dikehendaki menurut nasihat Residen Jeneral dalam semua hal kecuali hal berkaitan agama Islam dan adat Melayu. Kuasa sultan dan Majlis Mesyuarat Negeri juga telah diambil alih oleh Residen Jeneral.
British turut mengukuhkan kuasanya melalui pembentukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) yang terdiri daripada Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan. Disebabkan berlakunya pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu ini, perjanjian Persekutuan ditandatangani pada 12 Jun 1895, pusat pentadbiran Persekutuan terletak di Kuala Lumpur, pentadbiran kerajaan Persekutuan dibahagikan kepada dua iaitu Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri serta diketuai oleh Residen Jeneral pertama iaitu Frank Swettenham.
Namun demikian, sistem persekutuan telah menimbulkan perasaan anti Persekutuan pada 1909. Akhirnya , Majlis Mesyuarat Persekutuan ditubuhkan. Tujuan Majlis Mesyuarat Persekutuan ini adalah untuk mengurangkan kuasa Residen Jeneral, menambahkan kuasa Pesuruhjaya Tinggi, mengembalikan kuasa pentadbiran dan melaksanakan pembahagian kuasa perundangan antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat. Namun yang demikian, peluasan kuasa British tersebut juga memberi kesan terhadap pentadbiran politik di negeri-negeri Melayu Bersekutu. Antaranya ialah perlaksanaan Majlis Mesyuarat Persekutuan membawa kepada pemusatan kuasa di tangan Pesuruhjaya Tinggi yang menjadi Presiden Majlis dan mempunyai kuasa pembatal.
Penubuhan Majlis Mesyuarat Persekutuan ini juga menyebabkan kuasa raja-raja Melayu semakin berkurangan malah menurunkan taraf sultan hingga menjadi ahli biasa sahaja dan terpaksa berbahas dengan rakyat biasa dalam mesyuarat yang dijalankan. Dalam majlis tersebut juga, sultan tidak mempunyai hak untuk mempengerusikan mesyuarat atau membatalkan apa-apa usul dalam Majlis Mesyuarat Persekutuan.
Majlis Mesyuarat Negeri juga kehilangan kuasanya. Pada dasarnya, Majlis Mesyuarat Persekutuan akan menggubal undang-undang untuk dilaksanakan di semua negeri dalam Persekutuan setelah berbincang dan diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Negeri. Namun, apa yang berlaku ialah Majlis Mesyuarat Negeri meluluskan dan sultan perlu mendatangani semua keputusan yang telah ditetapkan oleh Majlis Mesyuarat Persekutuan.
Rumusan
Kesimpulannya, perluasan kuasa asing seperti British ini telah membawa kesan dari segi politik ke atas Negeri-negeri Melayu Bersekutu mulai tahun 1874 hingga 1921. Perluasan kuasa ini juga telah menunjukkan sistem pentadbiran tradisional telah digantikan dengan pentadbiran British. Perluasan kuasa ini juga telah membawa banyak kesan samada negatif atau positif terhadap masyarakat dan pentadbiran politik di Negeri-negeri Melayu Bersekutu.

About Essay Marketplace

Essay Marketplace is a library of essays for your personal use as examples to help you write better work.

...(download the rest of the essay above)

About this essay:

This essay was submitted to us by a student in order to help you with your studies.

If you use part of this page in your own work, you need to provide a citation, as follows:

Essay Marketplace, Perluasan kuasa asing telah mengakibatkan berlaku transformasi masyarakat di Tanah Melayu.. Available from:<https://www.essaymarketplace.com/malay-essays/perluasan-kuasa-asing-telah-mengakibatkan-berlaku-transformasi-masyarakat-di-tanah-melayu/> [Accessed 13-10-21].

Review this essay:

Please note that the above text is only a preview of this essay.

Name
Email
Review Title
Rating
Review Content

Latest reviews:

Leave a Comment

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.