Essay: TIGA MASALAH YANG BAKAL DIHADAPI.

1. Berkomitmen Dalam Menyiapkan Kerja dan Tugasan.
Sebagai seorang yang bekerja dan juga seorang pelajar jarak jauh, tugasan di tempat kerja tidak pernah akan berkurang. Malah akan bertambah setiap hari. Dalam keadaan yang sudah sedia sibuk, ditambah pula dengan tugasan- tugasan yang diberikan di tempat belajar. Seperti yang diketahui, tugasan-tugasan yang diberikan di tempat belajar bukan sahaja memerlukan masa berbulan untuk disiapkan, malahan ia perlu disiapkan sebelum waktu penyerahan yang telah ditetapkan. Apa yang menyulitkan keadaan di sini, ialah kedua-dua perkara ini harus disiapkan tepat pada waktunya dengan penuh komitmen tanpa sebarang alasan.
Kesan kepada pembelajaran.
1. Kegagalan menyiapkan tugasan di tempat kerja mungkin akan mengakibatkan dibuang kerja. Jika hal ini benar berlaku, saya akan mengalami kesulitan kewangan untuk membayar kos pengajian dan berkemungkinan besar saya tidak lagi dapat meneruskan pengajian.
2. Kegagalan menyiapkan tugasan di tempat belajar pula akan mengakibatkan keputusan saya dalam subjek itu gagal.
2. Pengagihan Masa.
Apabila terlebih menggunakan masa terhadap salah satu aktiviti ataupun pekerjaan, maka masa untuk melakukan perkara yang selebihnya akan terabai. Ianya mungkin juga akan menyebabkan keluarga berasa tersisih jika kekurangan waktu utuk diluangkan bersama mereka. Oleh demikian, masa memang sukar untuk cukup kepada pengagihan waktu belajar, waktu kerja dan waktu bersama keluarga. Kadang-kala, timbul perkara-perkara yang sukar dielakkan, contohnya, tidak dapat menghadiri kelas tutorial pada waktu-waktu tertentu atas sebab urusan kerja di luar. Ataupun, keluarga mengajak bercuti pada waktu yang sepatutnya diperuntukkan untuk mengulangkaji sebelum menjelang peperiksaan yang tinggal beberapa hari lagi. Ini juga antara masalah-masalah yang sukar dielakkan dalam pengagihan masa sebagai seorang yang sudah berumah tangga, bekerja dan juga seorang pelajar.
Kesan kepada pembelajaran.
Kegagalan dalam mengatur masa dengan bijak mungkin akan mengakibatkan ketinggalan pelajaran yang perlu dibincangkan di dalam kelas, dan juga susah untuk mengulangkaji pelajaran dalam persediaan menghadapi peperiksaan ataupun menyiapkan tugasan.

Leave a Comment

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.