Essay: Interaksi peribadi bermaksud tindakan atau perhubungan aktif... - Essay Marketplace

Essay: Interaksi peribadi bermaksud tindakan atau perhubungan aktif…

Merujuk Dewan Bahasa dan Pustaka.(2015) [online]. Interaksi peribadi bermaksud tindakan atau perhubungan aktif antara satu sama lain, saling bertindak dan bertukar-tukar fikiran. Berdasarkan definisi ini, saya tidak bersetuju dengan kenyataan yang diberikan. Bagi memperkukuhkan pendirian saya dalam perenggan yang kedua saya akan membincangkan sebab-sebab saya tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut manakala perenggan seterusnya saya akan memberikan cadangan konstruktif yang dapat membantu meningkatkan komunikasi dan interaksi antara Tutor dan pelajar OUM. Di akhir perenggan, saya akan memberikan kesimpulan berkenaan topik yang dibincangkan.

Di antara sebab-sebab mengapa saya tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut adalah yang pertama, pada era serba moden ini, perkembangan teknologi maklumat membolehkan komunikasi boleh dibuat melalui pelbagai cara yang mampu menghubungkan Tutor dan pelajar OUM. Jika dilihat, capaian kepada internet boleh dibuat di mana-mana sahaja, baik di bandar mahupun di luar bandar. Malah kebanyakan premis juga sudah menyediakan kemudahan internet buat pelanggan sebagai daya penarik ke premis mereka. Sebab kedua, pada masa kini terdapat pelbagai pakej plan data yang boleh diperolehi dengan harga yang murah. Bukan itu sahaja, harga peranti pintar juga semakin murah dan mampu dimiliki oleh kebanyakan individu. Jika pelajar sekolah mampu memiliki telefon pintar, tidak hairanlah pelajar OUM yang sudah bekerja juga mampu berbuat demikian. Ini secara tidak langsung membolehkan tutor dan pelajar berhubung sesama sendiri tanpa batasan masa dan ruang.

Seterusnya, saya akan memberikan cadangan konstruktif yang dapat membantu meningkatkan komunikasi dan interaksi antara Tutor dan pelajar OUM. Pertama, tutorial bersemuka boleh dijadikan sebagai komunikasi utama. Ini boleh dilakukan kerana pelajar boleh mengemukakan soalan secara terus kepada Tutor jika menghadapi sebarang masalah dalam pelajaran. Tutor boleh memberikan jawapan secara terus kepada pelajar dan sekiranya masih tidak faham, pelajar boleh terus mengajukan soalan susulan kepada Tutor. Di samping itu, perbincangan forum secara dalam talian juga boleh digunakan. Pelajar dan tutor boleh membincangkan isu-isu tertentu secara dalam talian. Bukan saja tutor yang akan menjawab atau memberi pendapat kepada persoalan yang dikemukakan, bahkan pelajar-pelajar lain juga boleh turut mengambil bahagian. Ini menjadikan proses pembelajaran menjadi lebih efektif dan interaktif.
Berdasarkan sebab-sebab dan cadangan yang dikemukakan sebelum ini, saya tetap tegas dengan pendirian bahawa pembelajaran jarak jauh mampu untuk menyalurkan interaksi peribadi (komunikasi) seperti apa yang pelajar inginkan.

Review this essay:

Name
Rating
Your review: (optional)

Latest reviews:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.