Essay: Al-Quran adalah kitab yang diturunkan oleh Allah sebagai... - Essay Marketplace

Essay: Al-Quran adalah kitab yang diturunkan oleh Allah sebagai…

Al-Quran adalah kitab yang diturunkan oleh Allah sebagai panduan hidup bagi seseorang manusia.Justeru, ia perlu dibaca, dikaji dan ditelaah sepanjang masa seperti sesetengah orang yang mengkaji al-Quran dengan mata dan tangan iaitu dengan melihat ciptaan-Nya dan membuat penyelidikan yang mendalam dan memakan masa yang panjang bagi membuktikan kebenaran al-Quran agar kehidupan kitab benar-benar terpimpin dibawah naungan al-Quran.Antara cara yang berkesan bagi memudahkan seseorang supaya mudah berhubung dengan al-Quran ialah melalui aktiviti hafazan.Aktiviti ini sebenarnya amat sesuai bagi usia pelajar terutama pelajar-pelajar sekolah rendah yang sememangnya masih jernih diibaratkan seperti sehelai kain putih yang masih suci dan tidak tercemar dengan persekitaran yang tidak sihat seperti masalah akhlak serta gejala sosial yang semakin menjadi-jadi pada alaf yang lebih menjurus kepada modenisasi tanpa mengutamakan ketinggian sahsiah di dalam diri dan juga masyarakat. pada usia yang muda, pelajar juga bersedia untuk menerima sesuatu yang baru. Hal ini demikian sel-sel otak mereka masih aktif dan dapat menangkap sesuatu perkara yang baru dengan mudah dan mengingatinya dalam jangka masa yang sangat lama. Kemajuan sesebuah institusi dan negara tidak akan membangun pada masa hadapan kerana pelajar merupakan asset yang penting untuk menjadi kunci kepada seseuatu pembangunan. Pelajar mampu menghasilkan suatu perubahan yang amat ketara jika dibimbing dengan betul sepert manatang minyak yang penuh dan diberikan kemahiran yang sewajarnya.Pelajar juga adalah generasi penyambung bagi membentuk masyarakat di masa depan sama ada masa depan yang lebih baik mahupun mengekalkan keadaan sekarang. Pelbagai ragam dan kerenah para pelajar dapat dilihat pada zaman sekarang dalam mengharungi arus pendidikan yang semakin hari semakin cepat dengan perubahan-perubahan yang makin mencabar bagi mereka. Situasi ini dapat digambarkan seperti lagak seorang pendayung sampan mengharungi ombak.Ada yang berjaya mendayung ketepian dan ada juga yang karam ditengah lautan.Dalam usia yang muda, pelajar inilah seharusnya memanfaatkan setiap saat yang berdetik untuk menelaah, menghafaz dan memahami setiap bait huruf kalam Allah yang merupakan amanat agung ummat Nabi Muhammad s.a.w.Ternyata tiadanya peluang, semangat, disamping kurangnya bimbingan dan pendedahan terhadap kepentingan al-Quran sebagai kitab mulia yang menjadi rujukan utama umat islam ini menyebabkan golongan pelajar tidak mengetahui bagaimana cara untuk memahami dan menghafaz al-Quran menyebabkan mereka merasa hafazan al-Quran adalah satu aktiviti yang amat sukar. Melalui pengalaman dan pemerhatian, ramai ibubapa yang menginginkan anak-anak mereka menghafaz al-Quran.Namun begitu, tanpa peluang yang sesuai, kaedah dan teknik yang betul, usaha menghafaz yang dicuba tidak mencapai apa yang diinginkan.Menghafaz al-Quran adalah suatu pekerjaan yang sangat berat, kerana orang yang mencemburi dunia menghafaz al-Quran mempunyai tanggungjawab untuk menjaga hafalannya sepanjang masa.Sebagai contoh, orang yang melanjutkan bidang akademik akan berakhir setelah ia memperoleh Doktor Falsafah atau Phd.Namun orang yang ingin menjadi seorang al-Hafiz tidak akan dibenarkan berhenti setelah dia berjaya menghafaz keseluruhan al-Quran. Walapupun apapun halangan yang mendatang dalam setiap pekerjaan, hal itu akan menjadi ringan dan mudah apabila seseorang mempunyai niat yang kuat dan azam yang kukuh di samping sentiasa istiqamah dalam setiap perkara uang dilakukan. Hal ini dikukuhkan lagi dengan perumpaan melayu warisan turun-menurun iaitu,’Nak seribu cara, Tak Nak Seribu Dalih’.
Pengertian ‘ hafazan ‘ diambil dari perkataan ‘ hafaz’ yang bererti sudah masuk betul ingatan, dapat mengucapkan pelajaran dengan ingatan semata-mata, tanpa melihat buku, kitab dan sebagainya..Hafazan adalah proses yang digunakan untuk menyimpan pengetahuan. Menghafaz al-Quran bukan bermakna mengingat ayat-ayatnya sahaja, malah ia mempunyai maksud yang lebih daripada itu.Tidak ada bahasa lain yang dapat menterjemahkan perkataan hafaz atau ( hifz ) dalam Bahasa Arab.Hifz dari segi bahasa bermaksud menjaga dan memelihara.Justeru, orang yang menghafaz al-Quran ialah orang yang memelihara al-Quran daripada hilang.Ia menyimpannya di dalam dada dan ia membacanya selalu supaya tidak lupa dan tidak hilang. Allah s.w.t telah berfirman di dalam al-Quran yang berbunyi ‘Sesungguhnya al-Quran ini menunjukkan ke jalan yang paling lurus dan memberi berita gembira kepada orang mukmin yang mengerjakan amal soleh, bahawa bagi mereka ganjaran yang besar’ (surah Al-Isra, ayat 9). Ayat di atas menerangkan kepentingan al-Quran sebagai penunjuk ke jalan yang benar. Jika seseorang menghafal al-Quran bukan hanya sekadar bacaannya sahaja tetapi meliputi aspek-aspek yang lain seperti tajwid dan maknanya, maka kehidupannya menjadi lebih senang dan penuh keberkatan kerana mengamalkan apa yang disuruh di dalam al-Quran. Bagi yang menghafaz dan menjiwainya, hidup mereka menjadi tenang walaupun ditimpa masalah kerana mereka yakin dengan isi kandungan al-Quran yang merupakan suruhan Allah s.w.t kepada umatnya. Ayat di atas juga ada menyebut bahawa Allah s.w.t memberikan ganjaran yang besar kepada orang-orang mukmin yang mengamalakan al-Quran.
Menghafaz al-Quran merupakan satu ibadat kerana ia mampu mendekatkan diri seseorang kepada sang pengcipta. Menjadi salah seorang yang mampu menghafaz al-Quran ataupun menjadi seorang hafiz merupakan nikmat yang tidak terhingga yang diberikan oleh-Nya kerana martabat seorang hafiz dikatakan mempunyai taraf yang sam dengan seorang nabi. Walaubagaimanapun terdapat perbezaan antara seorang hafiz dan juga nabi dimana nabi menerima wahyu daripada Allah s.w.t. ‘ Barangsiapa yang membaca ( menghafaz ) al-Quran, dia menyimpan ilmu kenabian dalam dadanya walaupun tiada lagi wahyu diturunkan untuknya. Adalah tidak wajar bagi seorang hafiz al-Quran memarahi orang yang pemarah dan juga tidak patut bertindak jahil terhadap orang yang jahil, sedangkan al-Quran berada dalam dadanya’. ( hadith Riwayat Hakim ). Hadis tersebut telah menjelaskan bahawa orang yang menghafaz al-Quran menyimpan segala ilmu nabi kecuali tidak diturunkan wahyu oleh-Nya kepada seorang hafiz. Antara kelebihan mengfafal al-Quran ialah dimasukkan oleh Allah s.w.t ke dalam syurga dan diberi kelebihan untuk memberi syafaat kepada sepuluh orang dari kalangan keluarga terdekatnya yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t masuk neraka. Hal ini bermaksud bahawa seorang hafiz telah dijamin oleh Allah s.w.t ganjaran syurga kepadanya. Manakala 10 orang ahli keluarga terdekat seperti kedua ibu bapa, adik-beradik kandung tidak kira abang, kakak mahupun adik, mereka mendapat syafaat daripada ahli keluarga mereka yang menjadi hafiz walaupun telah ditetapkan kepada mereka tempatnya di neraka. Rasulullah s.a.w telah bersabda, ‘Barangsiapa membaca al-Quran dan menghafaznya serta menghalalkan apa yang dihalalkan oleh al-Quran ( mengamalkannya ) serta mengharamkan apa yang diharamkan oleh al-Quran ( meninggalkannya ) nescaya Allah akan memasukkannya ke dalam syurga dan menerima syafaatnya bagi sepuluh orang dari ahli keluarganya yang kesemuanya telah diwajibkan masuk neraka.’ (hadith riwayat Ahmad dan Tarmidzi). Hadis diatas bukan hanya menyebut menghafaz al-Quran sahaja malahan memahami maksud, mendalami maksud dan juga mengamalkan suruhan al-Quran serta meninggalkan larangan yang disebut di dalam al-Quran, maka dijamin oleh-Nya syurga. Kelebihan menghafaz al-Quran yang seterusnya ialah Diberi nikmat di alam kubur meskipun kesusahan, kepayahan dan huru hara di alam akhirat amat dasyat dan jasadnya akan terpelihara seperti keadaan asalnya tanpa dirosakkan oleh sesuatu pun sedangkan tubuh orang lain tidak terkecuali daripadanya. Seperti yang kita sedia maklum, selepas matinya seorang manusia, jasad mereka akan ditanam dan menanti mereka sebelum ketibaan hari pembangkitan yang dijanjikan ialah alam barzarkh. Alam ini merupakan alam sementara yang memberi hukuman kepada yang melakukan dosa di dunia dan memberi keselesaan kepada yang membuat suruhan Allah s.w.t serta meninggalkan larangan-Nya. Bagi seorang hafiz, mereka diberi nikmat di dalam kubur dan jasad mereka sentiasa dipelihara tidak seperti jasad-jasad yang lain. Telah banyak cerita yang didengari pada zaman ini tentang keajaiban-keajaiban yang terjadi kepada kubur seorang hafiz seperti liang lahad bercahaya dan kubur berbau harum apabila orang melintasi kubur seorang hafiz. Malahan ada juga fenomena terjadi di mana jasad mereka seakan-akan baru meninggal dunia tanpa sebarang proses pereputan dan hanya kain mereka sahaja yang menjadi usang walaupun mereka telah lama meninggalkan dunia ini. Berbekalkan contoh-contoh diatas, terbukti bahawa jasad orang yang menghafal al-Quran akan dipelihara dalam apa jua keadaan sekalipun. Kelebihan yang ketiga bagi seorang hafiz ataupun hafizah bagi perempuan ialah Rasulullah s.a.w memberikan penghargaan khusus kepada mereka sebagaimana baginda pernah memberikan penghargaan ini semasa pengebumian para syuhada’ yang menghafal al-Quran. Hal ini dikukuhkan lagi dengan hadith nabi yang diriwayatkan oleh Bukhari, Abu Dawud dan nasa’I yang berbunyi ‘Dari Jabir bin Abdullah r.a, bahawa suatu ketika Rasulullah s.a.w mengumpul dua orang lelaki yang syahid dalam peperangan Uhud dalam satu liang lahad, lalu baginda bertanya ,’ Siapakah di antara kedua-dua ini yang paling banyak menghafaz al-Quran ‘? Apabila ditunjukkan kepada baginda salah seorang dari mereka maka nabi akan mendahulukan pengkebumiannya lalu bersabda, ‘ Aku menjadi saksi terhadap mereka’. Dalam hadith ini dapat kita lihat bagaimana baginda memilih untuk mendahulukan yang menghafal al-quran berbanding seorang lagi walaupun kedua-dua mereka mati syahid. Kejadian ini membuktikan bahawa baginda menghargai dan mengutamakan seorang hafiz daripada yang lain. Ibubapa yang berusaha menjadikan anaknya sebagai hafiz akan mendapat ketinggian martabat di akhirat merupakan salah satu daripada kelebihan menghafaz al-Quran. Martabat mereka dinaikkan mungkin kerana mereka Berjaya mendidik anak mereka menjadi seorang yang menuruti perintah Allah s.w.t dan menjauhi larangan-Nya. Sabda Rasulullah s.a.w ‘ Sesiapa yang membaca al-Quran dan belajar serta beramal dengannya, dia akan dipakaikan pada hari kiamat dengan mahkota dari cahaya yang mana cahayanya lebih terang dari cahaya matahari, dan kedua ibubapanya akan dipakaikan dengan perhiasan yang tidak pernah mereka pakai di dunia. Maka mereka berdua bertanya, ‘ Dengan sebab apakah kami pakaikan dengan perhiasan ini?. Mereka akan dikatakan: Dengan sebab bacaan al-Quran oleh anakmu’. ( hadith riwayat Bukhari dan Muslim ). Di samping itu,kelebihan-kelebihan yang lain ialah para hafiz akan diseru pada masa itu supaya terus menaiki tingkat syurga mengikut kadar bilangan ayat al-Quran yang telah dibacanya semasa di dunia, selalu dilindungi oleh Allah, menjadi umat Nabi Muhammad yang mulia

Review this essay:

Name
Rating
Your review: (optional)

Latest reviews:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.